Jumaat, 26 April 2019 | 5:00pm
OWEN Riley (kanan) bersama Ketua Korporat Komunikasi Kumpulan BMW Malaysia, Sashi Ambi melancarkan motor BMW R 1250 RT di Bukit Kiara. - Foto Rosela Ismail

BMW Motorrad Malaysia lancar empat model motosikal baharu

KUALA LUMPUR: BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan empat model motosikal baharu dalam segmen skuter urban, adventure dan touring ke dalam pasaran tempatan.

Ia terdiri daripada BMW C 400 X, BMW C 400 GT, BMW F750 GS dan BMW R 1250 RT dalam menambah pilihan kepada pembeli jentera premium di negara ini.

Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley, berkata rangkaian motosikal daripada jenama itu bukan sahaja terbukti dengan kualiti, katahanan dan inovasi sebagai pendahulu segmen premium pasaran global dan Malaysia.

“Pada 2018 kami berjaya menjual lebih 1,000 unit motosikal, iaitu peningkatan jualan sebanyak tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya,

“Maka pengenalan model-model baharu akan membolehkan ia memenuhi keperluan pengguna dengan menawarkan konsep moden dan penggembaraan,” katanya ketika pelancaran di sini, hari ini.


BMW F 750 GS.

Turut diadakan selepas majlis pelancaran ialah sesi tunggang uji untuk pihak media permotoran yang dilakukan di sekitar Lembah Klang.

Kedua-dua model skuter Urban BMW C 400 X dan BMW C 400 GT masing-masing dijual pada harga RM44,500 dan RM48,500, manakala BMW F 750 GS (RM 71,500) dan BMW R 1250 RT (RM139,500).

685 dibaca
Berita Harian X