login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 20 Disember 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Laman
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Semburan selamat
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2012/03/18

pix_gal0
Bawang, cili jadi racun serangga

IDEA menghasilkan laman edibel atau kebun ramuan dicetuskan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Jeanne Abdullah hingga mendorong ramai pihak membina kebun sendiri di kediaman masing-masing walaupun saiz laman sangat terhad.
Keupayaan membina laman edibel di kediaman akan menjadi kebanggaan lebih-lebih lagi jika ramai yang memuji serta jiran meminta bantuan membangunkan laman yang sama.
Dalam keghairahan menghasilkan laman edibel, isu penyelenggaraan laman juga perlu diambil kira. Begitu juga sejauh mana ia benar-benar membantu menghijaukan persekitaran selain mengurangkan perbelanjaan membeli sayur-sayuran di pasar.

Memperkatakan mengenai penyelenggaraan laman, selain memangkas, membuang rumput dan rumpai serta menyiram tanaman, kawalan kepada serangan penyakit dan serangga perosak juga perlu diambil kira.

Untuk mengawal penyakit menyerang tanaman dan serangga perosak, lebih baik jika menggunakan bahan organik atau lakukan saja kawalan biologi. Ini kerana ia bukan saja murah malah tidak memberi kesan kepada persekitaran termasuk pengendali dan orang ramai di komuniti.

Penggunaan racun serangga kimia secara berterusan tanpa kawalan boleh menimbulkan masalah seperti serangga perosak menjadi kebal terhadap racun serangga dan kemungkinan serangan berulang selain kemunculan perosak yang baru.
Ia juga boleh mendatangkan bahaya pencemaran kepada manusia dan alam sekitar, kandungan sisa baki racun yang tinggi dalam makanan dan timbunan sisa baki racun serangga tinggi dalam tubuh haiwan ternakan.

Berikut adalah beberapa tip menghasilkan racun semburan untuk serangga perosak yang selamat untuk penghuni kediaman menggunakan ramuan yang boleh didapati di dapur.

Semburan bawang dan cili biasanya sangat berkesan untuk ulat pemakan daun termasuk menghapuskan kumbang.

INFO

Bahan untuk semburan bawang dan cili


15 biji cili padi atau lebih
4 biji bawang besar
2 labu bawang putih dan 2 liter air sabun

Cara membuat semburan

Semua bahan dikisar (tanpa dibuang kulit atau biji)
Tapis dan masukkan air 500 mililiter
Kemudian masukkan dalam botol penyembur tanaman dan mulakan proses semburan

Minyak putih

Minyak ini boleh dibeli di kedai barang pertanian atau nurseri bunga. Namun, anda boleh menghasilkan menggunakan bahan yang boleh diperoleh di kediaman. Minyak ini berkesan untuk membunuh teritip.

Bahan minyak putih

Minyak masak dan sabun pencuci pinggan mangkuk

Cara membuat minyak putih

Tuangkan satu cawan minyak masak dan beberapa titik sabun basuh dalam botol plastik 1 liter
Tambahkan 1/2 cawan air dan goncang sampai sebati
Tuangkan 250 mililiter ke dalam bekas sembilan liter dan kacau.
Masukkan dalam botol semburan dan campuran sangat sesuai disembur pada atas dan bawah daun yang terkena serangan.


Serangga perosak

Nama biasa : Hama Merah/Hama Labah-labah
Nama Inggeris : Spider Mite/Two Spotted Spider Mite
Nama Saintifik : Tetranychus Urticae
Famili : Tetranychidae
Tanaman : Serangga ini biasa menyerang pokok cili, tomato, terung dan timun batang
Bahagian Diserang : Daun, pucuk dan buah
Kerosakan :Larva,nimfa dan juga hama dewasa menyerang tanaman dengan menghisap cecair daun pucuk dan juga buah. Serangan menyebabkan daun gugur. Daun yang diserang akan menjadi kerinting, melengkung ke bawah, berwarna perak dan menjadi keras. Hama tinggal di bawah daun.

Kutu Trip

Nama Biasa : Kutu Trip
Nama Inggeris : Thrips
Nama Saintifik : Thrips Palmi Karny
Famili : Thripidea
Tanaman : Menyerang timun, cili, terung, tomato, labu, peria dan petola
Bahagian Serangan : Daun dan buah
Kerosakan : Nimfa dan kutu Trip menghisap cecair tumbuhan dari bahagian bawah permukaan daun. Ini menyebabkan daun menjadi keperangan, kerinting dan mengkung ke atas. Pucuk menjadi keras daun tirus dan gugur. Kutu Trips juga menyerang buah akibat buah menjadi tompok-tompok keruping halus berwarna perang.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas