login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 18 Disember 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
BeritaSawit
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

MPOB bantu pekebun kecil tanam baru, semula sawit
Oleh Noor Asmawati Abdul Samad
watie@mpob.gov.my
2011/05/07

SERIAN (SARAWAK): Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memberi bantuan kepada pekebun kecil sawit yang layak bagi menanam semula komoditi itu dan juga bagi mereka yang baru hendak menanam.

Mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar yang diusahakan di bawah Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK). Had bantuan maksimum bagi setiap pemohon adalah 5 hektar.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata demikian ketika berucap merasmikan program Pemimpin Bersama Pekebun Kecil Sawit di Dewan Rekreasi Ranchan, di sini, baru-baru ini.
“Kerajaan ingin membantu pekebun kecil sawit meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonominya melalui peningkatan penghasilan Buah Tandan Segar (BTS) tanaman sawit.”

“Kita akan membantu mereka menanam semula pokok sawit tua yang melebihi umur 25 tahun dengan anak benih berkualiti yang berupaya menghasilkan BTS yang tinggi.

“Selain itu, Kerajaan juga memperuntukkan Bantuan Penyelenggaraan Kebun (BPK) sebanyak RM500 sebulan selama 24 bulan kepada mereka yang lulus bantuan Skim TSSPK.

“Kita mensasarkan menyalurkan BPK kepada 1,200 pekebun kecil yang memiliki keluasan maksimum 2.5 hektar tanaman sawit dan memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.
Dompok berkata, bantuan RM7,000.00 itu disalurkan kepada mereka yang layak untuk membiayai kos pembersihan, penyediaan kebun dan anak benih berkualiti yang akan dibekalkan oleh MPOB.

“Bantuan itu juga meliputi kos pembelian baja bagi anak pokok yang baru ditanam itu untuk tempoh dua tahun,” katanya.

Pekebun digalak mendapatkan khidmat nasihat MPOB dan melaksanakan amalan pertanian baik bagi meningkat produktiviti selaras visi mencapai purata 26 tan sehektar setahun BTS menjelang 2020.”

Peningkatan produktiviti BTS dan minyak sawit adalah agenda utama Kerajaan bagi merealisasikan sasaran penjanaan pendapatan sektor sawit di bawah Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Beliau berkata, Negeri Sarawak mempunyai 10,417 pekebun kecil berdaftar dengan MPOB dengan keluasan 58,800 hektar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot yang juga Ahli Parlimen Serian dan Pengarah Pelesenan dan Penguatkuasa, Adzmi Hassan mewakili Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Artikel Lain

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas