Khamis, 29 November 2018 | 8:03am
Hyundai Tucson baharu menerima beberapa

Pelancaran Baharu: Hyundai Tucson baharu diperkenal

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) popularnya, Hyundai Tucson untuk pasaran Malaysia.

Ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.0L Elegance yang dijual pada harga bermula RM123,888, manakala 1.6L Turbo pula dari RM143,888.

Antara penambahbaikan yang ditampilkan bagi dua varian ini adalah bampar baharu, di mana 2.0L Elegance kini menerima gril perak metalik dan lampu utama projektor halogen, sementara 1.6L Turbo pula dengan gril krom bersama lampu utama LED dwi-projektor (dengan lampu selekoh dan posisi), pemegang pintu krom dengan pencahayaan poket LED dan lampu belakang LED.

Kedua-dua varian turut dipadankan dengan roda 17-inci.

Menjengah bahagian kabin, papan pemuka kini lengkap dengan rekaan semula paparan infotaimen tujuh inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay yang diposisikan di atas corong udara rekaan baharu.

Aspek keselamatan terbaik

Selain itu, ia turut menampilkan rekaan baharu bagi balutan kulit pada tempat duduk, manakala varian 1.6L Turbo didatangkan elemen tambahan termasuk brek parkir elektronik, cermin pandang belakang elektrokromik, tempat duduk pemandu berkuasa larasan lapan-hala dengan sokongan belakang dua-hala, paparan pelbagai info 4.2-inci dan papan pemuka balutan kulit.

Aspek keselamatan pula, kedua-dua varian Tucson ini didatangkan dengan ABS dengan EBD, Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Mula Mendaki, Kawalan Brek Turun Bukit, Bantuan Brek dan Pengurusan Kestabilan Kenderaan.

HSDM menawarkan jaminan lima tahun atau 300,000 kilometer (yang mana tiba dahulu) dan penyelenggaraan percuma 50,000 kilometer dengan tempoh sah tiga tahun.

Berita Harian X