Jumaat, 3 Mei 2019 | 11:05pm
Mendapat rekaan unik dengan menawarkan ruang lebih besar dan pembaharuan teknologi terkini.

Naza Euro Motors lancar Citroen C3 Aircross SUV serba baharu

NAZA Euro Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Citroën di Malaysia melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi baharu Citroën C3 Aircross SUV serba baharu untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insuran RM115,888, Citroën C3 Aircross SUV mendapat rekaan unik dengan menawarkan ruang kebih besar dan pembaharuan teknologi terkini yang memberi penekanan kepada keselesaan serta keselamatan penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Naza Euro Motors, Yasser Awan, berkata syarikat itu yakin Citroën C3 Aircross SUV akan menerima maklum balas memberangsangkan datipada pelanggan.

“Dengan kepakaran yang ditampilkan menerusi model ini termasuk dari segi ruang kabin, rekaan modular dan selesa, Citroën C3 Aircross SUV memberi penekanan kepada SUV segmen-B dengan rekaan menarik.

“Ia menawarkan SUV paling menarik dan versatil serta ciri keselamatan yang menjadi keutamaan kepada DNA Citroën,” katanya.

Dikuasakan dengan enjin pengecas turbo PureTech, Citroën C3 Aircross SUV serba baharu mampu menghambur kuasa 12PS dengan tork maksimum 205 Nm dari 1,500 rpm.Seperti kebanyakan SUV, Citroën C3 Aircross SUV menawarkan pemanduan selesa dengan pecutan maksimum 200 kilometer sejam (km/j) dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 10.4 saat.

Digabungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan Tiptronic untuk pemanduan sempurna, model ini tampil dengan rim aloi 17-inci diamond-cut “4Ever”.

Ruang menjadi keutamaan New Citroën C3 Aircross SUV dengan butnya bersaiz standard 410 liter boleh ditingkatkan kepada 520 liter apabila tempat duduk belakang dilipatkan dan lantai but diturunkan. 

Citroën C3 Aircross SUV menerima pengaruh DNA jenama Perwncis itu dengan ruang dalaman tampil dengan rekaan papan pemuka pintar, tempat duduk selesa, tempat penyimpanan yang lebih banyak.

Antara fungsi dalaman lain adalah skrin sesentuh7-inci yang terletak di bahagian tengah papan pemuka, yang disepadukan dengan Citroën Connect Radio dan kemampuan Android Auto, Apple CarPlay, MirrorLink, Wi-Fi, Bluetooth dan USB. 

Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan kemasukan tanpa kunci, butang tekan mula, enam beg udara, ESsp, ABS, EBD, EBA, dua port ISOFIX dan menerima penarafan keselamatan lima bintang Euro NCAP l.

Citroën C3 Aircross SUV serba baharu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Jingga dan Hitam.

Ia turut menawarkan jaminan lima tahun atau perbatuan 120,000 kilometer, Bantuan Tepi Jalan 24 Jam dan akses satu tahun ke SkyLounge by NAZA di Subang Skypark.

233 dibaca
Berita Harian X