login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 28 Ogos 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Laman
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Kiambang bertaut
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2012/04/08

Pokok salad terapung pilihan ideal untuk taman air

'BIDUK lalu kiambang bertaut' adalah peribahasa yang sinonim dengan tumbuhan air terapung yang dikenali sebagai Pistia stratiotes atau kiambang.
Pokok kecil untuk tanaman air ini juga digelar ‘Floating lettuce’ iaitu salad terapung atau salad air. Tumbuhan air ini begitu disukai peminat seni taman kerana keindahan bunga kecilnya, selain daunnya yang berbentuk kelopak bunga tersusun indah dan terapung di permukaan air.
Selain keindahan dan keunikan pokok air ini, kiambang sebenarnya mudah dijaga dan sangat disukai oleh ikan untuk berteduh daripada panas sinaran matahari.

Biasanya pokok ini akan membesar antara 5.1 hingga 45.7 sentimeter diameter serta tergolong sebagai tumbuhan yang sangat mesra alam dan membiak dengan menghasilkan anak pokok.

Pokok ini memberi oksigen kepada air serta sangat sesuai sebagai kawalan biologi bagi mencegah pembiakan alga dalam kolam. Ini kerana ia menyerap lebihan organik yang dihasilkan lumut air.

Dikategorikan pokok air yang tahan lasak, namun jika mahu mengekalkan persekitaran kolam yang bersih, ia perlu juga dibersihkan bagi memastikan ia tumbuh segar.
Menurut pemilik pemilik KC Landscape Services, di Kota Damansara, Jolene Tan berkata, walaupun dikenali sebagai pokok tahan lasak, kiambang sebenarnya sukakan teduhan jika tidak daunnya akan terbakar dan menjadi kekuningan.

Selain itu, Jolene berkata, bagi mengelak permukaan kolam ditutup dengan kiambang, tumbuhan ini perlu selalu dibersih dan diasingkan supaya kolam tidak menjadi sesak.

“Seeloknya, letakkan kolam atau pun pancuran air jauh daripada tempat pengumpulan air hujan. Ini kerana kiambang boleh hanyut dibawa air yang mengalir,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi mengelak kiambang hanyut letakkan bakul terapung dalam kolam atau pancuran air. Bakul berkenaan boleh dibeli di nurseri bunga dan kedai peralatan kebun.

“Salah satu cara mudah untuk mengawal pembiakan kiambang adalah dengan meletakkan ikan dalam kolam kerana ikan biasanya makan akar pokok kiambang.

“Cara lain menyekat pembiakan kiambang adalah dengan meletakkan tumbuhan lain dalam kolam. Pemilik juga boleh meletakkan hiasan seperti itik tiruan, batu sungai atau model kincir angin. Paling mudah sentiasa selenggara kolam dan buang kiambang yang daunnya sudah kekuningan atau hampir layu,” katanya.

Jolene turut memberi tip supaya menambah nutrien khas untuk pokok kiambang bagi memastikan ia subur. Nutrien tambahan boleh dibeli dari nurseri bunga atau kedai peralatan perkebunan.

Tip

  • Seluruh bahagian pokok kiambang dikatakan mengandungi banyak kalium dalam bentuk kalium klorida dan kalium sulfat dan bahan pahit yang akan larut dalam air tempat ia tumbuh.

  • Kiambang juga dikatakan boleh menjadi tempat nyamuk membiak, jadi perlu selalu membersihkan pokok ini di bawah laluan air atau jirus pokok dengan air mengalir bagi membunuh telur nyamuk.

  • Bagi mengelak kiambang menjadi sarang nyamuk bertelur, letakkan ikan supaya ikan makan telur nyamuk.

  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

    Peta Laman

    Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

    Kembali ke atas