login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Rabu , 03 September 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
DrdiBM
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Kesan bedah fibroid
Jawapan disediakan; Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan & Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
bminggu@bharian.com.my
2010/09/26

pix_gal0
Haid lewat akibat tekanan ketika dan selepas pembedahan

Soalan:
Untuk pengetahuan doktor, saya baru membuat pembedahan fibroid pada Julai lalu. Selepas pembedahan itu, selama 40 hari saya tidak didatangi haid, kemudian haid datang semula.
Bagaimanapun, haid itu berpanjangan sehingga berbelas-belas hari lamanya.  Saya merujuk doktor di hospital kerajaan dan doktor berkenaan mengatakan sampel fibroid itu bukan kanser. Doktor memberikan saya ponstan dan sejenis asid 'transxemanic acid' untuk menghentikan haid. Kini haid berhenti tetapi saya gusar apakah haid berpanjangan itu menunjukkan masih ada lagi fibroid atau kemungkinan disebabkan perubahan hormon?

LIZA

Jawapan:

Puan Liza, saya berpendapat ada berlakunya perubahan hormon selepas pembedahan fibroid. Kerap juga, selepas pembedahan besar akan menyebabkan haid lewat datang. Ini berpunca daripada tekanan semasa dan selepas pembedahan.
Haid yang datang lewat ini selalunya banyak daripada biasa dan kadangkala berketul-ketul dan panjang tempohnya. Apa yang sudah puan lakukan berjumpa dengan dengan doktor adalah wajar dan masalah puan dapat di atasi dengan ponstan dan transxenamic acid. Perdarahan seperti itu bukannya berpunca dari fibroid kerana ia lazimnya tidak memberi apa-apa masalah.

Bagi bulan-bulan yang berikutnya, berkemungkinan besar haid akan kembali seperti biasa dan mungkin juga berpanjangan. Apa yang saya cadangkan, puan simpan sedikit ubat ponstan dan transxenamic acid ini untuk sebulan dua. Jika perdarahan ini berlaku kembali, ambillah ubat-ubat ini selama empat hingga lima hari.

Sekiranya perdarahan ini berlaku lagi dan tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan tadi, puan perlu berjumpa semula dengan doktor. Apapun, puan tidak perlu khuatir mengenai perkara ini.

Jawapan disediakan; Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan & Sakit Puan
Hospital Pantai Ampang.


Info
Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada Doktor di Berita Minggu melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. Soalan anda akan dijawab Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas