login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 01 November 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
BiPop
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Tiz jadi geisha
Oleh Zaidi Mohamad

2011/08/07

Tiz (kanan) bersama barisan pelakon lain yang membawa
watak geisha dalam telefilem Geisha Melayu Terakhir.
Tiz (kanan) bersama barisan pelakon lain yang membawa watak geisha dalam telefilem Geisha Melayu Terakhir.
INILAH kali pertama dramatis, Tiz Zaqyah, 23, bekerjasama dengan syarikat Cube Film Sdn Bhd milik Michael Ang menerusi telefilem Geisha Melayu Terakhir (GMT). Sebelum ini Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 ini pernah mendengar mengenai kehebatan hasil kerja Ang saja.

Siapa sangka ia menjadi kenyataan Julai lalu. Apatah lagi aktres genit berkulit putih gebu ini tidak terikat dengan komitmen kerja. Faktor masa akhirnya menyatukan persetujuan antaranya dengan Ang. Pengalaman berlakon memegang watak antagonis bernama Ai Ling dalam GMT cukup menyeronokkan.
Watak perempuan Cina itu boleh dianggap yang pertama menampilkan sisi ‘jahat’ bagi aktres yang cukup diingati dengan peranan gadis bertudung bernama Nur Amina dalam drama siri fenomena di TV3, Nur Kasih. Ai Ling memerlukan Tiz menyandang peranan sebagai ‘Mak Ayam Besar’ yang mengurus serta melatih pelayan (geisha).
“Lebih memeranjatkan watak itu juga perlu menampakkan sisi Ai Ling yang mempunyai naluri yang sama terhadap kaum sejenisnya. Dalam erti kata lain, cenderung kepada gaya hidup lesbian. Tetapi ia lebih bersifat tersirat dan tidak terlalu ditunjukkan pengarahnya. Orientasi Ai Ling sebenarnya mungkin hanya dapat diketahui pada penghujung cerita. Saya tak mahu terlalu bercerita mengenainya. Biar ia menjadi kejutan dan tanda tanya. Saya sendiri menanti siarannya yang dijangka pada musim Aidilfitri ini di Astro Ria,” kata Tiz sambil memberitahu watak Ai Ling memerlukannya bermain dengan perasaan dalaman.

GMT berlatarkan zaman penaklukan Jepun pada awal 1940-an mengisahkan Suraya yang baru kematian ayahnya, terpaksa bekerja dengan pihak Jepun untuk menyara kehidupan keluarganya. Suraya dibawa bekerja di sebuah kelab geisha di Tanah Melayu yang diketuai geisha berbangsa cina, Ai Ling. Di, situ Suraya turut berkenalan dengan geisha bernama Mei. Di kelab geisha itu juga, Suraya mula jatuh cinta dengan seorang askar Jepun bernama Ichiro. Keadaan menjadi buruk apabila sekumpulan askar Jepun mati dibom Malayan People's Anti-Japanese (MPAJA). Jeneral Shiro mengerah penculikan adik perempuan Suraya supaya dia dapat membuka rahsia siapa membocorkan maklumat kepada MPAJA mengenai markas Jepun.

Pelakon berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, dia pada mulanya tidak menyangka digandingkan dengan Scha Alyahya. Mereka pernah berlakon sama sebagai pelakon pembantu dalam drama Impian Ilyana beberapa tahun dulu.

“Apa yang boleh saya katakan watak Scha sebagai Suraya memang lain daripada watak yang pernah dipegangnya sebelum ini. Keserasian antara kami juga mudah dicapai. Berlakon di set penggambaran kendalian Ang juga cukup menyeronokkan,” katanya yang turut berlakon dalam drama Tahajjud Cinta yang rancak disiarkan di TV3 setiap Jumaat.
Ketika ini, Tiz sedang berada di Ulu Langat melunaskan baki penggambaran drama Soffiya arahan Joeza untuk slot Akasia di TV3. Turut sama berlakon ialah Fizo Omar, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Izara Aishah.

Tambah Tiz, sepanjang Ramadan ini dia sibuk di lokasi penggambaran drama itu yang sedang mengejar tarikh siarannya dijangka sekitar bulan depan. Ketika ini juga, Tiz mengakui masih belum berkesempatan berbuka puasa dengan keluarganya di Subang Jaya.

“Penggambaran drama ini tamat masa tidak menentu. Kadang-kadang balik lewat. Belum sempat dapat berbuka dengan keluarga. Tapi saya akan cuba juga curi masa nanti. Termasuklah mencari ayam percik kegemaran saya di bazar Ramadan SS 18, Subang Jaya. Saya juga menggemari kuih Tepung Pelita. Saya juga jenis yang suka makan nasi apabila berbuka. Nasi satu kemestian. Tak boleh tinggal, nasi memang wajib. Namun, saya tak terlalu memilih,” katanya yang hanya mampu tersenyum saat ditanyakan mengenai status hubungannya kini dengan aktor, Remy Ishak.

Mengenai Aidilfitri, Tiz memberitahu, dia sekeluarga sudah beberapa tahun beraya di ibu kota. Kalau berkesempatan, tahun ini mereka akan balik ke kampung di sebelah keluarga ibunya di Seremban, Melaka dan Pahang.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas