Khamis, 13 September 2018 | 1:49pm
NISSAN Malaysia Day Bonus. - Foto NSTP

Harga kereta Nissan lebih rendah dengan SST

KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia mengumumkan harga baharu lebih rendah untuk model-model keretanya.

Ia sejajar dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan berkuat kuasa pada 1 September lalu.

Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula dari RM69,800 sehingga RM153,800, lebih rendah berbanding struktur harga Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Manakala untuk Nissan Navara, harga pikap kekal pada harga sifar peratus GST sementara stok masih ada.

Harga bermula dari RM77,330.97 untuk 2.5L Kabin Tunggal hingga RM119,869.08 untuk VL Plus (Dwi Kabin) yang dimuatkan dengan ‘Intelligent Around View Monitor’ (I-AVM).

Caj penyelenggaran perkhidmatan selepas jualan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan tertakluk kepada enam peratus cukai perkhidmatan berkenaan.

ETCM juga memperkenalkan kempen ‘Malaysia Day Bonus’ yang menawarkan rebat menarik sehingga RM 8,000 ke atas model-model terpilih Nissan.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Nissan untuk memandu uji Navara VL Plus yang baru dilancarkan dengan I-AVM dan model-model Nissan lain yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

144 dibaca
Berita Harian X