Khamis, 1 November 2018 | 8:15am

Hyundai, Kia Motors akan bangunkan teknologi mengecas solar baharu

BENGALURU: Hyundai Motor Co dan sekutunya Kia Motors Corp bercadang melancarkan teknologi mengecas solar untuk beberapa kenderaan Hyundai bagi memenuhi sasaran peraturan pelepasan asap global, kata syarikat automotif Korea Selatan itu.

Panel solar akan dipasang pada bumbung atau bonet kenderaan, katanya.

Syarikat berkenaan akan melancarkan tiga sistem mengecas solar untuk beberapa jenis kenderaan, termasuk hibrid dan elektrik.

Beberapa negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini meletakkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan nitrogen oksida.

Hyundai dijangka melancarkan generasi pertama teknologi itu untuk kenderaannya selepas 2019. - Reuters

15 dibaca
Berita Harian X