Jumaat, 1 Jun 2018 | 10:50am

Tawaran hebat Saga harga di bawah RM30,000

SUBANG JAYA: Sempena dengan musim perayaan ini, PROTON menawarkan tawaran terhebat bagi model Saga dengan harga terbaik dalam tempoh 10 tahun.

Model sedan yang popular dan tahan lasak itu boleh dimiliki dengan harga di bawah RM30,000.

Di samping itu, terdapat juga penjimatan istimewa ditawarkan untuk model-model Proton lain.

Seiring dengan perkembangan baru-baru ini di dalam negara dan rakyatnya yang bersepadu, PROTON turut menyatakan sokongannya kepada Tabung Harapan Malaysia, di mana RM10 daripada setiap pembelian kereta Proton akan disumbangkan kepada dana kerajaan berkenaan.

Sebagai organisasi korporat nasional yang prihatin, PROTON merasakan perlu untuk tampil ke hadapan memberikan bantuan tambahan ke atas tanggungjawab ini demi negara dan bangsa Malaysia.

Inisiatif ini bermula 1 Jun 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Selain itu, terdapat juga penjimatan hebat untuk semua model-model Proton lain selain daripada tawaran Saga yang terbaik

sempena promosi Hari Raya dan untuk menggalakkan penjualan kereta Proton dalam usaha membantu Tabung Harapan Malaysia.

Terdapat penjimatan sehingga RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga, dan sehingga RM3,000 untuk Persona.

Penjimatan yang ditawarkan adalah berkadar sifar GST, di mana tawaran menyerupai hampir dua kali ganda pengurangan

kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran PROTON, Abdul Rashid Musa berkata ini masa yang terbaik untuk memiliki Proton, terutama dengan GST yang berkadar sifar yang telah berkuatkuasa.

"Pelanggan berpotensi untuk mendapat penjimatan antara 12 hingga 18 peratus, bergantung kepada model kereta, jika penjimatan tambahan daripada GST berkadar sifar turut diambil kira.

"Kereta kami ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang hebat. Persona dan Iriz mempunyai penarafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP, struktur badan HPF dengan 6 beg udara, ESC serta ciri kawalan daya tarikan.

"Sementara itu, Ertiga mempunyai kelebihan jimat minyak yang terbaik dalam kelasnya. Model ini mempunyai pelbagai kelebihan dan menyediakan penumpang dengan keselesaan tambahan dengan penghawa dingin di ruang belakang, tempat duduk barisan ketiga yang luas dan ruang kepala yang selesa untuk perjalanan panjang pulang ke kampung pada Hari Raya ini," katanya dalam satu kenyataan.

Berita Harian X