Khamis, 17 Ogos 2017 | 6:54pm
DATUK Noorizah Abd Hamid.- Foto Saddam Yusoff

Noorizah Abd Hamid dilantik pengarah MRT Corp

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) melantik Datuk Noorizah Abd Hamid sebagai anggota lembaga pengarah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata Noorizah yang sebelum ini menerajui PLUS Malaysia Bhd dan Faber Group Bhd, akan membawa pengalaman dan pengetahuan luasnya ke dalam MRT Corp, terutama dalam bidang pembangunan infrastruktur.

Noorizah adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Malaysia Bhd bagi tempoh 2007 hingga 2017.

Sepanjang tempoh itu, beliau terbabit dalam rundingan dan pengambilalihan beberapa projek lebuh raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah, Malaysia-Singapore Lintasan Kedua (Linkedua) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim, serta beberapa lebuh raya di Indonesia dan India. - BERNAMA

17 dibaca
Berita Harian X