Rabu, 19 Julai 2017 | 12:28am

Tenaga lanjut tarikh pembelian Southern Power Generation

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata tarikh akhir bagi memenuhi syarat bagi cadangan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Southern Power Generation Sdn Bhd dilanjutkan selama 30 hari selepas penjual memohon lebih banyak masa.

TNB bercadang membeli kepentingan dalam Southern Power Generation daripada SIPP Energy Sdn Bhd membabitkan pertimbangan RM51.

"Masa tambahan bertujuan memudahkan penunaian atau memuaskan baki syarat duluan," kata TNB kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada 3 Mei lalu, TNB berkata ia memeterai perjanjian jual beli saham (SSPA) dengan SIPP, yang menguasai 100 peratus kepentingan dalam Southern Power Generation.

11 dibaca
Berita Harian X