login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 28 Ogos 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
DrdiBM
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Risiko hamil lewat


2011/01/16

pix_gal0
SAYA ada pertanyaan mengenai pembedahan caeseran. Saya menjalani pembedahan itu sebanyak tiga kali. Pertama, disebabkan air ketuban saya pecah dalam masa 32 minggu, anak kedua pula akibat masalah saya turun darah dan yang ketiga secara automatik saya perlu dibedah. Peranakan saya pula sudah diikat selepas pembedahan ketiga. Persoalannya, apakah saya boleh hamil lagi? Untuk pengetahuan doktor, saya berumur 39 tahun dan anak bongsu pula berusia 5 tahun.

NOR
JAWAPAN
Puan Nor, sekiranya ingin mengandung buat kali keempat secara semula jadi, sememangnya Puan tidak boleh kerana saluran fallopian puan sudah diikat. Oleh itu, agak mustahil sekiranya puan boleh mengandung secara normal.
Justeru, hanya dengan bantuan pakar kesuburan, puan mungkin boleh hamil semula. Sebelum persenyawaan in-vitro (IVF) diperkenalkan, doktor lazimnya akan mencantumkan semula saluran fallopian yang sudah diikat tetapi peluang untuk mengandung adalah rendah tambahan pula risiko kandungan luar rahim adalah tinggi.

Pada masa kini, tiada pakar yang sanggup mencantum semula saluran fallopian ini kerana kerjanya teramat rumit. Tambahan pula pada zaman sekarang persenyawaan in-vitro banyak digunakan sekiranya puan ingin mengandung lagi.

Cara IVF ini tidak memerlukan saluran fallopian yang normal kerana persenyawaan akan berlaku di makmal dan selepas zigot/janin terbentuk ia akan dimasukkan ke dalam rahim wanita untuk pembesaran. Kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 ribu sekali percubaan.

Apakah risikonya sekiranya puan hamil pada usia 40 tahun? Pertamanya ialah tahap kesuburan puan turun mendadak kerana kualiti ovum yang terhasil adalah rendah. Oleh yang demikian sukar sedikit untuk menghasilkan zigot/janin yang baik. Ini akan menyebabkan keguguran kerap berlaku pada usia yang meningkat.
Keduanya, sekiranya puan mengandung, kecacatan pada baka atau gen adalah tinggi seperti sindrom Down. Pada usia 40 tahun, risiko Sindrom Down meningkat pada kadar 1 bagi setiap 80 orang. Dan, malangnya, dengan hanya menggugurkan kandungan itu dapat mengelakkan anak sindrom Down daripada dilahirkan.

Ketiga, masalah perubatan seperti darah tinggi dan kencing manis akan meningkat jika mengandung di usia lewat.

Di kalangan pakar-pakar kesuburan mungkin mereka tidak menasihatkan untuk mengandung lagi kerana kesukaran mendapat janin yang baik.

Keempat, jika sekiranya puan mengandung selepas pembedahan tiga kali. Risiko uri melekat dan uri di bawah adalah tinggi, Ini mengakibatkan tumpah darah yang banyak semasa pembedahan nanti.

Oleh kerana itu saya tidak menggalakkan puan untuk cuba mengandung lagi kerana sebab-sebab di atas.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas