login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 20 September 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Laman
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Fosil kayu
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2011/12/18

Aksesori laman unik wujud sebelum zaman pra sejarah jadi pilihan peminat seni laman

LANDSKAP kejur di laman yang menjadi pilihan ramai lazimnya produk kayu atau batu, selain konkrit termasuk hiasan landskap lain.
Namun, sesuatu yang mungkin jarang didengari ialah penggunaan fosil kayu. Apakah yang dikatakan fosil kayu? Mungkin bagi sesetengah orang, ia adalah sesuatu yang asing dan sukar dikaitkan dengan seni laman. Namun, bahan ini sudah wujud sejak sebelum zaman pra sejarah lagi.
Fosil kayu adalah bahan yang bukan kayu mahu pun batu, sebaliknya ia adalah campuran kayu dan batu iaitu fosil yang asalnya adalah kayu.

Bahan ini terjadi apabila semua bahan organik kayu bertukar menjadi mineral silika seperti quartz, namun struktur kayu tetap terpelihara.

Proses penghasilan fosil terjadi di bawah tanah, ketika kayu terkubur di bawah lapisan sedimen. Air yang banyak mengandung mineral masuk ke dalam sel tanaman dan kemudian diganti batu.

Taman Fosil Kayu di Arizona adalah muzium alam fosil kayu yang terbesar di dunia menyimpan pelbagai khazanah batu kayu.
Seakan aliran baru dalam seni landskap dan taman, fosil kayu kini semakin mendapat sambutan ramai terutama di luar negara. Malah, ia menjadi arca laman yang eksotik dan penuhi nilai seni.

Di negara seperti Amerika Syarikat (AS), fosil kayu sangat dihargai, malah dijadikan aset. Ada juga penggemarnya menjadikan fosil kayu sebagai hiasan dalam galeri kediaman.

Di Malaysia, penggunaan fosil kayu dalam seni hiasan laman masih baru. Ini kerana bahan berkenaan lebih banyak digunakan dalam pembuatan aksesori hiasan seperti batu cincin atau disebut sebagai batu akik.

Warna fosil kayu menentukan usia batu berkenaan. Fosil kayu yang berwarna alam seperti coklat, hitam, atau putih berusia lebih 25 juta tahun manakala saiznya berbeza mengikut keadaan kayu.

Untuk seni laman dan landskap, fosil kayu sangat sesuai menjadi arca laman. Ini kerana bentuknya yang unik selain tahan lasak dan kalis cuaca.

Mempunyai warna dan corak yang menarik, fosil kayu juga boleh dijadikan bahan untuk pemisah sempadan menggantikan pagar. Namun, kerana harganya lebih mahal, ia tidak praktikal untuk ruang berkenaan.

Fosil kayu yang dijadikan arca sangat tepat dan lazimnya sesuai untuk laman berkonsep minimalis dan kering yang digabungkan bersama tumbuhan padang pasir seperti kaktus, lidah mentua dan agave.

Namun, untuk laman tropika masih sesuai jika diletakkan di kawasan sekitar kolam air atau pancuran dan air terjun buatan. Ini kerana fizikalnya tahan lasak dan tidak mudah karat atau reput.

Lazimnya, fosil kayu untuk hiasan laman adalah dalam bentuk bongkah kayu yang dipulihara menjadi perabot laman seperti kerusi atau meja kopi laman.

Bagi yang berminat boleh mengunjungi nurseri atau kedai perhiasan laman dan landskap di seluruh negara atau layari laman web termasuk antarabangsa yang banyak menjual hiasan laman menggunakan fosil kayu pada harga murah hingga paling mahal.

INFO: Fosil kayu

  • Selain fosil kayu atau dikenali fosil kayu terpetri, ada beberapa fosil lain yang sering dijadikan hiasan seperti fosil batu cengkerang dan fosil telur dinosaur yang terhasil daripada proses geologi selama jutaan tahun .

  • Fosil kayu terpetri terhasil dari proses pemendapan sedimen, pengisian mineral (kebiasaannya silika) dan persekitaran yang menghalang kayu itu daripada mereput dan terpelihara dengan baik.

  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

    Peta Laman

    Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

    Kembali ke atas