login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Isnin , 22 Disember 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
BiPop
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Jeling Kak Pora: Pak Sudin disangka meninggal dunia


2010/07/04

Seniman Datuk Aziz Sattar, Mustapha dan Kuswadinata menziarahi Pak Sudin di hospital sambil ditemani isteri Pak Sudin, Puteh Esmoon.
Seniman Datuk Aziz Sattar, Mustapha dan Kuswadinata menziarahi Pak Sudin di hospital sambil ditemani isteri Pak Sudin, Puteh Esmoon.
ISNIN lalu terkejut besar juga Kak Pora apabila mendapat khabar angin kononnya pelakon komedi terkenal era 1950-an, seniman S Shamsuddin atau lebih mesra dipanggil Pak Sudin sudah meninggal dunia. Ada yang kata dia sedang nazak. Kak Pora pun hubungi beberapa kenalan di kalangan bintang veteran, mereka pun tak pasti.

Akhirnya, anak seniman itu, Noredah Shamsudin tampil memberi kenyataan media menjelaskan bapanya masih hidup dan cuma menderita sakit dan terpaksa menjalani rawatan di hospital di Singapura akibat mengalami keretakan tulang pinggul setelah jatuh dari katil ketika tidur di rumah anaknya di Singapura.
Beberapa kawan seangkatan seniman itu dari negara ini termasuk Datuk Mustapha Maarof turut sempat melawat Pak Sudin di hospital. Aktor Rosyam Nor pun yang kebetulan ada urusan di negara republik itu juga khabarnya mengambil kesempatan menziarahi Pak Sudin. Kak Pora dapat tahu, keadaan Pak Sudin stabil dan cuma masih lemah kerana kesukarannya untuk bergerak akibat tulang pinggul kiri yang retak itu menyulitkannya untuk bergerak. Selain itu, Pak Sudin juga masih mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-parunya, iaitu penyakit lama yang dialaminya sejak dua tahun lalu.
Kata Mustapha, Pak Sudin masih boleh bercakap tetapi keadaannya agak lemah dan suaranya begitu perlahan. “Apa yang saya tahu dia bukan jatuh dari katil tetapi jatuh di bilik air dalam keadaan terduduk, kemudian baru diangkat ke katilnya. Saya daopat tahu juga keretakan tulang pinggul itu agak teruk dan mengambil masa lama juga nak sembuh,” kata Mustapha Maarof kepada kawan setugas Kak Pora.

Kita doakan supaya Pak Sudin cepat sembuh. Dalam usianya yang kini sudah mencecah 81 tahun, tentulah keadaannya semakin uzur. Kita harap Pak Sudin bersabar dan terus bahagian bersama keluarganya. teringat Kak Pora ketika kami dari Unit Hiburan Berita harian/berita Minggu sempat berkunjung ke rumah Pak Sudin pada Jun tahun lalu.

Pak Sudin dan isterinya, Puteh Esmoon, 75, menyambut baik kehadiran kami di rumahnya yang terletak di tingkat tujuh sebuah flat di Blok 101, Bukit Batok Avenue, Jurong. Sebaik melihat kelibatnya di muka pintu, ternyata keadaan beliau agak uzur, lebih-lebih lagi dengan usianya yang sudah pun memasuki lapan dekad. Masa itu, Pak Sudin kelihatan kurang ceria kerana baru saja keluar daripada hospital beberapa minggu yang lalu kerana menghidapi penyakit kelenjar prostat, paru-paru dan darah tinggi.

KAK PORA: Terkejut dengar berita isteri Aziz M Osman, Puteri Lily kena acu pistol dalam kejadian rompakan di Kota Damansara.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas