Selasa, 10 April 2018 | 5:18pm
JAGUAR F-Pace 2.0 Ingenium memasuki pasaran tempatan.

Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium ke pasaran tempatan

KUALA LUMPUR: Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM)memperkenalkan model kenderaan utliti sukan (SUV) mewah terbarunya iaitu Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan menerusi tiga varian iaitu Prestige, R-Sport Mid Spec (spesifikasi sederhana) dan R-Sport Hi-Spec (spesifikasi tinggi), F-Pace 2.0L didatangkan dengan reka bentuk dalaman serba mewah serta dilengkapi ciri teknologi canggih untuk kemudahan pemandu serta menjamin keselesaan penumpang.

Ketiga-tiga varian F-Pace itu dikuasakan enjin 2.0 liter empat silinder ingenium baharu yang dipadankan pengecas turbo twin-scroll, SUV itu mampu menghamburkan kuasa sehingga 250 PS dari 1,200 rpm dan tork 365 Nm iaitu 90 PS dan 85 Nm kurang daripada enjin V6.

Dengan penjana kuasa baharu itu, ia sekali gus membolehkan jentera berkenaan memecut 0 hingga 100 kilometer sejam (km/h) dengan catatan masa 6.8 saat.

Selain itu, transmisi F-Pace dibangunkan dengan ZF untuk meningkatkan kualiti pertukaran gear supaya lebih efisyen.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) lima tempat duduk ini juga turut dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan 8HP45 yang lebih ringan dan kompak, yang menyalurkan kuasa ke semua rodanya.

Ia juga menampilkan pendulum damper di dalam torque converter yang lebih efektif untuk menyerap getaran frekuensi rendah serta membolehkan enjin dipacu dalam kelajuan rendah tanpa menjejaskan kehalusannya.

Model ini didatangkan Configurable Dynamics yang mana pemandu boleh memilih mod pemanduan menerusi tetapan 'Normal' atau 'Sports' untuk mengubah tindak balas pendikit, kotak gear dan stereng.

Ia juga disertakan suspensi Adaptive Dynamics yang dapat mengubah suspensi bergantung kepada aktiviti pecutan, selekoh, pendikit dan pedal brek.

Dari segi penampilan luarannya, ia disertakan lampu utama LED, gril mesh, bahagian bawah bamper dengan lampur DRL LED dan 'air curtain'. Kelengkapan standard lain termasuk rim 20 inci, pintu but kuasa elektrik dan bumbung panoramik.

Bagi varian R-Sport Hi-spec, ia mendapat tambahan sistem kamera keliling 360 darjah, Adaptive Cruise Control dengan Queue Assist dan panel insturmen digital penuh 12.3 inci dengna empat tema grafik.

F-Pace 2.0L varian Prestige dijual pada harga RM425,800, R-Sport Mid-Spec (RM476,800) dan RM498,800 bagi varian R-Sport Hi-Spec. Harga adalah termasuk GST tanpa insurans.

Menurut JLRM, setiap pembelian disertakan tempoh jaminan selama lima tahun, program Jaguar Care, servis percuma lima tahun atau mileage 65,000 km dan bantuan tepi jalan untuk tiga tahun.

Untuk F-Pace 2.0L ini, tiga trim ditawarkan bermula dengan Prestige pada harga RM425,800, R-Sport Mid-spec RM476,800 dan R-Sport Hi-spec RM498,800.

Harga ini termasuk GST, tetapi tanpa insurans, dan didatangkan bersama jaminan lima tahun, program Jaguar Care, servis percuma lima tahun atau 65,000 km dan bantuan tepi jalan tiga tahun.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi Jaguar di pautan www.jaguar.com.my atau berkunjung ke cawangan pameran JLRM di seluruh negara untuk maklumat lanjut.

INFO

Harga Jaguar F-Pace 2.0l Ingenium

- Prestige - RM425,800

- R-Sport Mid Spec - RM476,800

- R-Sport Hi-SPec - RM498,800

Berita Harian X