Khamis, 22 November 2018 | 8:40pm
Honda HR-V RS di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di MITEC. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD
Honda HR-V RS di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di MITEC. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD
Honda HR-V RS di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di MITEC. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD
Honda HR-V RS di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di MITEC. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD
Honda HR-V RS di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di MITEC. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Honda HR-V RS baharu diperkenal

KUALA LUMPUR: Sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini memperkenalkan varian terkini kenderaan utiliti sukannya (SUV) iaitu Honda HR-V RS.

Honda Malaysia berkata, sejak membuka tempahan di 97 pengedar Honda di seluruh negara pada Julai lalu, pihaknya menerima 4,100 tempahan untuk model terbaharu itu.

"Dilancarkan pada 2015, model HR-V menerima maklum balas positif dari pasaran apabila mencatat jualan terkumpul sebanyak 72,200 unit sehingga kini.

"Antara Januari dan September 2018, model Honda seperti Jazz, City, Civic, Accord, CR-V, dan BR-V muncul sebagai peneraju dalam segmen masing-masing. Malah, Honda juga berjaya mengekalkan posisi sebagai jenama nombor satu dalam segmen bukan nasional dan kedua jumlah keseluruhan industri," katanya.

Menampilkan reka bentuk yang lebih sporty, HR-V RS dikuasakan enjin 1.8 liter (l) SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear Continous Variable Transmission (CVT) bagi menawarkan prestasi dan penjimatan api yang seimbang.

Honda berkata, SUV itu turut dilengkapi ciri baharu iaitu stereng Variable Gear Ration (VGR) untuk pemanduan lebih cekap dan stabil ketika memandu di bandar atau lebuh raya.

"Untuk bahagian luaran, SUV ini didatangkan lampu utama LED baharu, lampu nyalaan siang (DRL) LED, lampu kabus LED dan kombinasi lampu belakang LED.

"Ia juga dipasangkan dengan rim aloi dua tona 18 inci, rekaan gril hadapan sporty selain bamper hadapan dan belakang baharu untuk memberi wajah yang lebih segar.

"Perincian baharu seperti kemasan krom gelap pada pemegang pintu dan plat, kemasan sisi hitam serta perumah lampu kabus," katanya.

Ruang kabin baharu pula didatangkan rekaan tempat duduk balutan kulit warna Ivory, serta pedal penukar gear dan pedal sport sebagai sebahagian daripada pakej SUV itu.

"Pakej lengkap varian RS dipertingkatkan lagi dengan Honda LaneWatch, satu sistem kamera yang dipasang pada cermin sisi penumpang. Malah, pandangan laluan kiri dan titik buta akan dipaparkan pada sistem paparan dalam SUV itu bagi memberikan menawarkan sudut pandangan lebih baik.

"Selain itu, HR-V RS baharu itu hadir dengan ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Isyarat Berhenti Kecemasan, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, serta kamera undur pelbagai sudut,” katanya.

Berita Harian X