login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 20 Disember 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Dekor
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Revolusi bilik air
Bersama Hamidon Abdullah

2010/12/12

  
  • Foto

    Moden dan ringkas pilihan terkini.

  • Foto

    Revolusi baru ruang mandi jadi tempat rehat.

  • Foto

    Ruang vaniti dan sinki diasingkan daripada kawasan pancuran.

Ruang membersihkan diri boleh jadi tempat berehat dan bersendirian

BILIK air ruang paling peribadi yang asas kegunaannya untuk membersihkan diri, ruang yang boleh dikatakan paling kecil dalam rumah tetapi mempunyai fungsi besar kepada penghuni memulakan hari mereka.
Jika dulu bilik air hanya sekadar keperluan untuk tuntutan kehidupan harian tetapi hari ini keadaan berubah yang mana keperluan itu dimanifestasi dengan menjadikan bilik air tempat berehat dan bersendirian.
Oleh itu keperluannya dipelbagaikan dengan hiasan menarik dan reka bentuknya lebih kondusif. Kini, bilik air juga digunakan untuk kegiatan lain seperti berhias diri, merawat tubuh serta terapi diri. Justeru, diperlukan pemisahan di antara ruang bilik air basah untuk mandi dan bilik air kering untuk bersiap dan berhias.

Reka bentuk bilik air bukannya mudah seperti yang dijangka kerana memerlukan pengetahuan mengenai keperluan kelengkapan, sistem paip dan pendawaian. Pengetahuan mengenai susun atur ruang seperti ruang sinki membasuh tangan dan muka, ruang bersiram, ruang tab mandi, ruang membuang air besar dan air kecil, seterusnya ruang jakuzi.

Hubungan antara ruang yang disebut tadi amat penting supaya susunan itu sesuai dengan pergerakan dan aktiviti dalam bilik air.

Saiz bilik air yang agak terhad ada kala menimbulkan kesulitan kepada penghuni, namun ada beberapa idea boleh membantu menjadikan ruang itu kelihatan luas. Bilik mandi utama biasanya bergabung dengan ruang tidur utama, dibina dan direkabentuk lebih luas dengan kelengkapan dan kemudahan secukupnya.
Ruang basah disediakan untuk mandi secara pancuran dan diasing daripada tab mandi. Tab mandi juga ada kala dipelbagai dengan mandi pancuran. Bagi mereka yang mahu keselesaan dan dimanjakan ketika mandi, peralatan mandi secara jakuzi adalah menyeronokkan.

Malah situasi begini boleh dijadikan cara untuk terapi minda dan sesuai bagi mereka yang mahu merehatkan minda selepas penat melakukan tugas harian. Ruang kering pula digunakan membasuh tangan dan muka selain menggosok gigi. Ruang ini disediakan permukaan vaniti dengan sinki.

Selain itu, ruang penyimpanan diperlukan untuk menyimpan peralatan tandas dan juga kosmetik penjagaan diri. Ia ada kala digabungkan dengan kepingan cermin yang dilekatkan di hadapan permukaan kabinet ruang penyimpanan bagi kegunaan menghias diri.

Ruang kering ini juga digabung dengan ruang ‘kloset’ atau almari pakaian yang memudahkan pengguna beredar selepas siap membersihkan dan seterusnya memilih pakaian. Kemudahan ini amat diperlukan bagi memudahkan pergerakan tanpa perlu bergerak terlalu jauh antara satu ruang dengan satu ruang lain.

Untuk bilik air anak pula, ia direkabentuk sama ada diasing atau digunakan bersama. Biasanya bagi bilik yang tersendiri untuk anak, lokasi bilik air akan dibina bersama dalam bilik tidur. Bagi memenuhi keperluan anak dan mengikut usia mereka, saiz bilik air dibina lebih kecil dan kelengkapan serta kemudahannya juga berbeza.

Justeru amat sesuai sistem pancuran digunakan untuk bilik air si kecil berbanding tab mandi yang memerlukan ruang lebih besar. Begitu juga rak penyimpanan dibina ringkas kerana anak biasa tidak mempunyai peralatan yang banyak.

Bagi memudahkan segala aktiviti di bilik air, khususnya untuk anak, ukuran segala kelengkapan dan kemudahan mesti memenuhi ukuran dan ketinggian mereka bagi memudahkan anak menggunakan kelengkapan dengan mudah, selesa dan selamat.

Fakta : Pemilihan bahan kemasan bilik air

  • Proses ini perlu bagi mengetahui kesesuaiannya, sebagai contoh pemilihan kemasan lantai bagi ruang bilik air basah berbeza dengan ruang bilik air kering.

  • Ruang bilik air basah amat sesuai mengguna kemasan lantai tahan licin seperti jubin seramik homogenous atau batu marmar berpermukaan kasar dengan pemasangan seharusnya menurun ke arah saluran pembuangan air terutama di kawasan mandi pancuran.

  • Bagi ruang bilik air kering, sesuai menggunakan bahan kemasan licin dan berkilat seperti batu marmar atau granit yang bagaimanapun mahal kosnya. Kini, kemasan dari jubin seramik direka seakan batu marmar atau granit dengan harga sederhana.

  • Pemilihan kemasan dinding juga penting kerana kesan pemilihan bahan dan warna sesuai akan membantu menjadikan suasana bilik air lebih menarik. Pemilihan bahan dan warna yang sesuai dapat membantu menjaga kualiti permukaan dinding daripada percikan air dan dapat dibersihkan dengan mudah.

    Pengudaraan

  • Peredaran udara dalam bilik air amat penting untuk membawa udara lembap keluar. Jika sistem itu tidak dirancang dengan baik, ia boleh mengakibatkan tahap kelembapan meningkat dan pengguna akan berasa tidak selesa.

  • Pembinaan bukaan tingkap kecil atau jendela angin di tempat tertentu serta membenarkan cahaya semula jadi memasuki ruang boleh membantu mengatasi masalah kelembapan. Adalah baik jika ruang bilik air pada waktu siang menggunakan sepenuhnya cahaya semula jadi bagi mengurangkan kos elektrik dan membantu mengurangkan kelembapan ruang.

  • Bagi binaan bilik air yang kedudukannya tidak membenarkan bukaan tingkap untuk peredaran udara, penggunaan peralatan mekanikal seperti kipas ‘exhaust’ amat sesuai. Pemasangan peralatan ini seharusnya selari dengan suis lampu supaya kedua-duanya boleh beroperasi serentak.

  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

    Peta Laman

    Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

    Kembali ke atas