Selasa, 27 Februari 2018 | 4:20pm
HYLM memperkenalkan tiga warna baharu bagi model automatik, Ego Avantiz 2018.

Warna baharu Ego Avantiz tampak sporty

HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HYLM) baru-baru ini memperkenalkan tiga warna baharu bagi model automatik, Ego Avantiz 2018.

Warna baharu merangkumi merah, biru dan kuning itu sekali gus, menampilkan wajah yang lebih segar, serta menampakkan gaya yang lebih sporty.

Harga kekal

Lebih menarik, harganya kekal pada RM5,856 termasuk GST, tanpa insurans.

Ia ditawarkan dengan teknologi suntikan bahan bakar dan penyejuk udara BLUECORE yang menawarkan tunggangan selesa dan menyeronokkan.

Teknologi BLUECORE juga memberikan kuasa yang mencukupi, selain menawarkan penjimatan bahan api terbaik.

Ia turut dipadankan transmisi Tali Sawat-V Automatik dan mampu menghasilkan kuasa maksimum 7.0kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 9.6Nm pada 5,500 rpm.

Selain itu, ia dilengkapi suspensi teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang, serta brek hadapan cakera tunggal hidraulik dan brek belakang gelendong.

Ia mempunyai panjang keseluruhan 1,870mm dengan lebar keseluruhan 680mm, manakala 1,260mm jarak antara roda.

Selain itu, berat kering skuter terbabit adalah 96 kilogram dan mempunyai isi tangki bahan api 4.2 liter.

INFO

Warna baharu: Biru, Kuning dan Merah

Jenis Enjin: Sejukan Udara, 4-Lejang, SOHC

Harga: RM5,856 (termasuk GST)

485 dibaca
Berita Harian X