Jumaat, 8 Jun 2018 | 5:11pm
ETCM turut menawarkan kempen "Best Deal Ever Zero Per Cent GST" dan Duit Raya Rebat pada bulan ini.

Nissan Serena S-Hybrid baharu catat 2,500 tempahan

KUALA LUMPUR: Nissan Serena S-Hybrid serba baharu mencatatkan tempahan sebanyak 2,500 unit sehingga hari ini dan sejak pelancarannya pada bulan lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berkata daripada jumlah itu, sebanyak 757 unit telah didaftarkan.

"Jumlah tempahan itu menunjukkan penerimaan yang baik daripada pelanggan bagi model tersebut," kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

ETCM turut menawarkan kempen "Best Deal Ever Zero Per Cent GST" dan Duit Raya Rebat pada bulan ini, iaitu harga kereta tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia adalah RM135,195.59 untuk varian Premium Highway Star dan RM123,874.84 bagi Highway Star.

12 dibaca
Berita Harian X