login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 31 Oktober 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Laman
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Seni Taman: Laman ke sudut hiasan
Bersama Abubakr As-Siddiq (Pakar tanaman hiasan)
edisimingguan@bharian.com.my
2010/10/10

  
  • Foto

  • Foto

    Masukkan batu kerikil dan letakkan lumut ‘Sphagnum Moss’ di atasnya. Ini dilakukan bagi memastikan lumut dapat menyerap air siraman yang berlebihan agar akar pokok tidak terendam dan mati.

  • Foto

    Keluarkan pokok hiasan dari pasunya dan tanam terus dalam raga berkenaan bersama dengan medium tanamannya.

  • Foto

    Susunan pokok janganlah terlindung di antara satu dengan yang lain dengan memastikan pokok yang tinggi ditanam di belakang sekali dan pokok rendah di tengah dan di hadapan sekali. Khas untuk gubahan ini tanam spesies Scindapsus pictus ‘Argyraeus’ di belakang sekali dan penuhkan ruang kosong di antara tanaman dengan medium tanaman. Sebagai pilihan selain ditanam terus dalam gubahan ini, pokok boleh juga dibiarkan dalam pasu masing masing tetapi disusun kemas dalam raga.

  • Foto

    Akhir sekali untuk menampakkan seri gubahan ini letakkan trelis mini di belakang gubahan dan biarkan Scindapsus pictus ‘Argyraeus’ menjalar serta melilit trelis mini berkenaan. Lihatlah hasilnya.

Idea kreatif manfaatkan seri pokok Scindapsus pictus Argyraeus

SELAIN sesuai dijadikan hiasan luaran untuk taman dan laman di kediaman, sebenarnya tanaman hiasan juga boleh dijadikan bahan hiasan dalaman. Oleh itu melalui kolum ini saya akan paparkan pelbagai gaya pameran tanaman hiasan yang pernah dipaparkan melalui kolum ini agar pembaca semua mendapat idea dan seterusnya mempraktikkannya untuk mengindahkan lagi sama ada ruang luaran atau dalaman kediaman anda.
Sebagai permulaannya untuk minggu ini saya paparkan dulu beberapa gaya dan idea pameran spesies Scindapsus pictus ‘Argyraeus,’ atau keladi sutera. Spesies Scindapsus pictus ‘Argyraeus’ ini sesuai dan cantik ditanam dalam air.
Namun jika ditanam dalam medium campuran tanah ia boleh dipelbagaikan cara tanaman dan pamerannya seperti menanamnya dalam pasu yang cantik secara solo. Pilihan kedua, pamerkan ia dalam bekas pameran atau ’planter’ yang cantik secara solo. Pokok dibiarkan dalam pasu masing masing tetapi ia diletakkan dalam bekas pameran yang cantik. Pelbagai bekas pameran boleh digunakan seperti diperbuat daripada seramik, anyaman rotan Sarawak, buluh, kayu, logam dan sebagainya. Untuk lebih cantik lagi pamerkan ia di atas alas yang tinggi agar tampak unik dan menarik.

Pilihan lain, anda juga boleh menggunakannya untuk digubah dengan tanaman hiasan lain seperti digabungkan dengan Lidah Mak Mentua (Sansevieria) dalam satu bekas pameran dan dipamerkan atas rak pameran 2 lapis bersama pokok Epipremnum.

Ia juga boleh digubah dalam raga terbuang. Perlu diingat, bahan anyaman seperti ini biasanya jika terkena atau terendam air ia akan mudah bertukar warna selain cepat reput. Justeru, alas bahagian bawahnya dengan lapisan plastik supaya tidak terkena air dan juga dapat mengelakkan air siraman yang berlebihan terkeluar dan membasahi ruang bawah raga seperti meja, hamparan dan sebagainya.

Selain pokok Lidah Mak Mentua, pokok ini juga boleh digabung dengan Cryptanthus dan juga Draceana.
Ikuti langkah berikut:

1. Masukkan batu kerikil dan letakkan pula lumut ‘Sphagnum Moss’ di atasnya. Ini dilakukan bagi memastikan lumut ‘Sphagnum Moss’ dapat menyerap air siraman yang berlebihan agar akar pokok tidak terendam di dalamnya yang boleh mematikan pokok.

2. Keluarkan pokok hiasan dari pasunya dan tanam terus dalam raga berkenaan bersama dengan medium tanamannya.

3. Susunan pokok janganlah terlindung di antara satu dengan yang lain dengan memastikan pokok yang tinggi ditanam di belakang sekali dan pokok rendah di tengah dan di hadapan sekali. Khas untuk gubahan ini tanam spesies Scindapsus pictus ‘Argyraeus’ di belakang sekali dan penuhkan ruang kosong di antara tanaman dengan medium tanaman.

Sebagai pilihan selain ditanam terus dalam gubahan ini, pokok boleh juga dibiarkan dalam pasu masing masing tetapi disusun kemas dalam raga mengikut panduan di atas.

4. Akhir sekali untuk menampakkan seri gubahan ini letakkan trelis mini di belakang gubahan dan biarkan Scindapsus pictus ‘Argyraeus’ menjalar serta melilit trelis mini berkenaan. Lihatlah hasilnya. Selamat mencuba!

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas