Sabtu, 2 March 2019 | 9:00am
PENGARAH Eksekutif Kumpulan LBS, Dato’ Cynthia Lim (empat dari kiri) mengambil gambar dengan kakitangan LBS di kempen HOC 2019.

Beli rumah impian di Ekspo HOC 2019

KUALA LUMPUR: Memiliki rumah impian pastinya menjadi angan-angan setiap orang, namun desakan pelbagai faktor antaranya kewangan menyebabkan ia mengambil masa untuk direalisasikan.

Bagi menjadikan impian itu realiti, pemaju perbandaran, LBS Bina Group Berhad (LBS) menyediakan program ganjaran terbaharu 2019 bertemakan, ‘LBS Bonus Kaw2’.

Program ini menjanjikan keistimewaan begitu besar dalam membantu rakyat negara ini mendapatkan rumah impian menerusi Ekspo Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata istimewanya program ini ialah bakal pembeli rumah yang ingin membeli hartanah LBS dapat menikmati pelbagai tawaran hebat dan tarikan, termasuk insentif sehingga RM188,000, rebat tambahan dua peratus untuk pembeli berulang serta insentif rujukan satu peratus untuk setiap rumah yang dibeli.

Katanya, LBS sentiasa komited menyokong kerajaan dalam memastikan rakyat mampu memiliki rumah sendiri kerana LBS mementingkan tiga kriteria iaitu mampu dimiliki, kesalinghubungan dan komuniti.

“Justeru kami bangga menjadi pemaju yang dikenali sebagai pemaju hartanah rakyat. Nilai LBS terletak pada produk inovatif, siap pada tempoh ditetapkan, reka bentuk berkualiti, lokasi strategik dan lebih penting iaitu pada struktur harga yang betul.

“Untuk rekod, hingga kini LBS berjaya menyerahkan lebih daripada 35,000 hartanah berkualiti dan mencapai jualan RM1.53 bilion pada tahun 2018, mencatatkan pertumbuhan positif tahun keempat berturut-turut,” katanya.

LBS akan mempamerkan pelbagai tawaran di Ekspo HOC 2019 yang memenuhi gaya hidup pembeli rumah masa kini. LBS akan berada di tapak 4079, Dewan 4, Ekspo HOC 2019, dari 1 hingga 3 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Beliau berkata, pada Ekspo HOC 2019 kali ini, semua pembeli rumah dalam tempoh kempen akan menikmati sekurang-kurangnya, 10 peratus diskaun harga dan pengecualian duti setem pada memorandum pemindahan serta perjanjian pinjaman untuk hartanah yang memenuhi kriteria pengecualian.

“Hartanah utama yang akan dipamerkan termasuk rumah kediaman LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam; Kita @ Cybersouth, Dengkil; Desiran Bayu dan D' Island Residence di Puchong.

“Selain itu, pembangunan bertingkat tinggi seperti Residensi Bintang Bukit Jalil di Bukit Jalil; BSP21 dan BSP Skypark di Bandar Saujana Putra; LBS SkyLake Residence di Puchong dan Zenopy Residences di Seri Kembangan.

“Pastinya ini peluang terbaik buat bakal pembeli rumah kerana pemaju menawarkan pakej istimewa,” katanya.’

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 1700 81 8998 atau layari www.lbs.com.my. Semua pembelian tertakluk pada terma dan syarat.

426 dibaca
Berita Harian X