login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 25 Oktober 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
DrdiBM
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Risiko air ketuban

bminggu@bharian.com.my
2011/04/24

Kandungan berlebihan boleh sebabkan bayi cacat, kelahiran pramatang

Soalan: Saya hamil 30 minggu sekarang dan selepas dua kali menghadiri pemeriksaan antenatal, doktor memberitahu saya yang air ketuban saya banyak. Saya kurang arif mengenainya kerana ini anak sulung. Apakah kesan sampingan kepada bayi dan saya sekiranya air ketuban terlalu banyak dan adakah cara lain untuk mengurangkan air ketuban ini? Saya berharap doktor dapat memberikan maklumat dan juga nasihat.

Aimie

Jawapan:
Jumlah air ketuban dalam rahim tidak boleh diketahui dengan tepat. Ia lebih kepada pandangan mata kasar dan pengalaman individu yang melakukan ultrasound itu. Ini bermakna jika ada dua orang yang melakukan ultrasound, mereka mungkin berbeza pendapat mengenai banyaknya air ketuban itu.

Secara kasar, kami (pakar) mengukur jumlah air ketuban sama ada kurang atau banyak dengan mencampurkan ketinggian air ketuban (dalam sentimeter) pada 4 kuadran rahim. Pengiraan ini pula secara rambang dan tidaklah tepat.
Apa yang dimaksudkan di sini, kemungkinan penilaian ini adalah tidak tepat. Jumlah air ketuban maksimum pada usia kandungan hingga tujuh bulan (kira-kira 32 minggu). Jadi tidak hairanlah sekiranya air ketuban puan nampak banyak kerana ia adalah normal. Selepas 32 minggu, air ketuban akan nampak berkurangan kerana pembesaran bayi lebih ketara dengan jumlah air ketuban yang statik. Masalah yang timbul sekiranya air ketuban banyak atau polihidramnios ialah:

1. Kedudukan bayi tidak stabil. Ini bermaksud bayi akan selalu bertukar-tukar posisi seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.

2. Kandungan nampak terlalu besar, berat dan kesannya kepada tulang belakang amat ketara. Ini membuatkan kita berasa amat tidak selesa pada akhir-akhir kandungan.

3. Risiko pramatang tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal. Anak pramatang mempunyai masalah masalahnya tersendiri.

4. Risiko pembedahan caesarean adalah tinggi kerana kedudukan bayi yang tidak tetap dan tali pusat bayi terjulur keluar sebelum bayi dilahirkan.

5. Polihidramnios dikaitkan dengan bayi yang mempunyai kecacatan. Ini boleh dikesan dengan ultrasound. Diabetes juga menyebabkan air ketuban banyak dan ini memerlukan ujian darah. Ini adalah beberapa masalah yang boleh timbul sekiranya air ketuban banyak. Air ketuban tidak dapat dikurangkan ketika hamil. Ada sekali sekala air ketuban terlalu banyak sehingga menyukarkan ibu bernafas, berjalan dan sebagainya. Maka air ketuban dikeluarkan daripada rahim dengan jarum seperti mengambil darah. Jadi tidak perlulah risau dan ikuti segala nasihat doktor yang menjaga puan.

Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada “Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur. Soalan anda akan dijawab Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker