Jumaat, 1 Februari 2019 | 3:46pm
KETUA Pegawai Operasi PASDEC, Goh Song Han (tiga dari kanan) hadir pada Karnival Angpow Sale 2019 di Galeri Jualan PASDEC, di Kuantan, hari ini. - Foto Asrol Awang

PASDEC beri 'angpau' sehingga RM20,000

KUANTAN: PASDEC Holdings Berhad (PASDEC) menawarkan `angpau’ sehingga RM20,000 bagi setiap pembelian hartanah terpilih sempena Karnival Jualan Angpau 2019 bermula hari ini hingga 28 Februari depan.

Ketua Pegawai Operasi PASDEC, Goh Song Han, berkata selain diskaun itu turut ditawarkan adalah pagar automatik atau pendingin hawa kepada pembeli unit kediaman terpilih di sekitar Kuantan.

“Antara kawasan projek hartanah kita adalah di Bandar Putra, Chendor Utama, Vista Verde, Balok Perdana dan PASDEC Damansara.

“Tawaran diskaun dan rebat tunai juga diberikan ke atas hartanah terpilih di Pusat Komersil Chendor, PASDEC Bizpoint Balok, di sini, dan PASDEC Idaman, Temerloh sepanjang bulan ini untuk memberi peluang orang ramai memiliki hartanah,” katanya.

Song Han berkata demikian pada sidang media selepas Karnival Angpow Sale 2019 di Galeri Jualan PASDEC, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya tawaran pakej istimewa kali ini akan mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan sambutan karnival yang sama tahun lalu

“Sepanjang karnival kali ini, PASDEC menyasarkan penjualan hartanah terpilih bernilai RM14 juta. Selain itu hartanah komersial untuk disewakan turut ditawarkan oleh PASDEC.

“Dalam usaha memastikan orang ramai memperoleh maklumat dan gambaran jelas mengenai tawaran ini, satu karnival akan dibuka di Kuantan City Mall, di sini, bermula 14 hingga 17 Februari ini,” katanya.

183 dibaca
Berita Harian X