Sabtu, 9 Februari 2019 | 4:45pm
PROTON menyerahkan sebanyak 1,000 unit SUV Proton X70 kepada pelanggan dalam tempoh sehari.

Proton serah 1,000 unit X70 dalam sehari

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) melakar satu lagi kejayaan dengan menyerahkan sebanyak 1,000 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 kepada pelanggan dalam tempoh sehari pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Acara tersebut diadakan di 74 pusat 3S/4S Proton di seluruh negara pada 2 Februari lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata para pelanggan terbabit turut diberi taklimat mengenai keunikan SUV pertama syarikat itu selain diajar menggunakan ciri-ciri tersebut.

“Taklimat secara komprhensif itu dilakukan oleh pengurus pasca jualan di setiap cawangan terbabit bagi memberi pemahaman lebih terperinci mengenai kenderaan tersebut.

“Ini bagi memastikan pemilik kenderaan itu dapat memaksimumkan keseronokan pemanduan masing-masing dengan memanfaatkan ciri-ciri keselesaan, kemudahan dan keselamatan yang disediakan oleh X70,” katanya. - BERNAMA

578 dibaca
Berita Harian X