login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Rabu , 17 September 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Arkib Seminggu

| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |


Sabtu:   » MukaDepan » Wilayah » Nasional » Sukan » Hip » Rencana » Agama » Sastera » Ekonomi » Pendidikan » Ratu » Surat

Dunia


Korban pagi Aidiladha
Kabul: Sekurang-kurangnya 41 orang menjadi korban pada sambutan Aidiladha apabila penyerang bunuh diri meletupkan bom di dalam sebuah masjid di bandar Maymana, wilayah Faryab di utara Afghanistan ketika solat sunat hari raya semalam, kata pegawai.
Lagi..

Angkasawan wanita pertama Pakistan
Islamabad: Beliau pernah berada di kedua-dua kutub, melakukan terjun payung dari Gunung Everest dan menubuhkan konsulat pertama Pakistan di Monaco. Misi Namira Salim seterusnya ialah menjadi rakyat Pakistan pertama menjelajah angkasa lepas.
Lagi..

Bekas PM Itali dipenjara tipu cukai
Mahkamah Itali mensabitkan bekas Perdana Menteri negara itu, Silvio Berlusconi, dengan penipuan cukai dan menjatuhkan hukuman empat tahun penjara ke atasnya.
Lagi..

Polis terima lima laporan langgar akta
Jakarta: Ibu Pejabat Polis Jabatan Siasatan Jenayah menerima lima laporan dakwaan berlakunya pelanggaran akta jenayah ketika kempen Pilihan Raya (Pemilu) 2014 sekarang ini.
Lagi..

Pungutan suara tentukan status wilayah Ukraine
Moscow: Presiden dalam buangan Ukraine Viktor Yanukovych semalam menggesa supaya pungutan suara diadakan di semua wilayah Ukraine untuk menentukan status masa depan semua wilayah, daripada mengadakan pilihan raya pada 25 Mei.
Lagi..

Al-Sisi lepas Menteri Pertahanan
Kaherah: Jeneral Abdel Fatah al-Sisi meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan Mesir pada Khamis, sehari selepas mengumumkan beliau akan bertanding presiden, jawatan yang dijangka akan dimenanginya tanpa saingan serius.
Lagi..

Pesawat pengangkut terhempas
NEW DELHI: Sebuah pesawat pengangkut yang baru dimiliki, C-130J Tentera Udara India (IAF) terhempas 72 batu di barat lapangan udara pangkalan Gwailor pagi semalam, mengorbankan lima anggota dalam penerbangan itu.
Lagi..

Laungan Allahu Akbar sambut perjanjian
SULTAN KUDARAT: Laungan gembira “Allahu Akbar” bergema di seluruh ibu pejabat terbesar kumpulan pemberontak Islam di Filipina, ketika perjanjian menamatkan empat dekad pertumpahan darah ditandatangani.
Lagi..

Siasat tentera wanita diserang secara seksual
Sydney: Tentera Australia semalam menyiasat dakwaan kelakuan tidak senonoh berkaitan dengan upacara pelik di mana tentera muda diserang secara seksual dengan pen, pisang dan botol.
Lagi..

Laman web PM diceroboh
Singapura: Pihak berkuasa Singapura menyiasat kejadian menceroboh laman web Perdana Menteri, Lee Hsien Loong malam semalam, sehari selepas beliau berkata akan menjejaki sebuah kumpulan yang mengumumkan rancangan untuk menggodam portal kerajaan.
Lagi..

Isteri 'plastik' didenda RM381,333
Beijing: Hakim mahkamah di China semalam memerintahkan seorang wanita membayar ganti rugi kepada bekas suaminya sebanyak AS$120,000 (RM381,333) kerana tidak memaklumkan dia menjalani pembedahan plastik sebelum mengahwininya dan melahirkan anak yang ‘terlalu hodoh’.
Lagi..

Senator Thailand pulau perbahasan
Bangkok: Sekumpulan senator yang menentang Kerajaan Thailand, memulaukan perbahasan rang undang-undang pengampunan di Parlimen yang mencetuskan tunjuk perasaan jalanan besar-besaran, menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan.
Lagi..

Baju Merah himpun desak hakim dipecat
BANGKOK: Kumpulan Baju Merah Thailand berhimpun di luar Parlimen kelmarin, menuntut pemecatan hakim yang mengarahkan penggantungan perbahasan Parlimen mengenai perubahan Perlembagaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku ketegangan politik baru.
Lagi..

Politik Mesir semakin tidak menentu
KAHERAH: Enam belas bulan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan rakyat, masa depan politik Mesir masih bergelut dengan kes mahkamah dan perbalahan terbuka antara calon.
Lagi..

Wanita idam pengantin paling gemuk
CASA GRANDE: Seorang wanita di Arizona, Amerika Syarikat yang bercita-cita ingin menjadi pengantin wanita terbesar di dunia mengamalkan pengambilan diet 30,000 kalori sehari untuk memastikan berat badannya mencapai sasaran yang diinginkan iaitu 1,600 paun (725 kilogram).
Lagi..

Tingkat tekanan ke atas Bashar
DAMSYIK: Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa krisis Syria akan menjadi semakin tidak terkawal jika tekanan ke atas rejim Presiden Bashar al- Assad tidak dipertingkatkan.
Lagi..

30,000 tentera dikerah kawal pemilu
Jakarta: Seramai 30,000 anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan bertugas mengawal keadaan di seluruh Indonesia ketika pemilihan umum (pemilu) pada 9 April dan 9 Julai 2014.
Lagi..

Wartawan maut, seorang lagi cedera ditembak
KHOST: Seorang wartawan wanita Barat ditembak mati manakala seorang lagi cedera di wilayah timur Afghanistan semalam, kata polis menjelang pilihan raya presiden negara itu.
Lagi..

PM Turki kritik keputusan mahkamah
ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan yang menarik balik larangan oleh kerajaannya terhadap Twitter pada 20 Mac lalu.
Lagi..

Penyokong Yingluck bersedia
BANGKOK: Beratus ribu penyokong kerajaan Thailand dijangka berhimpun di Bangkok hujung minggu ini sebagai satu simbolik menunjukkan kuasa selepas beberapa bulan berhadapan dengan bantahan ganas bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Lagi..

38 terbunuh hospital terbakar
Moscow: Kebakaran yang berlaku di sebuah hospital psikiatri di luar ibu negara Russia mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang ketika kebanyakan mangsa sedang tidur.
Lagi..

Jakarta bantu Bangkok, KL
Bangkok: Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand (NSC) sudah meminta Indonesia membantu negara itu menyelesaikan konflik selatan Thai bersama Malaysia.
Lagi..

Taufan gergasi ancam India
Bhubaneswar: Ratusan ribu penduduk di pantai timur India mula meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di tempat selamat bagi menghadapi taufan gergasi Phailin dengan dengan saiznya sebesar separuh negara itu.
Lagi..

Penganjur Ratu Universe mohon maaf
New Delhi: Penganjur Ratu Universe, mengemukakan permohonan maaf kepada India berikutan sesi penggambaran pemenang Ratu Universe 2013, Olivia Culpo, di Taj Mahal yang menjadi kes polis dan dakwaan bahawa beliau tidak menghormati makam diraja itu.
Lagi..

Negara hamba abdi saman Britain, Belanda, Perancis
London: Britain bersama Perancis dan Belanda menghadapi saman 14 negara Carribbean yang menuntut pampasan berbilion pound sterling kerana menjadikan penduduk mereka sebagai hamba.
Lagi..

Mudah hilang ingatan jika perut buncit
Chicago: Orang yang berperut buncit mempunyai kemungkinan tiga kali ganda untuk hilang ingatan dan nyanyuk apabila tua, menurut kajian.
Lagi..

10 maut hospital terbakar
Tokyo: Satu kebakaran berlaku di sebuah hospital di selatan Jepun awal pagi semalam, mengorbankan 10 orang.
Lagi..

OPCW menang Hadiah Keamanan Nobel
Oslo: Badan pemantau senjata kimia global, Pertubuhan Bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang sedang bertungkus lumus menghapuskan senjata berbahaya itu di Syria, diumumkan sebagai pemenang Hadiah Keamanan Nobel di sini semalam.
Lagi..

25 orang awam cedera serangan udara Israel
GAZA: Pesawat Israel membedil peluru berpandu ke arah kemudahan pejuang semalam, mengorbankan seorang penduduk awam Palestin dan mencederakan 25 lagi, kata pegawai Gaza, ketika pusingan baru keganasan di kawasan itu menunjukkan tanda konfrontasi besar.
Lagi..

Iran siar pesawat AS ditembak
TEHRAN: Stesen televisyen Iran semalam menayangkan video pesawat kawalan jauh berteknologi tinggi Amerika Syarikat yang didakwa ditembak tenteranya awal minggu ini dan membuat aduan diplomatik berhubung pencabulan ruang udaranya.
Lagi..

Pekerja lari biarkan 89 pesakit hangus
KOLKATA: Polis memulakan siasatan kes jenayah terhadap pengurusan hospital selepas kakitangan di sebuah hospital di India dipercayai mengabaikan pesakit dan lari menyelamatkan diri awal pagi semalam dalam kebakaran yang menyebabkan sekurang-kurangnya 89 orang terbunuh.
Lagi..

Guru muzik Saddam perompak
MELBOURNE: Pemuzik di majlis perkahwinan yang satu ketika dulu pernah berkhidmat sebagai guru muzik kepada bekas Presiden Saddam Hussein, dihukum penjara lima tahun mahkamah Australia kerana memecah masuk rumah dua wanita warga tua.
Lagi..

Speaker Kansas harap Presiden Obama pendek umur
WASHINGTON: Seorang pemimpin Republikan di Kansas mencetuskan kemarahan selepas menghantar e-mel menyatakan harapan supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pendek umur.
Lagi..

5 tiada kerja bakar diri
RABAT: Lima penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi sebagai sebahagian demonstrasi di negara itu berhubung kekurangan pekerjaan, terutama untuk graduan universiti, kata aktivis hak asasi, kelmarin.
Lagi..

Palestin terus diiktiraf
NEW YORK: Thailand mengiktiraf negara merdeka Palestin semalam, langkah dipuji pemimpin Palestin yang semakin bersemangat meningkatkan imej di mata dunia di tengah kebuntuan proses damai dengan Israel.
Lagi..

127 maut pesawat terhempas
ISLAMABAD: Pesawat penumpang Boeing 737-200 milik Bhoja Airline terhempas ketika cuaca buruk dekat markas tentera udara Chaklala tidak jauh dari ibu negara, Islamabad, menyebabkan 127 orang terbunuh.
Lagi..

Minum air bikarbonat berlebihan bawa maut
WELLINGTON: Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.
Lagi..

Wartawan ditikam, tembak
ALMATY(Kazakhstan): Seorang wartawan yang bertugas di sebelah barat Kazakhstan ditikam dan ditembak dalam serangan yang disifatkan rakan sekerja sebagai berpunca daripada laporannya.
Lagi..

Marah ejen AS bayar RM86
NEW YORK: Wanita yang membuat aduan terhadap ejen sulit Amerika Syarikat dilaporkan sebagai seorang yang tidak berbuat apa-apa di siang hari tetapi berpenampilan menggiurkan pada sebelah malam ketika seorang ahli perundangan Amerika mengakui lebih ramai anggota Perkhidmatan Rahsia bakal dipecat kerana terbabit skandal dengan pelacur di Colombia itu.
Lagi..

Italy lelong 52 kereta mewah kerajaan
ROME: Itali yang berdepan masalah kewangan memperoleh lebih 370,000 euro (RM1.6 juta) dengan menjual 52 kereta mewah milik kerajaan menerusi eBay, kata pejabat Perdana Menteri.
Lagi..

Kate persenda rambut William
SYDNEY: Isteri Putera William, Kate Middleton, tidak melepaskan peluang bersenda dengan suaminya yang sebelum itu bergurau mengenai cita rasa beliau berpakaian dengan mencadangkan pewaris takhta Britain itu memakai rambut palsu.
Lagi..

MERS ada kaitan dengan unta
RIYADH: Pakar Arab Saudi mengenai penyakit berjangkit kelmarin mengesahkan kaitan antara Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dan unta selepas penyelidikan membuktikan virus yang diasingkan daripada seorang pesakit dan unta miliknya adalah 100 peratus sama.
Lagi..

Stesen televisyen diminta beri liputan adil
JAKARTA: Pakar menggesa peraturan ketat dikenakan bagi memastikan liputan politik yang adil di televisyen dengan menekankan perlunya pemantauan standard kewartawanan yang tinggi, menjelang kempen politik bagi pusingan pilihan raya presiden akan datang.
Lagi..

Penolong pengetua ditemui mati
SEOUL: Penolong Pengetua Sekolah Tinggi Danwon di Ansan, Wilayah Gyeonggi, Kang Min-Kyu, 52, ditemui mati dipercayai membunuh diri semalam, dua hari selepas beratus-ratus pelajarnya maut atau hilang selepas feri yang sepatutnya membawa mereka ke Pulau Jeju karam.
Lagi..

Rogol adik perempuan untuk hukum abang
PATNA: Polis di timur India melakukan dua tangkapan berhubung kes rogol budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa diarahkan oleh ketua kampung bagi menghukum abangnya, kata polis semalam.
Lagi..

Vaksin denggi kurang berkesan
Londan: Vaksin terkini yang digunakan untuk merawat virus denggi hanya memberi perlindungan sederhana tetapi masih boleh membantu berjuta-juta orang mengelak kesan buruk daripada demam denggi, berdasarkan laporan percubaan baru-baru ini.
Lagi..

Pemantau awasi kiraan undi
Jakarta: Rakyat Indonesia semakin bimbang penipuan dan taktik kotor boleh mengubah keputusan rasmi yang dijangka diumumkan lewat bulan ini, ketika kedua-dua calon presiden mengisytiharkan kemenangan masing-masing dalam pilihan raya sengit minggu ini.
Lagi..

Pejabat JSI dilempar bom api
Jakarta: Penyerang tidak dikenali melontarkan bom api ke arah pejabat Jaringan Suara Indonesia (JSI) di Jakarta Selatan, pagi semalam. Bahan yang dilontarkan itu bagaimanapun tidak meletup dan Polis Pancoran sedang menyiasat insiden terbabit.
Lagi..

8 warga Palestin maut ketika tonton Piala Dunia
Gaza: Serangan udara yang dilancarkan tentera Israel membunuh lapan warga Palestin di sebuah kafe di pantai Gaza ketika mereka menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia, lapor kenyataan rasmi Palestin, semalam.
Lagi..

Gaza: Menteri luar Arab akan bertemu di Mesir
KAHERAH: Menteri luar Arab akan mengadakan pertemuan di Kaherah Isnin depan bagi membincangakan konflik yang meruncing di antara Hamas dan Israel sehingga mengorbankan lebih 120 rakyat Palestin, kata diplomat.
Lagi..

Gaza mandi darah
Baitulmaqdis: Angka korban serangan tentera Israel di Gaza meningkat kepada sekurang-kurangnya 100 orang semalam kebanyakannya orang awam, terkorban dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza, kata pegawai Palestin semalam.
Lagi..

Haram 50 nama berkaitan keluarga diraja
Dubai: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan penggunaan 50 nama termasuk nama ‘asing’, mempunyai kaitan dengan keluarga diraja dan yang dianggap menghina Tuhan.
Lagi..

Tentera AS awasi Filipina
Manila: Filipina semalam berkata perjanjian membenarkan kehadiran lebih ramai tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayahnya ditandatangani bulan depan, pertambahan pertahanan tepat pada masa di tengah perbalahan wilayah yang semakin memuncak dengan China.
Lagi..

Pemimpin dalam buangan dihalang tanding Presiden
Damsyik: Pemimpin pembangkang dalam buangan Syria akan dihalang daripada bertanding dalam pemilihan presiden yang dijadualkan sebelum Julai depan, memastikan pemilihan semula Bashar al-Assad selepas kebangkitan selama tiga tahun.
Lagi..

Joko Widodo wakili PDI-P
JAKARTA: Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) semalam memilih Gabenor Jakarta, Joko Widodo sebagai calon presidennya untuk pilihan raya akan datang, menamatkan spekulasi selama berbulan-bulan mengenai kemungkinan Megawati Sukarnoputri akan bertanding.
Lagi..

Susilo marah Riau
JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyuarakan kekecewaannya berhubung kegagalan pentadbiran Riau mengawal kebakaran hutan di wilayah itu dalam akaun Twitter rasminya.
Lagi..

3 maut feri tenggelam
Nusa Tenggara: Sebuah feri karam awal semalam ketika menyeberangi Selat Alas, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut dan berpuluh mangsa lain dikhuatiri lemas.
Lagi..

Seoul tolak niat berbaik Pyongyang
Seoul: Korea Selatan semalam menolak desakan pemimpin negara jiran, Kim Jong Un untuk memulihkan hubungan sebaliknya menggesa Korea Utara terlebih dulu memulakan langkah melucutkan senjata nuklear.
Lagi..

Pekerja kilang sertai bantahan ditembak
Phnom Penh: Polis melepaskan tembakan untuk menyuraikan bantahan buruh menyebabkan beberapa pekerja kilang pakaian Kemboja cedera, semalam.
Lagi..

China serbu kampung dadah
Beijing: Polis separa tentera China dibantu helikopter dan bot laju merampas tiga tan metamfetamin dalam serbuan besar-besaran di sebuah perkampungan, yang terkenal dengan pengeluaran dadah haram di selatan negara itu.
Lagi..

Ambil alih bantu perluas Masjidil Haram
Jeddah: Kerajaan memutuskan untuk mengambil alih 5,800 hartanah bertujuan membantu rancangan memperluas kawasan Masjidil Haram di Makkah.
Lagi..

Hukuman ringan untuk Snowden
Washington: Akhbar berpengaruh, New York Times (NYT) memuji peranan Edward Snowden membuat pendedahan mengenai pengintipan Amerika Syarikat di seluruh dunia dengan menyokong desakan supaya hukuman diringankan terhadapnya.
Lagi..

1,085 pelatih berlatih misi Marikh
The Hague: Seramai 1,085 daripada 200,000 pemohon sudah terpilih berlatih bagi misi tinggal di planet Marikh dengan sebahagian kos dibiayai sebuah rancangan realiti televisyen selepas mereka selesai menjalani latihan dan persiapan lain.
Lagi..

Suu Kyi gusar taktik penipuan pilihan raya
YANGON: Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, menyifatkan pilihan raya kecil hujung minggu ini tidak akan bebas atau adil sepenuhnya tetapi berikrar untuk terus bertanding atas kepentingan negara.
Lagi..

Duta AS hairan sentiasa diekori
MOSCOW: Duta Amerika Syarikat ke Russia, Michael McFaul bingung bagaimana stesen televisyen prokerajaan Russia mengetahui setiap pergerakannya hingga menyebabkan beliau syak bahawa komunikasi menerusi e-mel dan perbualan telefonnya dicuri dengar.
Lagi..

Malaysia kecam tindakan Korea Utara lancar roket
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam tindakan rejim Korea Utara kerana melancarkan roket walaupun masyarakat antarabangsa sudah menyatakan kebimbangan ke atas tindakan itu yang mungkin melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Lagi..

India protes Shah Rukh ditahan imigresen AS
NEW DELHI: India memfailkan aduan diplomatik terhadap Amerika Syarikat semalam apabila bintang ternama Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, berkata dia ditahan oleh pegawai imigresen lapangan terbang negara itu selama 90 minit.
Lagi..

Potong alat sulit rakan selepas saudara dirogol
MUMBAI: Seorang lelaki berusia 38, tahun menjatuhkan hukuman bunuh paling mengerikan ke atas rakannya malam Selasa lalu dengan memotong alat sulit mangsa selepas saudara perempuannya mengadu dirogol lelaki berkenaan.
Lagi..

Budak sepintar Stephen Hawking
LONDON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun warga British diterima sebagai individu yang mempunyai kecerdasan akal (IQ) yang hanya kurang satu markah berbanding pakar fizik dunia, Stephen Hawking, kata Persatuan Kecerdasan Akal (IQ) Tinggi (Mensa) yang dipetik akhbar The Sun.
Lagi..

Pyongyang mahu uji bom nuklear
PYONGYANG: Kegagalan melancarkan roket Unha-3 yang menerima banyak publisiti, dijangka mendorong Korea Utara untuk menguji bom nuklear dalam usaha menyelamatkan maruahnya, kata penganalisis.
Lagi..

Rakyat Russia dinasihat tidak makan salji, lempeng
Moscow: Ketua pegawai kesihatan awam Russia Gennady Onishchenko menasihatkan rakyatnya supaya tidak makan salji atau terlalu banyak penkek atau lempeng.
Lagi..

3 angkasawan tangguh balik ke bumi
MOSCOW: Tiga angkasawan masing-masing dua dari Russia dan seorang rakyat Amerika Syarikat terkandas selama sehari di stesen angkasa lepas antarabangsa (ISS) selepas cuaca buruk, menangguhkan pendaratan mereka semalam di kawasan padang rumput di Asia Tengah.
Lagi..

AS, Seoul didakwa lancar serangan siber
SEOUL: Korea Utara semalam mendakwa Amerika Syarikat dan Korea Selatan melakukan serangan siber secara berterusan dan intensif terhadap halaman rasminya sejak beberapa hari lalu.
Lagi..

Ibu jalani lima pemindahan organ selamat lahirkan bayi
Miami: Seorang wanita yang pernah menjalani pemindahan hati, pankreas, perut dan usus besar serta kecilnya di sebuah hospital di Miami pada 2007, selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Lagi..

DNA babi ditemui dalam sosej halal
London: Pihak berkuasa Britain mengesan DNA babi dalam sosej ayam halal yang dihidangkan di sebuah sekolah rendah.
Lagi..

BRN perlu tunjuk bukti
Bangkok: Perunding Thailand akan meminta bukti daripada kumpulan pemisah mengenai keupayaan membantu menamatkan keganasan di selatan negara itu dalam rundingan akhir bulan ini.
Lagi..

Internet punca ledakan jualan ubat palsu
MANILA: Perdagangan internet yang meningkat dengan pesat adalah punca utama ledakan jualan ubat palsu di seluruh dunia dengan nilainya kini mencapai AS$72 bilion (RM227.6 bilion), kata seorang ahli farmasi semalam.
Lagi..

Bandar di Syria sepi selepas serangan
HAFFEH: Bandar Haffeh di Syria lengang walaupun kesan kebakaran masih kelihatan kelmarin selepas beberapa hari menyaksikan pertempuran antara tentera kerajaan dan pemisah, manakala aktivis pula melaporkan lebih banyak serangan tentera di kawasan pro-pembangkang di seluruh negara.
Lagi..

Bangladesh tolak pelarian Myanmar
DHAKA: Bangladesh menegaskan bahawa negara itu tidak akan membuka sempadan kepada mangsa perbalahan kaum yang melarikan diri dari Myanmar walaupun menerima rayuan masyarakat antarabangsa.
Lagi..

Kena menari ketika temu duga kerja
London: Syarikat pemborong barangan elektronik Britain, Currys Megastore memohon maaf kepada pencari kerja yang datang untuk temu duga semalam, selepas mereka diarahkan menari oleh pegawai syarikat yang menjalankan proses itu.
Lagi..

Baling batu, botol asid tuntut subsidi
Bangkok: Peladang getah yang menuntut subsidi bagi mengimbangi kerugian berikutan penurunan harga komoditi itu semalam bertempur dengan polis sambil melempar batu-bata dan botol asid ke arah mereka, kata pihak berkuasa.
Lagi..

400 juta warga China tidak tahu Mandarin
Beijing: Lebih 400 juta rakyat China tidak boleh bertutur bahasa Mandarin yang juga bahasa kebangsaan di negara itu, manakala sebahagian besar bercakap dengan gaya bahasa yang teruk, lapor media tempatan.
Lagi..

Kapal perang Russia belayar ke Syria
Moscow: Kapal perang Russia, Nikolai Filchenkov semalam meninggalkan pelabuhan Sevastopol di Ukraine untuk membawa ‘kargo khas’ ke Syria, ketika Kremlin semakin meningkatkan kehadirannya di perairan Mediterranean.
Lagi..

Mesir mahu bubar Ikhwanul Muslimin
Kaherah: Kerajaan sementara Mesir yang disokong tentera membuat keputusan membubarkan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam tempoh beberapa hari lagi, lapor media tempatan.
Lagi..

Glover juara American Idol
Los Angeles: Penyanyi soul dari South Carolina, Candice Glover dinobatkan sebagai juara American Idol semalam, menjadikan beliau penyanyi wanita pertama memenangi pertandingan nyanyian popular televisyen itu sejak mula diperkenalkan pada 2007.
Lagi..

Datuk nak tawan Everest
TOKYO: Seorang pendaki gunung Jepun berusia 80 tahun dilaporkan bersiap sedia untuk menawan Gunung Everest dalam usahanya untuk menjadi lelaki paling tua mencapai kemuncak tertinggi dunia itu.
Lagi..

Ribuan pelabur rugi, dana tidak berlesen muflis
Mumbai: Dalia Ghosh, seorang jururawat berusia 28 tahun dari Kolkata melaburkan simpanan beliau ke dalam dana tidak berlesen dikendalikan konglomerat media, Saradha Group tahun lalu dengan harapan untuk memulakan perniagaan pakaian sendiri.
Lagi..

Askar Syria seksa orang awam
Beirut: Aktivis hak asasi menemui peralatan seksaan dan bukti lain penderaan dalam penjara kerajaan di bandar pertama Syria yang kini di bawah kawalan pembangkang, kata Human Rights Watch dalam satu laporan semalam.
Lagi..

Puluhan maut masjid dibom
Peshawar: Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam serangan di masjid di Iraq dan Pakistan semalam, mendedahkan keganasan yang belum menunjukkan tanda akan berhenti di kedua-dua negara.
Lagi..

Dunia seperti biasa
Riyadh: Penduduk di seluruh dunia akhirnya maklum bahawa pelbagai spekulasi tarikh 21.12.12 adalah detik kehancuran alam ternyata tidak benar.
Lagi..

Hizbullah ada 50,000 peluru berpandu
PBB: Wakil Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Majlis Keselamatan mengutuk Hizbullah kerana menambah senjata dalam simpanannya khususnya peluru berpandu yang boleh sampai ke negara Yahudi itu.
Lagi..

WikiLeaks siar fail semua negara 2013
London: WikiLeaks akan menyiarkan satu juta dokumen semua negara di dunia tahun depan. Pengasasnya, Julian Assange mendedahkan perkara itu ketika berucap di anjung Kedutaan Ecuador di sini, kelmarin.
Lagi..

Pyongyang perlekeh Park
Korea Utara melaporkan kejayaan Park Geun-Hye dalam pilihan raya presiden Selatan, sehari lewat, tanpa menyebut namanya atau mengesahkannya sebagai kemenangan bersejarah.
Lagi..

Pelakon Iran cium pengarah cetus kontroversi
TEHRAN: Pelakon wanita Iran, Leila Hatami menimbulkan kemarahan pihak berkuasa negaranya minggu lalu, selepas kemunculan gambar beliau sedang mencium pipi pengarah Pesta Filem Cannes, GIles Jacob.
Lagi..

Adik Gus Dur yakin Jokowi, JK boleh menang
SEMARANG: Adik bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahis atau Gus Dur, Sholahudin Wahid berkata, Joko ‘Jokowi’ Widodo boleh menang Pilihan Raya Presiden jika pertandingan diadakan sekarang.
Lagi..

Jutawan China dihukum mati
Beijing: Sebuah mahkamah di China semalam menjatuhi hukuman mati terhadap seorang jutawan perlombongan yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin kanan Parti Komunis, Zhou Yongkang, atas kesalahan membunuh.
Lagi..

Yingluck kena tahan
Bangkok: Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra semalam, kata seorang pegawai kanan, selepas mengarahkannya untuk hadir berbincang sehari selepas tentera merampas kuasa kerajaan sementara.
Lagi..

China uji pesawat tanpa pemandu
Beijing: China menguji pesawat pejuang tanpa pemandunya semalam, lapor media tempatan semalam yang memetik gambar sebuah pesawat yang menyamai pengebom Amerika Syarikat B2 dan memuji kemajuan teknologi setaraf Barat.
Lagi..

Afghanistan tolak desakan AS tanda tangan perjanjian
Kabul: Afghanistan semalam menolak desakan Amerika Syarikat untuk menandatangani satu perjanjian keselamatan secepat mungkin, sambil menegaskan bahawa dokumen terbabit perlu ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya presiden tahun depan.
Lagi..

Bekas ketua perisik sifat rakam perbualan perkara 'biasa'
Jakarta: Bekas ketua risikan Indonesia, A M Hendropriyono, menyifatkan agensi risikan yang melakukan rakaman perbualan telefon pemimpin negara adalah perkara ‘biasa’ dan menolak tindak balas berlebihan Jakarta yang marah terhadap laporan Australia mengintip panggilan telefon presidennya.
Lagi..

Hidung 'Menara Eiffel' jadi kegilaan di China
Chongqing: Ribuan pelajar di China dilaporkan berlumba-lumba menjalani pembedahan plastik dalam usaha untuk bersaing mendapatkan kerja manakala sekurang-kurangnya sebuah klinik menawarkan pembedahan hidung yang diilhamkan daripada Menara Eiffel.
Lagi..

Doktor 'pakar' didakwa bunuh
Islamabad: Seorang doktor Pakistan yang dipenjara kerana membantu Amerika Syarikat menjejaki ketua al-Qaeda, Osama bin Laden dituduh atas dakwaan membunuh selepas seorang wanita mengadu beliau menyebabkan anak lelakinya mati ketika pembedahan.
Lagi..

Yingluck kritik mahkamah
Bangkok: Perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, semalam berkata beliau mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk melawan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang menghalang rancangan partinya untuk pemilihan penuh senat.
Lagi..

Israel cabul gencatan senjata
Bandaraya Gaza: Israel mengisytiharkan menamatkan gencatan senjata hanya kira-kira dua jam selepas ia bermula semalam, dan melepaskan bedilan yang membunuh sekurang-kurangnya 50 penduduk Palestin.
Lagi..

Jamin peluang sama rata
Bakal Presiden Indonesia Joko Widodo berjanji bahawa tidak akan membeza-bezakan masyarakat kerana semua mempunyai peluang dan berhak dilayan secara saksama.
Lagi..

25 maut paip gas meletup
Sekurang-kurangnya 25 maut dan 267 lagi cedera apabila beberapa letupan paip gas bawah tanah menggegarkan bandar raya kedua terbesar di Taiwan, menyebabkan konkrit dan kereta melambung ke udara, kata pihak berkuasa semalam.
Lagi..

Jepun nama 5 pulau kukuh tuntutan
Tokyo: Jepun menamakan lima pulau kecil yang tidak berpenghuni di kumpulan pulau yang menjadi pertikaian dengan China sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan tuntutan mereka. Langkah yang dilihat bakal membangkitkan kemarahan Beijing dan Taiwan sebagai pihak lain yang menuntut, semalam.
Lagi..

Sembunyi 81,000 kes jenayah
Tokyo: Polis Osaka mengaku tidak melaporkanlebih 81,000 kesalahan jenayah selama beberapa tahun dalam usaha terdesak membersihkan imej menyedihkan wilayah itu kerana jenayah jalanan.
Lagi..

Dipenjara hina keluarga diraja
Bangkok: Seorang pemuzik Thailand dipenjarakan 15 tahun kerana menghina keluarga diraja, kata pegawai mahkamah semalam, dalam sabitan terbaharu menurut undang-undang kontroversi Lelaki berusia 28 tahun itu didapati bersalah menyiarkan mesej menghina monarki di laman Facebook antara 2010 dan 2011, kata pegawai mahkamah di wilayah Ubon Ratchathani, tanpa memberikan butiran lanjut.
Lagi..

Yangon tuduh militan Rohingya
Yangon: Pihak berkuasa Myanmar semalam menuduh sebuah pertubuhan militan Rohingya melakukan serangan menyebabkan seorang maut dan tiga lagi cedera termasuk seorang askar dekat sempadan Bangladesh.
Lagi..

Dua maut kemalangan 150 kenderaan
BEAUMONT: Cuaca berkabus dipercayai punca kemalangan membabitkan 150 kenderaan termasuk trak dan lori besar di lebuh raya Texas kelmarin. Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lebih 100 lagi cedera dalam kejadian itu, kata jurucakap polis.
Lagi..

Israel tak puas hati gencatan senjata: Kajian
Baitulmaqdis: Satu kajian pendapat menunjukkan bahawa hampir separuh penduduk Israel berpendapat bahawa kerajaan mereka perlu meneruskan serangan tentera terhadap militan Palestin di Gaza yang diperintah Hamas.
Lagi..

Mursi cetus kontroversi
KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Mursi (gambar) mencetuskan kontroversi semalam apabila beliau mengeluarkan satu perintah berkemungkinan besar akan menyebabkan perbicaraan semula Bekas Presiden, Hosni Mubarak dan pembantunya.
Lagi..

Polis Indonesia tahan dua suspek militan
JAKARTA: Skuad anti-keganasan elit Indonesia menemui lima butir bom buatan sendiri dan menahan dua suspek militan yang didakwa merancang menyerang Kedutaan Myanmar bagi membantah layanan ke atas penduduk Islam Rohingya, kata polis semalam.
Lagi..

Korban bangunan runtuh Bangladesh kini 500 orang
DHAKA: Lebih 500 mayat ditemui dari sebuah bangunan kilang pakaian yang runtuh di sini minggu lalu, kata pihak berkuasa semalam selepas menahan seorang jurutera yang memberi amaran bangunan itu tidak selamat namun turut dituduh membantu pemilik menambah tiga lagi tingkat secara haram kepada struktur bangunan itu.
Lagi..

Rakyat Jepun tolak pinda Perlembagaan
TOKYO: Beratus-ratus rakyat Jepun, berkumpul di pusat bandar ibu kota negara itu semalam dalam bantahan aman menentang desakan Perdana Menteri, Shinzo Abe, untuk meminda Perlembagaan dan memberikan lebih kuasa kepada kerajaan untuk mengurangkan kebebasan sivil.
Lagi..

Lombong emas Darfur runtuh
Khartoum: Media Sudan memetik seorang pegawai di Darfur Utara sebagai berkata bahawa sebuah lombong emas runtuh di wilayah itu dengan 60 pelombong dikhuatiri terperangkap.
Lagi..

Pendakwa utama Pakistan dibunuh
Islamabad: Kumpulan lelaki bersenjata menembak mati pendakwa utama Pakistan Chaudhry Zulfikar yang menyiasat pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto ketika beliau memandu ke mahkamah di ibu kota negara itu semalam.
Lagi..

Australia tak minta maaf
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, enggan meminta maaf kepada keluarga seorang rakyatnya yang memegang dua kewarganegaraan, Mamdouh Ahmed Habib, kerana ditahan beberapa tahun di Teluk Guantanamo meskipun laporan rasmi menyatakan mereka tidak diberitahu keadaan sebenar yang dihadapi Habib.
Lagi..

RM50,057 pampasan keluarga mangsa bunuh renjer Thai
BANGKOK: Kerajaan Thailand memberi pampasan awal 500,000 baht (RM50,057) kepada setiap keluarga empat penduduk kampung yang ditembak mati renjer tentera di Pattani dan mempertimbangkan memberi tambahan tujuh juta baht (RM700,804) kepada saudara mangsa, kata Kementerian Pertahanan.
Lagi..

Askar AS tidak ingat serangan
KANSAS: Askar Amerika yang terbabit menembak mati orang awam di selatan Afghanistan, Staf Sarjan Robert Bales, 38, semalam didakwa dengan 17 pertuduhan membunuh, selain enam dakwaan melakukan serangan dan cubaan membunuh.
Lagi..

Ahli desak Hary keluar Hanura
Ketua penaung, Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura), Hary Tanoesoedibjo digesa oleh sebilangan ahlinya untuk keluar parti dan meneruskan kerjayanya sebagai seorang ahli perniagaan, sekali gus menunjukkan perpecahan dalam parti berikutan keputusan pilihan raya parti itu yang teruk.
Lagi..

Dua helikopter tentera Ukraine ditembak jatuh
Kiev: Tentera Ukraine kehilangan dua helikopter dan dua anggota tentera semalam dalam serangan yang dilancarkan sebelum subuh ke atas pemberontak pro-Russia yang menawan bandar Slavyansk, kata pemberontak dan pihak berkuasa.
Lagi..

Detik akhir sebelum feri karam dirakam
Satu rakaman video telefon bimbit pelajar yang menaiki feri Korea Selatan sejurus sebelum ia karam dan tenggelam menunjukkan mereka ketawa dan masih berjenaka mengenai ‘Titanic’ ketika feri terbabit mulai senget.
Lagi..

200 cedera nahas kereta api di Seoul
Seoul: Korea Selatan berdepan kemalangan membabitkan pengangkutan kedua serius dalam masa dua minggu semalam apabila dua kereta api bawah tanah bertembung, menyebabkan 200 cedera tetapi tiada laporan sebarang kematian.
Lagi..

Rawatan api cantikkan wajah
BEIJING: Salon kecantikan di China kini menawarkan rawatan baru untuk wanita, digelar wajah berapi yang juga dikenali sebagai Huo Liao, di mana nyalaan terbuka digunakan untuk merangsang pertumbuhan semula sel dan meremajakan kulit.
Lagi..

AS mampu lawan Korea Utara
Washington: Amerika Syarikat menegaskan bahawa pihaknya ‘berkemampuan sepenuhnya’ mempertahankan diri dan sekutunya terhadap sebarang serangan peluru berpandu Korea Utara selepas Pyongyang mengancam melancarkan serangan nuklear.
Lagi..

NLD pilih pucuk pimpinan
Yangon: Hampir 900 wakil parti pembangkang Aung San Suu Kyi, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) berhimpun di bandar ini semalam untuk memilih pucuk pimpinan mereka buat kali pertama dalam sejarah 25 tahun pertubuhan politik itu itu.
Lagi..

Arab Saudi bimbang maklumat palsu online
Buraidah: Arab Saudi kelmarin menuduh aktivis online di negara itu menggunakan media sosial untuk menghasut bantahan, perbuatan yang diharamkan. Pihak terbabit akan menyebarkan maklumat palsu mengenai bilangan orang yang ditahan anggota keselamatan bertujuan mencetuskan kekacauan.
Lagi..

Mahu nilai semula kerjasama
Jakarta: Indonesia mungkin menilai semula kerjasama dua hala dengan Singapura dan negara lain yang membantu Australia mengintip perbualan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, isterinya dan menteri kanan menerusi telefon bimbit.
Lagi..

Mayat atas pokok kelapa
Antipas: Seorang petani berusia 57 tahun di Cotabato Utara yang hilang selama lima hari ditemui di atas pokok kelapa dalam keadaan terikat di beberapa pelepah dan sudah meninggal dunia.
Lagi..

Lapan maut gempa di Teluk Parsi
Tehran: Satu gempa bumi magnitud 5.7 di pantai Teluk berhampiran loji nuklear Iran menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan mencederakan 190 lagi.
Lagi..

NATO siasat dakwaan Karzai
Kabul: Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan semalam berjanji akan menyiasat serangan udara yang didakwa Presiden Hamid Karzai mengorbankan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sini, kelmarin.
Lagi..

Askar digesa singkir Yingluck
Bangkok: Penunjuk perasaan antikerajaan di Thailand, menyerbu ibu pejabat tentera dan menduduki ibu pejabat parti Phuea Thai, mendesak tentera menggulingkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Lagi..

26 mati, 100 hilang
Munshiganj: Dianggarkan 100 penumpang masih hilang dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah feri di Sungai Meghna, di kawasan tengah Bangladesh.
Lagi..

PM Vietnam gesa rakyat pertahan hak
Hanoi: Perdana Menteri Vietnam menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada berjuta-juta rakyat menggesa mereka bertindak mempertahankan kedaulatan negara berikutan kehadiran China di atas pelantar minyak di perairan yang menjadi pertikaian antara kedua negara.
Lagi..

Indonesia cadang kasi penjenayah seks
Jakarta: Menteri Kesihatan Indonesia mencadangkan untuk memperkenalkan kasi secara kimia bagi menghukum pedofilia (penjenayah yang tertarik secara seksual pada kanak-kanak) di negara paling ramai penduduk Islam di dunia itu, berikutan rentetan jenayah seks kanak-kanak yang menjadi tajuk utama akhbar.
Lagi..

Kongres disingkir
New Delhi: Pemimpin pembangkang Narendra Modi dan partinya menang besar dalam pilihan raya umum, berdasarkankeputusan awal semalam, menyingkirkan Parti Kongres dari kuasa dominan sejak lebih daripada suku abad.
Lagi..

Penunjuk perasaan, polis bertempur
Islamabad: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Peshawar semalam ketika kemarahan berhubung penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW semakin memuncak di sebalik desakan pemimpin politik dan agama di seluruh dunia Islam supaya bantahan secara aman diadakan.
Lagi..

Lima maut letupan bom
Sai Buri: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan lebih 40 cedera selepas sebutir bom kereta meletup di sebuah pasar yang penuh sesak di wilayah selatan Thailand yang dilanda pemberontakan, kata pihak berkuasa semalam.
Lagi..

Lima perkosa jurugambar wanita
New Delhi: Seorang jurugambar wanita diperkosa lima lelaki semalam selepas penyerang mengikat dan memukul rakan setugas lelakinya di Mumbai.
Lagi..

Dipenjara selepas kahwin
Makkah: Sambutan perkahwinan yang meriah bertukar menjadi tragedi selepas pengantin lelaki dipenjara kerana menyerang keluarga isteri beberapa minit sebelum majlis berakhir.
Lagi..

AS desak bebaskan Morsi
Washington: Amerika Syarikat semalam menggesa kerajaan sementara Mesir, supaya membebaskan presiden negara itu yang digulingkan Mohamed Morsi, selepas ia melepaskan bekas pemimpinnya Hosni Mubarak.
Lagi..

Sejuta kanak-kanak Syria jadi pelarian
Geneva: Jumlah kanak-kanak yang terpaksa meninggalkan Syria dan menjadi pelarian akibat peperangan meningkat kepada sejuta orang semalam, manakala dua juta lagi ‘bertaburan’ di sepanjang sempadan negara itu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Lagi..

Askar AS mohon maaf
Washington: Pegawai tentera Amerika Syarikat berpangkat sarjan, Robert Bales, yang mengaku bersalah membunuh 16 penduduk kampung di Afghanistan, semalam memohon maaf kepada keluarga mangsa dan berkata tindakannya adalah perbuatan pengecut.
Lagi..

Michael Bay kena serang
Hong Kong: Pengarah dan penerbit terkenal Amerika Syarikat, Michael Bay, diserang di Hong Kong kelmarin ketika mengarahkan siri terbaru filem aksi Transformers 4.
Lagi..

Gucci dapat durian runtuh
New York: Gucci kelmarin mengalu-alukan keputusan mahkamah Amerika Syarikat untuk membayar empayar fesyen global itu AS$144.2 juta (RM455.06 juta) sebagai pampasan daripada jualan barangan tiruan di internet.
Lagi..

Kartun banding Xi Jinping, Obama
Beijing: Video kartun membandingkan Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkuasa mendapat tumpuan di internet hingga ada yang tertanya-tanya sama ada ia sebahagian propaganda.
Lagi..

Tolak jadi ahli Majlis PBB
Dubai: Arab Saudi menolak kerusi bergilir-gilir Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana badan dunia sehingga ini tidak berupaya menamatkan konflik dan perang kerana bersikap berat sebelah.
Lagi..

Sembilan maut trak bunga api meletup
Beijing: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 11 lagi cedera apabila sebuah trak sarat dengan bunga api untuk sambutan Tahun Baru meletup di sebatang lebuh raya bertingkat di tengah China semalam.
Lagi..

Saintis kaji sampel Arafat di Switzerland
Geneva: Sekumpulan saintis Switzerland mendapat kebenaran untuk menguji mayat pemimpin Palestin, Yasser Arafat sama ada kematiannya benar-benar disebabkan keracunan bahan radioaktif polonium, disyaki punca beliau meninggal dunia pada 2004.
Lagi..

Samsung, Apple didapati bersalah
Mahkamah Korea Selatan memutuskan firma Apple Inc. dan Samsung Electronics Co. menggunakan paten lawan masing-masing dan mengenakan pengharaman terhadap sebahagian produk dua syarikat berkenaan di sini selain diarah membayar pampasan.
Lagi..

Breivik kena 21 tahun
Oslo: Mahkamah Norway semalam memutuskan lelaki yang membunuh 77 orang tahun lalu, Anders Behring Breivik (gambar), waras ketika melakukan jenayah itu, menamatkan perbahasan mengenai keganasan terburuk di negara itu sejak Perang Dunia Ke-2.
Lagi..

Lelaki dipecat mengamuk
New York: Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan lapan yang lain cedera dalam satu kejadian tembakan di luar bangunan Empire State, kata sumber polis semalam.
Lagi..

Pengebom seluar dalam kena seumur hidup
DETROIT: Lelaki warga Nigeria yang digelar pengebom seluar dalam, Umar Farouk Abdulmutallab, 25 mengucapkan Allah Maha Besar ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Lagi..

Situasi Libya masih kacau bilau
TRIPOLI: Ketika Libya menyambut ulang tahun pertama permulaan kebangkitan menentang Muammar Gaddafi semalam, militia bersenjata adalah kumpulan yang memegang kuasa sebenar di negara itu.
Lagi..

Robot atasi kemurungan
TOKYO: Mangsa yang terselamat dalam gempa bumi dan tsunami dahsyat di Jepun Mac lalu kini mempunyai senjata terbaru dalam usaha mereka menghadapi kemurungan, robot anjing laut yang boleh bertindak kepada sentuhan manusia.
Lagi..

NATO mohon maaf kematian penduduk Afghanistan
KABUL: Pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyuarakan kekesalan dan memohon maaf di atas pembunuhan lapan penduduk awam Afghanistan, tujuh daripadanya masih di bawah umur dalam satu serangan udara di utara negara itu minggu lalu.
Lagi..

Bangkok tingkat keselamatan
BANGKOK: Kawalan keselamatan ditingkatkan pada tahap tertinggi di enam lapangan terbang antarabangsa Thailand yang berkemungkinan menjadi sasaran baru serangan pengganas.
Lagi..

Penyerang penuntut Malaysia bersalah
LONDON: Seorang remaja berusia 17 tahun didapati bersalah menyerang seorang penuntut Malaysia, Ashraf Haziq Rossli, ketika rusuhan di ibu kota England Ogos tahun lalu dan berdepan hukuman penjara tempoh panjang.
Lagi..

13 penduduk cabar guling kerajaan dipenjara
PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja semalam mensabitkan 13 penduduknya bersalah merancang menggulingkan kerajaan, kes yang dilihat kumpulan hak asasi manusia sebagai bermotifkan politik dalam usaha melemahkan pembangkang yang menentang Perdana Menteri Hun Sen.
Lagi..

Kejayaan baharu pembedahan hidung
Paris: Sekumpulan pakar bedah di Switzerland semalam mendakwa mereka menjalankan pembedahan pertama seumpamanya untuk memperbaiki hidung yang rosak akibat kanser menggunakan tisu yang tumbuh dari sel rawan pesakit itu sendiri.
Lagi..

2 ahli Ikhwanul Muslimin terbunuh
Kaherah: Dua anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan pihak keselamatan di Nile Delta utara Kaherah, demikian menurut laporan agensi berita negara itu, semalam.
Lagi..

Pokok ceri 'angkasa lepas' berbunga awal
TOKYO: Satu misteri menyatukan sami dan saintis di Jepun selepas sepohon pokok ceri tumbuh dari bijih benih yang mengelilingi Bumi selama lapan bulan berbunga dan mekar beberapa tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.
Lagi..

17 wilayah silap kertas undi
JAKARTA: Kesilapan dalam pengedaran kertas undi bagi pilihan raya perundangan Indonesia dikesan di sekurang-kurangnya 17 daripada 34 wilayah di negara itu, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) semalam.
Lagi..

UAE arah pelancong jaga akhlak
Dubai: Polis Emiriah Arab Bersatu akhirnya mengeluarkan garis panduan yang memberi amaran kepada pelancong supaya menjaga kelakuan apabila melawat ibu kota negara itu.
Lagi..

Indonesia tak minat selamat bot karam
Jakarta: Indonesia gagal membantu beberapa bot yang mengalami masalah berhampiran pantainya bulan lalu, dengan pemerhati berkata ia sama ada tidak mampu atau tidak berminat menyelamatkan pemohon suaka yang terkandas di laut.
Lagi..

Pakistan imbas kontena bekalan
Karachi: Semua kontena yang melalui Pakistan untuk membawa bekalan kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan akan diimbas terlebih dulu untuk memastikan ia tidak mengandungi bahan berbahaya, kata pegawai kastam semalam.
Lagi..

Hong Kong rampas dadah RM311.1 juta
Hong Kong: Pegawai kastam wilayan ini mengumumkan semalam bahawa mereka membuat rampasan terbesar setakat ini iaitu 649 kilogram dadah bernilai AS$98 juta (RM311.10 juta).
Lagi..

Laman web pantau keputusan kena godam
JAKARTA: Satu laman web yang diwujudkan sukarelawan untuk memantau keputusan data Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan menjalankan kiraan undi tidak rasmi mereka sendiri didakwa diserang penggodam kelmarin, kata pengasas halaman web terbabit sehari selepas ia menyiarkan data yang menunjukkan Joko Widodo mendahului.
Lagi..

Korban serangan Israel meningkat 261
Bandaraya Gaza: Jumlah korban serangan tentera Israel di Gaza mencecah 261 semalam ketika Israel mempergiat serangan darat masuk hari ke-11 operasi menangkis serangan roket militan, kata pihak perubatan.
Lagi..

Israel lancar serangan darat
Bandaraya Gaza: Kereta kebal tentera Israel yang disokong pesawat tempur, melancarkan serangan darat ke Gaza dan masuk jauh ke wilayah itu sambil melepaskan bedilan meriam dan bertempur dengan pejuang Palestin semalam.
Lagi..

Ibu mangsa rogol dipukul bapa tertuduh
LUCKNOW: Ibu kepada seorang mangsa rogol di India dipukul oleh bapa tertuduh selepas keluarga itu enggan menarik balik dakwaan terhadap anak lelakinya, kata polis semalam.
Lagi..

Demonstrasi keselamatan berakhir tragedi
BEIJING: Pistol seorang anggota polis meletup secara tidak sengaja apabila dua pegawai mengadakan demonstrasi keselamatan di sebuah tadika di China sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, mencederakan seorang kanak-kanak dan empat ibu bapa.
Lagi..

23 pekerja, aktivis bersalah hasut bantahan
PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja semalam mensabitkan 23 pekerja kilang dan aktivis hak manusia, kerana menghasut keganasan ketika bantahan yang menggegarkan kerajaan awal tahun ini, tetapi dalam tindakan mengejutkan ia menjatuhkan hukuman tertunda dan membebaskan mereka.
Lagi..

Xi Jinpeng janji bantu masyarakat Islam Xinjiang
BEIJING: Presiden China berjanji menaikkan gaji dan menambah peruntukan pendidikan di wilayah Islam di barat laut negara itu dalam usaha menenangkan ketegangan etnik, sambil menggesa kawalan keselamatan lebih ketat berikutan serangan maut di ibu negeri wilayah berkenaan.
Lagi..

Tiada terbunuh kes berasak di Masjidil Haram
Makkah: Polis Makkah menafikan laporan yang tersebar dalam laman media sosial semalam bahawa tiga orang jemaah terbunuh dalam kejadian rempuhan di dalam kawasan Masjidil Haram.
Lagi..

Rakyat Thailand cabar tentera
BANGKOK: Aktivis anti-rampasan kuasa di Thailand semalam menggesa perhimpunan diadakan hujung minggu ini untuk melanggar arahan kerajaan yang mengharamkan demonstrasi, mendesak peserta memakai topeng dan bersedia bertempur di ibu negara.
Lagi..

11 korban wabak H1N1 di utara Chile
Santiago: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh kerana menghidap virus selesema H1N1 di utara Chile.
Lagi..

Syarikat muflis diarah bayar RM273,801
Wellington: Sebuah syarikat arang batu yang muflis diarahkan membayar pampasan kepada anggota keluarga 29 pelombong yang terkorban dalam letupan gas metana 2010.
Lagi..

Bekas tukang tilik dipenjara 12 tahun
Hong Kong: Mahkamah Hong Kong semalam menghukum penjara 12 tahun ke atas seorang bekas tukang tilik yang mendakwa dirinya kekasih mendiang jutawan Nina Wang selepas mendapati dia memalsukan surat wasiat wanita berkenaan.
Lagi..

Tentera tembak penyokong Morsi
Kaherah: Tentera Mesir melepaskan tembakan ke arah penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi selepas mereka berarak ke tempat penahanannya.
Lagi..

Bekas ratu Malaysia bakal terima RM2.3 bilion
London: Seorang bekas ratu cantik Malaysia berpeluang untuk memperoleh pampasan cerai termahal di Britain sebanyak 500 juta (RM2.3 bilion) selepas berpisah dengan suaminya yang bertaraf jutawan.
Lagi..

Gillard dikhianati parti, tak dihormati
Sydney: Wanita pertama menjadi Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, menghadapi tipu daya anggota parti sendiri selain tidak langsung dihormati ketika memegang jawatan itu.
Lagi..

5 mangsa gempa ditemui
Blang Mancung: Anggota keselamatan menemui mayat lima lagi mangsa korban gempa bumi yang melanda wilayah Aceh, minggu ini, menjadikan angka maut 35 orang.
Lagi..

Bandar purba Maya ditemui
Bandaraya Mexico: Sepasukan pakar arkeologi menemui sebuah bandar purba kaum Maya yang tersembunyi di dalam hutan hujan di timur Mexico sejak beberapa kurun, penemuan yang diharap dapat membongkar punca kejatuhan tamadun mereka 1,000 tahun lalu.
Lagi..

Wanita mangsa pasangan: WHO
London: Kira-kira satu pertiga wanita diserang secara fizikal atau seksual oleh bekas atau pasangan semasa, lapor satu kajian global mengenai isu keganasan terhadap wanita.
Lagi..

Susilo bidas Parti Keadilan Sejahtera
Jakarta: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membidas pembuat dasar Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan berkata, mereka terbabit dalam gerakan politik tidak sihat dan tidak bijak yang mungkin mencetuskan ketegangan.
Lagi..

Tentera pemisah terima senjata
Beirut: Pemisah Syria menerima penghantaran lebih banyak senjata berkuasa dari sekutu Teluk sejak beberapa minggu lalu terutama membabitkan peluru berpandu anti-perisai dan anti pesawat yang membantu tentera rejim terbabit dalam pencapaian yang lebih agresif.
Lagi..

Tumpu selesai masalah jerebu
Singapura: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong berkata beliau tumpu kepada penyelesaian masalah jerebu dan memastikan keselamatan rakyat Singapura berbanding membalas kenyataan dibuat seorang menteri Indonesia.
Lagi..

Rakyat Filipina bantah di luar Kedutaan China
MANILA: Beratus-ratus rakyat Filipina mengadakan tunjuk perasaan di luar Kedutaan China di Filipina semalam berikutan perbalahan wilayah yang memuncak apabila penunjuk perasaan mengutuk pemerintah China sebagai kaki buli.
Lagi..

Sekutu Gaddafi ditahan, diseksa
NEW YORK: Kira-kira 4,000 orang yang didakwa penyokong bekas diktator Muammar Gaddafi dilaporkan masih ditahan di pusat tahanan militia Libya, kebanyakannya secara rahsia dan ramai yang diseksa, kata seorang wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.
Lagi..

Musharraf bunuh ibu saya: Bilawal
WASHINGTON: Anak lelaki bekas Perdana Menteri Pakistan yang dibunuh, Benazir Bhutto, semalam berkata bekas Presiden Pervez Musharraf membunuh ibunya sambil berikrar memainkan peranan politik lebih besar di tanah kelahirannya dalam apa saja cara yang boleh.
Lagi..

Ibu korek mata anak
BANDAR RAYA MEXICO: Polis di ibu negara Mexico menahan seorang wanita dan beberapa saudaranya kelmarin kerana mengorek mata anak lelakinya yang berusia lima tahun dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah untuk satu upacara memuja.
Lagi..

Awang Hitam buat Israel panik
BAITULMAQDIS: Beberapa kes rogol membabitkan lelaki Afrika terhadap wanita Yahudi mencetuskan panik di kalangan penduduk selain menyebabkan pemimpin Israel mengancam mengusir imigran asing dari negara itu termasuk menggunakan kekerasan.
Lagi..

Calon Ikhwan tunggu lawan pusingan ke-2 pilihan raya
KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, layak ke pusingan kedua pilihan raya presiden Mesir, menurut keputusan awal pilihan raya pertama Mesir, semalam.
Lagi..

Syria dakwa Turki tipu pesawat bawa senjata
Damsyik: Tuduh menuduh antara Syria dan Turki semakin memuncak kelmarin apabila Ankara berkata ia menemui bekalan ketenteraan dalam pesawat penumpang yang dipintas dalam perjalanan antara Moscow dan Damsyik. Kementerian Luar Syria menuduh Perdana Menteri Turki, Recep Erdogan, berbohong selepas berkata jet membawa peralatan dan peluru dihantar kepada Kementerian Pertahanan Syria, adalah dari pembekal ketenteraan Russia.
Lagi..

Planet dipenuhi berlian ditemui
London: Sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Planet berkenaan yang dipanggil ‘55 Cancri e’ mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer.
Lagi..

Hizbullah akui serang Israel
Beirut: Pemimpin Hizbullah Sheikh Hassan Nasrallah mengaku bertanggungjawab melancarkan satu serangan ke atas tentera Israel menggunakan pesawat kawalan jauh buatan Iran terhadap ruang udara Israel awal minggu ini, menambahkan lagi ketegangan yang sudah sedia serius di Asia Barat.
Lagi..

Ryan gagal jawab Biden
Washington: Calon Naib Presiden parti Republikan, Paul Ryan gagal memberi hujah meyakinkan selepas dicabar Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, supaya memberitahu bagaimana beliau dan Mitt Romney akan merombak dasar luar AS khususnya dalam isu Iran, Syria dan Afghanistan.
Lagi..

EU menang hadiah Nobel 2012
OSLO: Kesatuan Eropah (EU) diisytiharkan sebagai pemenang hadiah Nobel Keamanan 2012 kerana usahanya mempromosi keamanan, demokrasi dan hak asasi manusia selama enam dekad lalu.
Lagi..

Polis temui tiga kepala
Morella: Polis menemui tiga kepala manusia kelmarin, dekat sebuah bulatan jalan raya dekat sebuah bandar kecil di barat Mexico yang menjadi tempat pergaduhan antara pasukan sukarela dan pengedar dadah.
Lagi..

Muhammad Ali jadi mangsa intipan NSA
Washington: Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) secara sulit memasang alat curi dengar pada telefon pengkritik Perang Vietnam termasuk lagenda tinju Muhammad Ali dan pejuang kulit hitam Martin Luther King selain dua senator yang masih bertugas.
Lagi..

6 maut bangunan runtuh
Mumbai: Enam orang terbunuh, tiga daripada anggota satu keluarga, manakala 19 lagi cedera selepas sebuah bangunan kediaman lima tingkat runtuh di sini, semalam.
Lagi..

Atlanta kota 'cinta online'
NEW YORK: Orang bujang mencari cinta melalui internet dinasihatkan mengunjungi Atlanta.
Lagi..

Nada dering perangkap banduan
COLOMBO: Seorang banduan sudah memikirkan dengan teliti bagaimana untuk menyembunyikan telefon bimbitnya supaya tidak dikesan pengawal penjara.
Lagi..

Mogok, tunjuk perasaan di Tunis
Tunis: Akitiviti di Tunisia terhenti semalam, dengan jalan raya lengang, kedai ditutup dan pengangkutan awam beroperasi secara minimum ketika mogok awam kesatuan perdagangan yang diadakan selepas seorang ahli politik haluan kiri Chokri Belaid dibunuh.
Lagi..

Fatwa cetus panik di Mesir
Kaherah: Kerajaan Mesir mempertingkat kawalan keselamatan kerana risau dengan tindakan beberapa pendakwah konservatif ultra mengeluarkan fatwa membenarkan penunjuk perasaan wanita dicabul dan pemimpin pembangkang dibunuh.
Lagi..

Peratus orang Melayu Singapura kian merosot
Singapura: Seorang ahli Parlimen Melayu Singapura, Zainal Sapari melahirkan kebimbangan dengan kemerosotan peratusan orang Melayu di republik itu.
Lagi..

Kena 17 tahun serang Pentagon
Boston: Seorang lelaki Massachusetts dijatuhi hukuman penjara 17 tahun selepas didapati bersalah berkomplot menyerang Pentagon dan bangunan Capitol di Washington dengan bahan letupan diisi ke dalam model pesawat kawalan jauh.
Lagi..

Israel bunuh Abu Jihad
BAITULMAQDIS: Israel semalam mengaku membunuh timbalan pemimpin Palestin, Yasser Arafat, yang juga pengasas Fatah Khalil al-Wazir atau Abu Jihad (gambar), dalam serbuan pada 1988 di Tunisia.
Lagi..

Ramai hakim Jakarta didakwa ambil dadah
Jakarta: Suruhanjaya Kehakiman berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan hakim daerah Bekasi, Puji Wijayanto bahawa ramai rakan sejawatnya mengambil bahan terlarang itu dan kerap terbabit dengan 'parti dadah'.
Lagi..

Cegah malaria dipertingkat
Sydney: Asia mencatat 88 peratus hampir keseluruhan kes malaria dan kebanyakan daripada 46,000 kematian tahunan berlaku di luar Afrika, satu laporan baru menunjukkan semalam ketika pakar menggesa lebih banyak tindakan dilakukan dalam memerangi penyakit maut itu.
Lagi..

Terus protes sasar Yingluck
BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan Thai terus berarak di ibu negara semalam bagi menaikkan semangat penyokong sebelum perhimpunan besar-besaran hujung minggu ini bagi meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, meletak jawatan.
Lagi..

Ulama Aceh larang ucapan sambut Krismas
Banda Aceh: Dewan Perundangan Ulama Banda Aceh (MPU) sekali lagi melarang penduduk Islam memberi ucapan Krismas dan menyertai pesta sempena Tahun Baru. Larangan itu terkandung dalam fatwa MPU yang menetapkan sambutan Krismas dan Tahun Baru sebagai bercanggah dengan ajaran Islam.
Lagi..

AS tetap dakwa diplomat India
Washington: Amerika Syarikat menolak desakan India supaya menarik balik dakwaan ke atas diplomatnya, Devyani Khobragade.
Lagi..

Air mani dalam botol
Sydney: Seorang wanita Australia menyaman seorang pekedai selepas meminum air minuman dalam botol didakwa mengandungi air mani, kata peguam plaintif, di sini semalam.
Lagi..

Agama Islam alasan untuk buli
ANAHEIM: Separuh daripada pelajar Islam mengakui dipandang serong atau dibuli atas sebab agama termasuk disindir, ditampar mahupun digelar pengganas.
Lagi..

Lelaki terbukti lebih pelupa
Los Angeles: Satu kajian akhirnya, membuktikan bahawa lelaki lebih pelupa berbanding wanita.
Lagi..

Keganasan terhadap etnik Rohingya: Myanmar diarah lakukan siasatan adil
Yangon: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan Myanmar menyiasat laporan pembunuhan berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam serangan ke atas etnik Islam Rohingya dengan pembabitan pihak polis.
Lagi..

Pilihan raya boleh ditangguh
BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam mengembalikan keputusan sama ada untuk menangguhkan pilihan raya umum disebabkan ketegangan politik kepada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Lagi..

3 letupan bom gegar Kaherah
KAHERAH: Tiga letupan bom menggegarkan ibu negara Mesir, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh semalam, ketika rakyat negara itu bersiap sedia memperingati ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat pada 2011.
Lagi..

19 maut pesawat terhempas
Kathmandu: Sembilan belas penumpang terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang Sita Air terhempas sejurus berlepas di ibu negara Nepal akibat terlanggar seekor burung semalam, kata pegawai.
Lagi..

Rayu batal tawaran kahwin
Hong Kong: Seorang wanita lesbian Hong Kong merayu bapanya seorang jutawan menarik balik tawaran perkahwinan bernilai $65 juta (RM199 juta) yang dibuat kepada lelaki yang berjaya memikat hatinya untuk berkahwin yang kini mendapat perhatian seluruh dunia.
Lagi..

Australia lulus pelan bunuh jerung
Sydney: Pegawai Australia, yang berada dalam tekanan melindungi pengunjung pantai selepas siri serangan maut jerung, meluluskan pelan membunuh haiwan itu yang berada terlalu dekat dengan orang ramai di dalam air.
Lagi..

Nakoula kena tahan
Los Angeles: Penerbit filem anti-Islam yang mencetuskan bantahan jalanan di seluruh dunia Islam ditahan di California atas dakwaan melanggar perintah pemerhatian dan seorang hakim persekutuan mengarahkan beliau dipenjarakan tanpa jaminan.
Lagi..

1,000 cedera angkara meteor
Moscow: Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera selepas tahi bintang seberat 11 tan melalui kawasan pergunungan Ural, Russia, awal semalam.
Lagi..

Israel panik rahsia Mossad terbongkar
Sydney: Ketua agensi perisikan Israel panik dan cuba menyembunyikan kisah tahanan dua kerakyatan bagi menyekatnya daripada membocorkan maklumat rahsia.
Lagi..

Hakim miang digantung tugas
Jakarta: Tribunal etika, yang ditubuhkan bersama oleh Suruhanjaya Kehakiman dan Mahkamah Agung, menggantung tugas seorang hakim wanita selama dua tahun kerana melakukan hubungan sulit.
Lagi..

Wanita kahwin pembunuh saudara kembar
BUENOS AIRES: Seorang wanita mengahwini pembunuh saudara kembarnya di Argentina pada satu majlis sempena Hari Kekasih yang bukan saja ditentang keluarganya tetapi juga jirannya.
Lagi..

Kapal China terus ceroboh Senkaku
Tokyo: Tiga lagi kapal China memasuki perairan yang menjadi rebutan semalam, kata pengawal pantai Jepun.
Lagi..

Terpaksa jual anak bayar rawatan suami
Patna: Beberapa bulan selepas satu keluarga kelaparan terpaksa berpisah dengan anak mereka akibat kemiskinan melampau, seorang lagi wanita di Bihar menjual bayi perempuannya berusia dua bulan pada harga 5,000 rupee (RM284.82) untuk membayar bil perubatan suaminya yang sakit.
Lagi..

83 maut pertempuran di Damsyik
Damsyik: Siri pengeboman kereta di ibu negara Syria kelmarin mengorbankan sekurang-kurangnya 83 orang, termasuk lebih 60 cedera dalam serangan berhampiran ibu pejabat parti Baath, kata badan pemerhati.
Lagi..

Pistorius diikat jamin RM350,469
Pretoria: Pelari paralimpik Afrika Selatan Oscar Pistorius, 26, yang didakwa membunuh teman wanitanya model Reeva Steenkamp, semalam dibebaskan dengan ikat jamin 1 juta rand (RM350,469).
Lagi..

Penyanyi rap mati ditembak
Las Vegas: Penyanyi rap dari Oakland yang sedang mencipta nama, Kenneth Cherry Jr, 27, maut bersama dua yang lain dalam satu kejadian tembakan dari sebuah Range Rover di Las Vegas Strip semalam, kata polis.
Lagi..

Tayangan Batman jadi lokasi bunuh
Denver: Seorang lelaki bertopeng melontar gas pemedih mata ke dalam sebuah pawagam yang menayangkan filem terbaru Batman - The Dark Knight Rises, sebelum melepaskan tembakan ke arah penonton, menyebabkan 12 terbunuh dan 50 lagi cedera.
Lagi..

Pembaca berita pengsan ketika siaran
Ankara: Pembaca berita jelita terkenal Turki, Seda Selek, pengsan ketika siaran langsung berita harian stesen Kanal 24, semalam.
Lagi..

150,000 kondom Olimpik
London: Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling ‘panas’ dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit.
Lagi..

30,000 lari ke Lubnan
Geneva: Sekurang-kurangnya 30,000 warga Syria sudah lari ke Lubnan sejak 48 jam lalu selepas konflik bersenjata semakin sengit, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).
Lagi..

Rajesh Khanna kritikal
MUMBAI: Kesihatan pelakon Hindi popular 1970-an, Rajesh Khanna, yang sakit sebelum ini semakin membimbangkan, lapor media India.
Lagi..

Thailand guna polis ajar murid
BANGKOK: Kementerian Pendidikan Thailand merancang untuk menggunakan khidmat pegawai polis mengendalikan beberapa kelas di sekolah vokasional dalam usaha untuk menghalang pergaduhan di kalangan pelajar.
Lagi..

Majlis Tentera Mesir beri alasan ambil alih kuasa
KAHERAH: Majlis Tentera Mesir bertegas bahawa keputusan pihaknya untuk mengambil alih kuasa adalah perlu meneruskan pemerintahan negara.
Lagi..

20 maut serangan hotel di Kabul
KABUL: Polis elit Afghanistan dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berjaya menamatkan drama tebusan 12 jam di sebuah hotel di Kabul yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh selepas sekumpulan anggota Taliban menyerang bangunan di tepi tasik dan menahan beberapa penghuninya.
Lagi..

Shakira minta sokong UNICEF
Los Angeles: Penyanyi terkenal Colombia, Shakira yang bakal melahirkan anak pertama melancarkan parti sambutan bayi secara online.
Lagi..

Banjir buat warga Jakarta kelam-kabut
Jakarta: Banjir mengganggu penduduk Jakarta menjalani kehidupan seperti biasa buat hari ke-5 hari ini dengan angka korban meningkat dan memaksa beribu-ribu warga kota berpindah, meskipun paras air mula turun.
Lagi..

Pemandu cuai boleh dipenjara 15 tahun
Tokyo: Pemandu yang didapati cuai hingga mengakibatkan kematian atau kecederaan terhadap orang lain wajar dikenakan hukuman penjara 15 tahun.
Lagi..

Kumpulan Bertopeng ikrar mahu culik lagi
Dakar: Kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab menculik orang asing di sebuah loji gas padang pasir di Algeria sedia melakukan lebih banyak operasi lagi.
Lagi..

China jadikan bunuh diri perbuatan jenayah
Beijing: China cuba menangani tindakan membakar diri penduduk Tibet dengan menjadikan bunuh diri sebagai jenayah selain menahan rakan penunjuk perasaan dan merampas beribu-ribu piring televisyen satelit.
Lagi..



Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas