login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Ahad , 26 Oktober 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
DrdiBM
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Lewat buka IUCD


2011/01/09

pix_gal0
DOKTOR, saya berumur 43 dan sudah menggunakan IUCD selama tiga tahun. Sepatutnya IUD harus dibuka pada bulan September namun sehingga kini IUCD itu masih belum dibuka. Saya bimbang dengan risiko yang bakal saya hadapi sekiranya membuka IUD lewat dari tempoh yang ditetapkan. Bolehkah saya mendapat jangkitan kuman atau akan menjejaskan kesihatan saya?

INA
Puan Ina tidak perlu bimbang tentang risiko kalau terlebih masa yang telah disarankan. Puan hanya lewat tiga bulan saja. Tempoh tiga tahun yang disarankan oleh pengeluar IUCD itu adalah tempoh keberkesanan IUCD itu dapat mencegah kehamilan. Ini adalah melalui beberapa kajian yang telah dijalankan oleh mereka. Selalunya terdapat beberapa bulan lagi ia masih berkesan mencegah kehamilan. Alat IUCD yang puan guna sekarang adalah Cu 250 yang mempunyai lilitan tembaga pada IUCD itu. Ia tidak membawa apa-apa kemudaratan semasa memakainya.
Penggunaan IUCD jenis Cu 250 ini menyebabkan darah haid yang banyak daripada biasa tetapi ia tidak memudaratkan. IUCD juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria dalam pelvis kerana IUCD ini ‘menarik’ bakteria melalui benang nilon yang terdedah dalam vagina. Ini bukannya komplikasi yang biasa berlaku. Selain dari itu IUCD juga kadangkala menyebabkan ‘spotting’ iaitu titisan darah selepas haid habis.

Oleh kerana itu saya cadangkan puan buka dan ganti IUCD baru secepat mungkin. Bukannya kesan sampingan yang saya bimbangkan tetapi keberkesanan untuk mencegah kehamilan berkurangan. Saya takut puan hamil yang tidak dirancang kalau lambat menukarnya.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas