Jumaat, 16 Ogos 2019 | 9:10pm
PROTON melancarkan SUV Proton X70 Edisi Merdeka (ME).

PROTON lancar X70 Edisi Merdeka

SUBANG JAYA: PROTON melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keluaran terhad, Proton X70 Edisi Merdeka (ME) bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62.

Hanya 62 kenderaan sahaja akan dikeluarkan dan berharga RM126,100 seunit.

Varian SUV premium ini didatangkan dalam dua warna iaitu ‘Snow White’ serta ‘Flame Red’.

“PROTON menyasarkan untuk menjual unit berkenaan pada bulan Merdeka, syarikat itu mampu akan dapat berbuat demikian berdasarkan kepada permintaan semasa untuk Proton X70," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara mekanikal, spesifikasi Proton X70 ME adalah sama dengan varian premium biasa PROTON X70, perbezaan hanya pada pakej bahagian luar serta tambahan kepada trim dalaman kereta itu.

“Visor pintu juga telah ditambah, bersama-sama dengan ‘scuff plate’ dan lambang Edisi Merdeka yang dipasang pintu bonet belakang,” kata PROTON.

SUV itu juga dilengkapi dengan angka khusus melambangkan Edisi Merdeka, menjadikan setiap satu unit sebagai kenderaan yang unik, katanya. - BERNAMA

Berita Harian X