login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Ahad , 26 Oktober 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
DrdiBM
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Luka sukar pulih
Bersama Dr Suhaimi Isa
bminggu@bharian.com.my
2011/06/05

pix_gal0
Risiko ibu bersalin secara bedah alami jangkitan

SOALAN
SAYA seorang yang obes dan baru bersalin Januari lalu menerusi kaedah pembedahan (c-section). Luka saya dijangkiti kuman dan dibuka semula pada hari ketujuh. Sehingga ke bulan keempat luka saya belum bercantum walaupun sudah bersih dan tidak menghidapi diabetes. Luka itu pada mulanya sepanjang 10 sentimeter dengan kedalaman dua sentimeter.
Selepas menjalani ‘secondary suturing’ ia tidak bercantum sepenuhnya kerana dijangkiti kuman sekali lagi. Saya mengambil keputusan untuk tidak jahit semula dan melakukan dressing dua hari sekali. Sekarang luka saya sepanjang tiga sentimeter dengan kedalaman 0.5 milimeter tetapi yang memusykilkan saya ialah kenapa luka saya lambat sembuh? Adakah pada masa akan datang saya akan diberi pilihan untuk melakukan pembedahan ceasarean atau bersalin normal?

MIA MARIYAM

JAWAPAN


Puan, risiko jangkitan berlaku pada luka pembedahan adalah kurang lima peratus. Ini bermakna 1 bagi setiap 20 pembedahan yang dilakukan akan mengalami jangkitan pada jahitannya. Terlalu banyak faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan jangkitan boleh berlaku seperti tahap steril dewan pembedahan, perkakasan pembedahan dan paling sukar dikawal adalah faktor- faktor manusia termasuklah doktor bedah itu sendiri.
Faktor dalaman yang penting adalah integriti sistem imuniti seseorang dan puan sedar yang diabetes adalah punca penting untuk jangkitan lebih mudah berlaku dan percantuman luka adalah perlahan jika diabetes tidak terkawal.
Faktor lain yang saya kira penting adalah obesiti. Kebanyakan jangkitan luka pembedahan berlaku pada wanita yang obes terutama selepas pembedahan caesarean.

Keadaan fizikal menyebabkan luka di bawah perut sentiasa berpeluh dan panas yang hanya menggalakkan jangkitan berlaku. Luka cepat sembuh jika faktor-faktor ini dapat dihindari.

Apakah punca luka caesarean puan masih tidak lagi pulih selepas hampir empat bulan walaupun dressing dilakukan dengan kerap?

  • Mungkin luka puan masih belum betul-betul bersih sebab itu selepas jahitan semula, luka puan masih bernanah semula. Apa yang puan nampak hanya luka di luar saja. Sebenarnya nanah ini masih ada dalam lipatan-lipatan lemak jauh ke dalam dan sukar dibersihkan. Jika ini berlaku, kami memerlukan puan menjalani pembedahan kecil yang mana luka lama akan dibuka semula. Ini hanya pada lapisan lemak saja dan bukannya sampai ke dalam rongga pelvis. Ini bertujuan membersihkan poket nanah dengan sebaik mungkin dan pemulihan dapat berlaku dengan baik. Usaha dressing dilakukan sehingga bersih untuk beberapa hari atau minggu sehinggalah boleh dilakukan jahitan semula.

  • Berkemungkinan berlakunya ‘fistula’ di antara rongga pelvis dan luka pembedahan. Fistula adalah satu sambungan, laluan, perhubungan atau alur yang terbentuk kerana lapisan rektus dinding abdomen gagal tertutup sepenuhnya. Ini disebabkan masalah lemak usus tersepit ketika lapisan rektus dijahit sewaktu pembedahan ceasarean. Dengan ini, lapisan rektus tidak dapat pulih sepenuhnya dan air dari dalam abdomen sentiasa mengalir keluar melalui luka pembedahan, sekali gus menyebabkan luka itu sukar untuk sembuh. Kes seperti ini amat jarang berlaku dan doktor pakar patut periksa ketika luka pembedahan dibuka semula.

    Saya cadangkan puan berjumpa dengan doktor pakar semula untuk penyiasatan punca kenapa luka masih tidak pulih selepas empat bulan.

    Anda ada kemusykilan mengenai kesihatan? Hantarkan soalan kepada Doktor di Berita Minggu melalui e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur. Semua soalan dijawab oleh Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang.

  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

    Peta Laman

    Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

    Kembali ke atas