Sabtu, 24 November 2018 | 7:30pm
KERETA Proton X70 menjadi tumpuan utama pengunjung pada Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS2018) di Malaysia International Trade And Exhibition Centre (MITEC). - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

Proton X70 paling curi tumpuan di KLIMS'18

KUALA LUMPUR: Proton X70 terus mencuri tumpuan pada hari kedua Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS'18) yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Sejak dibuka bermula 10 pagi tadi, model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON) terus dikerumuni orang ramai yang ingin melihat Proton X70 dengan lebih dekat.

Tinjauan BH sejak pagi tadi mendapati empat varian yang dipamerkan di tapak pameran Proton bersilih ganti dengan pengunjung yang ingin melihat segenap perincian model yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

PROTON mempamerkan empat varian Proton X70 iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD sempena KLIMS'18 yang berlangsung selama 10 hari sehingga 2 Disember ini.

Sementara itu, hari kedua KLIMS'18 turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan iaitu Jinnyboy, Elizabeth Tan dan Amyra Rosli.

Jemputan selebriti itu turut mengiringi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad melawat tapak pameran dan bermesra dengan pengunjung kira-kira dua jam bermula 3 petang.Esok, dua lagi artis tempatan iaitu Sazzy Falak dan Alif Satar akan berada di KLIMS'18.

3723 dibaca
Berita Harian X