Jumaat, 21 Disember 2018 | 10:16am
Ford Ranger Raptor.

Ford lancar Ranger Raptor secara rasmi

Selepas diperkenalkan pada Oktober lalu, Ford Ranger Raptor kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS'18) baru-baru ini.

Ditawarkan menerusi dua pilihan warna iaitu Lightning Blue dan Conquer Grey, ia dijual pada harga RM199,888 (tidak termasuk insurans).

Menggunakan enjin diesel 2.0 liter EcoBlue empat silinder baharu dengan biturbo, ia mampu menghamburkan kuasa 213 PS dan 500 Nm.

Janaan kuasa itu dipadankan dengan kotak gear automatik baharu 10 kelajuan dengan ciri SelectShift.

Prestasi berbeza berbanding model Ranger lain

Walaupun menggunakan enjin dan transmisi seperti model Wildtrak 4X4, ia sememangnya tidak sama apabila menggunakan casis berbeza, sistem suspensi Fox Racing Shock dengan Position Sensitive Damping (DSD) untuk menawarkan keselesaan ketika pemanduan lasak.

Selain itu, ia juga dilengkapi rim 17 inci aloi bersertakan tayar BFGoodrich 33-inci A-Terrain.

Dari segi penampilan, kedudukannya dilihat lebih tinggi dan lebar, malah mempunyai gril hadapan dan tulisan Ford lebih besar, mewarisi imej dari model Ford F-150.

Ranger Raptor juga dilengkapi lampu utama xenon dengan DRL LED, lampu kabus LED, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, lampu dan pengilap cermin automatik, cermin belakang anti-silau, kedap kebisingan aktif, dan soket 230 volt.

Malah, varian tertinggi rangkaian Ford Ranger baharu itu juga didatangkan sistem infotainment SYNV 3 dengan skrin sentuh lapan inci yang boleh dihubungkan menerusi Apple CarPlay dan Android Auto.

Seperti model Wildtrak 4X4, ia juga dilengkapi kawalan kestabilan elektrik (ESC), bantuan mula mendaki, kawalan menurun curam, kawalan beban adaptif dan bantuan mengekalkan lorong.

Selain itu, Ranger Raptor baharu itu juga dilengkapi ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan kawalan Cruise

INFO: Ford Ranger Raptor

  • Harga RM199,888 (tidak termasuk insurans)
  • Dua pilihan warna: Lightning Blue dan Conquer Grey
  • Enjin diesel 2.0 liter EcoBlue empat silinder
  • Transmisi automatik 10 kelajuan.
  • Berita Harian X