login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 29 Ogos 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Laman
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Pokok Udara


2011/04/24

  
  • Foto

  • Foto

    Pelbagai spesies Tillandsia sesuai untuk hiasan laman.

  • Foto

    Tillandsia cantik sebagai hiasan gantung.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah sebenarnya tanaman hiasan yang dikenali sebagai pokok udara atau 'Air Plant' ini. Pokok unik yang kini semakin mendapat perhatian ramai kini menjadi pilihan penggemar seni hias laman untuk menjadi penyeri laman. Uniknya, jika tanaman lain perlukan tanah, tilandsia sebaliknya Ingin mengetahui lebih dekat mengenai beberapa spesies tanaman hiasan yang dimaksudkan ini dan cara penanaman serta penjagaannya.

Tillandsia hidup menumpang dahan, batang pokok dan akan mati jika tanam dalam tanah
SPESIES tanaman hiasan yang lebih dikenali sebagai pokok udara ini adalah dari genus Tillandsia. Pokok yang begitu unik sekali pertumbuhannya ini tergolong dalam famili tumbuhan Bromeliaceae iaitu sama famili dengan pokok Neoregelia yang pernah disiarkan dulu.
Ia juga adalah sejenis pokok ’epiphyte’ iaitu hidup menumpang di pokok lain tetapi mendapat air dan nutrien dari udara di persekitarannya. Air dan nutrien biasanya terperangkap dan diserap melalui sisik-sisik kecil pada daunnya.

Uniknya mengenai spesies pokok udara ini ialah ia sesuai tumbuh hanya di atas permukaan seperti kayu, bahan seramik dan sebagainya. Sebaliknya ia akan reput dan mati jika ditanam menggunakan campuran medium tanah. Ia hanya memerlukan sedikit penjagaan iaitu hanya disembur air pada pokoknya apabila diperlukan saja.

Di antara spesies sering ditanam adalah seperti berikut:

Tillandsia usneoides Spesies ini sangat popular ditanam di negara kita sejak dulu lagi. Ia lebih dikenali sebagai pokok misai jin atau janggut jin dan ditanam kerana bentuk pokoknya yang unik iaitu tumbuh panjang berjurai ke bawah serta sangat sesuai untuk dijadikan tanaman gantung. Ia mempunyai batang yang sangat mudah bercabang. Daunnya kecil saja tumbuh di sekeliling batang dan ditutupi dengan banyak sisik berwarna perak keputihan. Ia dikatakan berasal dari negara Argentina dan Chile. Spesies ini senang dibiakkan menggunakan keratan batangnya yang hanya perlu dililit pada dawai dan sebagainya (foto 2) .

Tillandsia argentea
Daunnya panjang berbentuk seperti benang halus yang runcing di hujung dan tumbuh sekeliling pangkal pokoknya yang berbentuk seperti bebawang. Begitu cantik dan unik penampilannya.

Tillandsia caput-medusae
Daunnya agak tebal sedikit, seakan berpintal dan tumbuh dari pangkal pokoknya yang berbentuk seperti bebawang. Kadangkala ia juga mengeluarkan bunga menarik berwarna merah dalam braktanya berwarna biru.

Tillandsia oaxacana
Daunnya panjang sedikit bergulung berwarna hijau kelabu. Ia tidak mengeluarkan bunga.

Penanaman
Spesies Tillandsia argentea, Tillandsia caput-medusae dan Tillandsia oaxacana mudah ditanam menggunakan anak benih atau ’offsets’ dalam istilah Inggerisnya. Biasanya pokok yang matang atau selepas pengeluaran bunga beberapa anak benih akan tumbuh dari sisi pokok induknya. Biarkan ia tumbuh membesar sehingga lebih kurang 1/4 dari saiz pokok induknya. Ikuti langkah penanaman seperti berikut:

Ikuti teknik mudah gubahan
1) Pisahkan anak benih dari pokok induknya.
2) Untuk menanamnya tidak perlu menggunakan medium tanaman seperti campuran tanah dan sebagainya. Hanya ikat anak benih pada batang kayu menggunakan tali atau lekatkan ke dalam lubang pada kayu hanyut dan sebagainya.
3) Sembur anak benih yang baru ditanam tadi agar ia mula tumbuh subur.

Penjagaan: Pokok udara agak mudah dijaga.
1) Ia tidak memerlukan siraman air seperti pokok hiasan lain tetapi hanya sembur pokok ini apabila diperlukan. Jika cuaca terlalu panas sembur dua kali sehari.
2) Ia sesuai didedahkan kepada cahaya yang sedikit terlindung.
3) Gunakan sedikit saja baja jenis cecair untuk dicampurkan ke dalam air semburan.

Begitulah keunikan dan kepelbagaian yang terdapat pada pokok udara dari genus Tillandsia ini. Selain pokok udara ini, dalam genus Tillandsia juga ada beberapa spesies tanaman hiasan yang boleh ditanam menggunakan medium tanah seperti spesies Tillandsia cyanea.

Idea Pameran: Pokok udara Tillandsia sesuai dipamerkan dengan hanya melekatkannya pada ranting kayu, kayu hanyut dan pelbagai cara yang unik lagi menarik. Ia sebenarnya boleh dijadikan bahan hiasan yang unik, cantik dan menarik. Ingin mengetahui cara membuatnya ikuti paparan dalam keluaran dua minggu akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas