login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Rabu , 22 Oktober 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Laman
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Ros Ratu Bunga


2011/02/20

pix_gal0
BUNGA ini begitu popular sekali kerana sering digunakan bagi menyerikan lagi pelbagai majlis seperti perkahwinan, hari jadi dan keraian lain. Malah pokok yang mana bunganya simbolik kasih sayang kepada insan tersayang ini juga popular sebagai pokok sempadan, pagaran dan turut dilatih pemanjat pergola dan tembok sebagai penyeri laman. Ikuti paparan menarik mengenainya...

Petua biak mawar
Apa saja gelarannya - ros, mawar dan rosa adalah merujuk kepada sejenis bunga yang sangat popular, cantik dan menarik. Ia terkenal sebagai bunga lambang (simbolik) cinta, kasih dan sayang. Orang Inggeris mengenalinya sebagai rose manakala masyarakat Melayu pula memanggilnya sebagai bunga mawar atau ros. Namun nama saintifiknya ialah Rosa dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Rosaceae.
Pokok berbunga cantik dan menarik ini sudah lama popular dan ditanam sejak beratus-ratus tahun dulu lagi. Ada pelbagai bentuk dan warna bunga ros seperti putih, merah terang, merah tua, merah muda, oren serta pelbagai warna baru dan unik hasil kacukan.

Hasil kacukan atau hibrid ini juga menghasilkan banyak pokok renek yang senang dijaga untuk dijadikan pokok spesimen sebagai tanaman dalam pasu, pokok sempadan, pokok pagaran dan pemanjat untuk dilatih memanjat dinding, tembok, pergola, para-para (trellis) dan sebagainya. Pokok Ros senang ditanam dan dijaga serta tidak cerewet dari segi penjagaannya.

Penanaman:
Ros senang ditanam menggunakan keratan batang atau rantingnya yang matang. Ikuti langkah menyemai dan menanamnya seperti berikut:
  • 1) Potong batang atau ranting matang secara menyerong kira kira 4 inci panjang (foto 1).
  • 2) Celupkan bahagian bawah keratan tadi dalam hormon penggalak akar untuk mempercepatkan pertumbuhan akarnya (foto 2).
  • 3) Semai keratan tadi dalam medium pasir sungai atau campuran tanah untuk pokok berpasu dan jangan lupa untuk menyiramnya. (foto 3).
  • 4) Letakkan bekas semaian tadi dalam beg plastik bagi mengekalkan kelembapan medium semaian, juga bagi mempercepatkan pertumbuhan akarnya (foto 4).
  • 5) Selepas tunas dan akarnya tumbuh tanggalkan beg plastik (foto 5).


Siram anak pokok dan jangan biarkan medium semaiannya kering. Apabila tunasnya sudah tumbuh kira kira tiga inci, pindah dan tanam dalam medium tanaman kekalnya seperti di bawah. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan biji benih yang diimport dan boleh dibeli dari pusat tanaman dan sebagainya. Namun begitu untuk mendapatkan pokok yang cantik dan segera, beli saja dari pusat tanaman yang banyak menjualnya.

Medium tanaman : Pokok ros memerlukan medium tanaman berasaskan tanah yang subur, lembap tetapi mempunyai saliran yang baik supaya air siraman senang mengalir keluar. Campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (tanah peroi: baja kandang: pasir sungai) adalah sesuai untuk penanaman.

Air : Siram dua kali sehari pada hari panas iaitu pada waktu pagi dan petang. Siram bila perlu pada hari hujan dan elakkan air bertakung di dalam medium tanamannya.

Cahaya: Pokok Bunga Ros suka kepada banyak cahaya matahari bagi pengeluaran bunga yang banyak dan cantik warnanya.

Pembajaan : Sebaiknya gunakan baja yang dikhususkan untuk pokok Ros. Namun baja organik seperti najis ayam atau kelawar dan baja kimia adalah juga sesuai untuknya. Gunakan baja kimia berwarna hijau untuk daun dan pertumbuhan pokok yang subur manakala baja berwarna merah adalah untuk pengeluaran bunganya. Gunakan baja seperti arahan yang tertera pada pek baja yang digunakan bagi mendapatkan pertumbuhan bunga yang cantik.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas