Waktu solat KL & yang sewaktunya:
Jumaat , 19 Disember 2014

Suami pegawai Ambank syukur arwah isteri dapat pembelaan

KUALA LUMPUR: Irwan Kamaruddin, suami pegawai Ambank Norazita Abu Talib yang maut ditembak di cawangan Subang Jaya bank itu tahun lepas, bersyukur kerana isterinya mendapat pembelaan sewajarnya berikutan pensabitan hukuman mati ke atas tertuduh kes itu. »

Kesediaan Rashid teruskan tugas diharap hasilkan emas - Khairy

KOTA BHARU: Kesediaan Rashid Sidek meneruskan khidmatnya sebagai ketua jurulatih perseorangan negara diharap membolehkan sasaran negara meraih pingat emas acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, tercapai. »

Penganggur mengaku tidak bersalah ugut bekas Ketua Polis Negara

MELAKA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu. »

Ribut petir di perairan Pahang, Johor, Sabah berterusan hingga malam ini

KUALA LUMPUR: Cuaca ribut petir di perairan Pahang, timur Johor, Sabah (Pantai Barat dan pedalaman) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga malam ini. »

MH17: Tujuh aset ATM terbabit dalam fasa pertama hantar jenazah

LANGKAWI: Tujuh aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan melalui operasi fasa pertama penghantaran pulang jenazah penumpang dan kru pesawat MH17 yang terbabit insiden di Ukraine, dari Kuala Lumpur ke kampung halaman masing-masing pada 22 Ogos ini. »

Tiga rakan didakwa tipu lelaki babitkan wang tunai RM747,000

IPOH: Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM747,000 bulan lepas. »

Krisis Selangor: Husam kecam Abdul Khalid

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PAS hari ini tampil mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. »

Khairy cadang 30 peratus calon PRU daripada golongan muda bawah 40 tahun

KOTA BHARU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan 30 peratus calon pilihan raya umum akan datang terdiri daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun. »

MH17: Keluarga Nur Shazana bersedia iringi jenazah

GEORGETOWN: Keluarga anak kapal Nur Shazana Mohd Salleh, 31 yang terkorban dalam nahas pesawat MH 17 di Ukraine bersedia dan menunggu masa untuk berlepas ke Amsterdam bagi mengiringi kepulangan jenazah ke tanah air. »

Kertas siasatan kes pelajar tekan butang 'Like' I Love Israel siap - Polis

NIBONG TEBAL: Kertas siasatan kes seorang pelajar tingkatan lima menekan butang 'Like' I Love Israel laman sosial Facebook telah dihantar kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP) hari ini. »

Pegawai wanita bebas tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai wanita di Kementerian Pendidikan hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan rasuah berhubung pemberian projek pembekalan barang keceriaan pejabat bernilai RM26,950 kepada adiknya, lima tahun lepas. »

Suami isteri ditahan reman dipercayai terbabit keluar wang mangsa MH370

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ditahan dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, direman hingga Ahad ini. »

Bank Negara mahu pastikan kemampuan membeli rumah - Zeti

KUALA LUMPUR: Kesan negatif kepada jualan hartanah berikutan peraturan pembiayaan baharu Bank Negara Malaysia (BNM) adalah petanda yang disasarkan. »

Sukarelawan Malaysia ke Gaza dapat masuk wilayah konflik

KAHERAH: Sukarelawan misi kemanusiaan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia ke Gaza diketuai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) mendapat kelulusan Mesir untuk memasuki wilayah konflik itu awal pagi esok. »

EPL: 'Kuda kecil' Mourinho sudah besar, Abramovich tuntut hasil atau disingkir

CERITA Chelsea, musim ini tampak mudah - sama ada Jose Mourinho menang sekurang-kurangnya satu trofi utama atau bersedia mencari pasukan baru untuk musim depan. »

Previu EPL: The Gunners, penyokong mula dibuai mimpi baharu

ARSENAL, seperti kelab gergasi lain turut sama ghairah ketika berbelanja tinggi membeli bintang baru - segala-galanya menjurus kepada hajat mahu muncul juara dengan memenangi trofi besar, musim ini. »

Korea Selatan cadang penubuhan badan perunding keselamatan nuklear

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye menggesa penubuhan sebuah kumpulan perundingan keselamatan nuklear di Timur Laut Asia, memandangkan wujud beberapa loji tenaga nuklear di rantau berkenaan dan kebimbangan orang awam mengenai keselamatan nuklear. »

Reach Energy menilai 10 aset berpotensi untuk dibeli

KUALA LUMPUR: Reach Energy Bhd yang baharu disenaraikan di Bursa Malaysia, kini dalam proses menilai 10 aset berpotensi untuk diperoleh dalam tempoh satu hingga tiga tahun. »

MH17: KKLW buat persiapan rapi urus penghantaran dan kebumi jenazah mangsa

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) buat persiapan rapi bagi penyelarasan penghantaran dan pengebumian jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ke negeri masing-masing. »

MH17: Malaysia sudah terima laporan siasatan awal dua kotak hitam

KAMPAR: Malaysia sudah menerima laporan hasil siasatan awal dua kotak hitam pesawat MH17, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. »

Lebih 50 orang hilang tempat tinggal kebakaran di Tawau

TAWAU: Lebih 50 orang hilang tempat tinggal selepas 12 rumah di Kampung Baru, Pasir Putih, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi. »

Kehilangan wang mangsa MH370:Polis buru warga Pakistan

KUALA LUMPUR: Polis kini memburu seorang lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM110,643 dalam akaun bank milik empat mangsa MH370 yang dipindahkan secara haram. »

Ekonomi berkembang 6.3 peratus separuh pertama 2014

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 6.4 peratus pada suku kedua tahun ini, lebih tinggi berbanding unjuran, didorong pengukuhan eksport di luar jangkaan dan permintaan dalam negeri yang memberangsangkan. »

Kekurangan aset dan anggota penguat kuasa punca pencerobohan nelayan

IPOH: Kekurangan aset dan anggota penguat kuasa Jabatan Perikanan dan kelemahan penguat kuasaan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana perlu menjaga kawasan perairan yang luas antara punca berlaku kegiatan pencerobohan kawasan nelayan pantai. »

Effi Nazrel Saharudin didenda RM10,000 hina Agong

KUALA LUMPUR: Pengguna Twitter, Effi Nazrel Saharudin didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan menghantar komen jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, tahun lalu. »

Sampel tulang haiwan kolam ikan patin di Perak sah babi

IPOH: Ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah bulan lalu disahkan tulang babi. »

Polis tahan dua lelaki dipercayai peserta pesta sukan bogel di PP

NIBONG TEBAL: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura dipercayai peserta pesta sukan bogel di Taman Negara Pulau Pinang untuk membantu siasatan. »

18 bot nelayan tenggelam akibat dimasuki air di Melaka

MELAKA TENGAH: Sebanyak 18 bot nelayan di persisir pantai tenggelam akibat dimasuki air ketika hujan lebat di Pengkalan Nelayan Sungai Lereh di sini, pagi tadi. »

Ribut petir dijangka berterusan hingga tengah hari ini

KUALA LUMPUR: Ribut petir yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Johor Barat, Sarawak (Rejang), Labuan, Miri, dan Sabah (pantai barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga tengah hari hari ini. »

MH17: Jumlah jenazah, abu mayat mungkin lebih 15 - Rohani

Putrajaya: Kerajaan tidak menolak kemungkinan jumlah jenazah dan abu mayat nahas MH17 warganegara Malaysia yang akan diterima Jumaat depan lebih daripada 15 seperti yang disahkan semalam. »

Empat pelajar disyaki terbabit gengsterisme ditahan di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Empat pelajar dari beberapa sekolah menengah di sini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes peras ugut dan membelasah pelajar lain. »

Suarez mula berlatih di Barcelona

BARCELONA: Luis Suarez akan memulakan sesi latihan bersama rakan di kelab baharunya Barcelona hari ini selepas memperoleh kebenaran dari mahkamah. »

Lelaki langgar 10 kenderaan elak ditahan polis

GEORGETOWN: Sepuluh kenderaan dilanggar sebelum kereta dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis kehabisan minyak dan tersadai di Jalan Solok Pinang, Sungai Pinang di sini semalam. »

PM Iraq letak jawatan

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki mengumumkan peletakan jawatan lewat semalam dan menamakan penggantinya sekali gus menamatkan kebuntuan politik yang mengheret negara itu kepada masa depan yang tidak pasti apabila berdepan tentangan puak Sunnah. »

Tujuh pejuang maut, pangkalan tentera Pakistan diserang

QUETTA: Polis bertempur dengan kumpulan bersenjatakan senapang automatik dan bom di barat daya Pakistan awal pagi ini selepas menyekat dua serangan berasingan ke atas pangkalan tentera udara menyebabkan tujuh pejuang maut. »

23 terperangkap dalam lombong arang batu di China

BEIJING: Seramai 23 pekerja terperangkap selepas lombong arang batu di timur laut wilayah Heilongjiang dilanda banjir. »

127 mayat mangsa MH17 sudah dikenal pasti

THE HAGUE: Pakar forensik Belanda sudah mengenal pasti identiti 127 mayat mangsa nahas pesawat MH17, dengan 20 nama mereka dimaklumkan kepada ahli keluarga dan waris hari ini. »

Hukuman Suarez kekal tapi dibenar berlatih bersama Barcelona

BERNE: Penggantungan empat bulan ke atas penyerang Uruguay, Luis Suarez terus kekal kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini tetapi Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS), hari ini membenarkan dia berlatih bersama skuad Barcelona. »

Krisis Selangor: PAS tetap tolak Wan Azizah - Mustafa

KUALA LUMPUR: PAS tetap menolak pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. »

Piala Malaysia: Sarawak, Perak, PDRM catat kemenangan

KUALA LUMPUR: Kebangkitan yang diharap Terengganu pada babak kedua tidak kesampaian apabila tumbang 2-3 kepada Sarawak pada aksi pembukaan Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi. »

Harimau Muda B-16 sertai aksi AFC di Thailand

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 16 tahun negara akan menyertai Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 yang dijadualkan berlangsung di Thailand dari 6 hingga 20 September ini. »

Astro, Pinewood Iskandar Malaysia kerjasama tawarkan kandungan TV

JOHOR BAHRU: Astro Productions Sdn Bhd (APSB) bekerjasama dengan Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) untuk menawarkan perkhidmatan penerbitan kandungan TV bertaraf dunia di Pinewood Iskandar Malaysia Studios. »

Sepanyol, Brazil lonjak satu tangga ranking FIFA

PARIS: Sepanyol melonjak satu anak tangga ke tangga ketujuh bersama Brazil dalam kedudukan terkini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) buat satu-satunya perubahan gerakan dalam kelompok 10 teratas dunia. »

ASEAN gesa sokongan baharu antarabangsa usaha pemulihan akibat Haiyan

BANGKOK: Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh hari ini menggesa masyarakat antarabangsa memberikan sokongan baharu bagi usaha dan keperluan pemulihan selepas bencana untuk penduduk yang terjejas oleh Taufan Haiyan di Filipina. »

Pelancaran satelit MEASAT-3b dijadual 12 September

KUALA LUMPUR: MEASAT Global Berhad (MEASAT) mengumumkan hari ini bahawa satelit MEASAT-3b dijadual dilancarkan pada 12 Sept di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana. »

MRCB meterai perjanjian GDV RM8 bilion dengan Kawasa Land

KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) memeterai perjanjian pemegang saham dengan Kwasa Land Sdn Bhd bagi Projek MX-1, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM8 bilion. »

PAS Selangor beri tempoh 24 jam untuk 2 ADUN ubah pendirian

KUALA LUMPUR: PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor atau berhadapan dengan tindakan. »

Anak kapal MAS ditahan di Perancis atas dakwaan salah laku seksual

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan seorang anak kapalnya telah ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan berperangai tidak senonoh terhadap seorang penumpang. »

AirAsia tawar khidmat kurier kos rendah

KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini melancarkan perkhidmatan kurier kos rendah 'Redbox' yang bukan sahaja menawarkan penghantaran cepat tetapi juga 50 peratus lebih jimat berbanding syarikat lain. »

2 lelaki maut kereta bertembung lori

MIRI: Dua lelaki maut manakala tiga wanita terselamat apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Sungai Ulung, Jalan Miri-Bintulu, hari ini. »

Harimau Malaya turun empat tangga ranking FIFA

KUALA LUMPUR: Malaysia menghuni tangga ke-155 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini, yang menyaksikan skuad negara turun empat anak tangga berbanding Julai lalu. »

Remaja jalani ujian psikiatri berikutan kematian ibunya di Bali

DENPASAR: Polis Indonesia melakukan ujian psikiatri ke atas remaja perempuan, anak kepada wanita Amerika yang dijumpai mati di dalam beg pakaian di pulau Bali semalam. »

Bayi dikeluarkan selepas wanita mengandung maut ditimpa pokok

HONG KONG: Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluar bayi daripada kandungan seorang wanita yang terbunuh selepas ditimpa pokok di sini, hari ini. »

Julie's akan dieksport ke 100 negara dalam lima tahun

ALOR GAJAH: Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, pengeluar biskut jenama Julie's menyasar untuk mengeksport produknya ke lebih 100 negara dalam tempoh lima tahun akan datang, berbanding 68 negara sekarang. »

Mayat bayi perempuan ditemui dalam longkang belakang rumah

SEPANG: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan cukup sifat ditemui dalam longkang di belakang deretan rumah teres berhampiran Sungai Pelek di sini, kira-kira jam 9.10 pagi tadi. »

Margin untung bersih Media Prima 9 peratus

PETALING JAYA: Media Prima Bhd mencatat margin keuntungan bersih sembilan peratus bagi enam bulan pertama 2014 walaupun berdepan persekitaran operasi yang semakin berdaya saing. »

Ahli Majlis PBT dikekalkan - MB Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan semua anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedia ada dikekalkan sekiranya mereka bersedia untuk berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri. »

Ringgit ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian yang kukuh sejajar dengan mata wang Asia lain. »

Kerajaan Selangor terima peletakan jawatan Rodziah sebagai EXCO - MB

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menerima peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita berkuatkuasa hari ini. »

Tahap pendidikan anak Orang Asli meningkat - Shafie Apdal

SHAH ALAM: Tahap pendidikan anak-anak masyarakat Orang Asli di negara ini meningkat setiap tahun berikutan langkah kerajaan mewujudkan pelbagai kemudahan untuk memastikan komuniti itu tidak ketinggalan. »

MH17: Kerajaan sedia pengangkutan khas bawa jenazah ke negeri masing-masing

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyediakan pengangkutan khas untuk membawa jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 yang tiba di negara ini pada 22 Ogos depan untuk pulang ke negeri masing-masing bagi urusan pengebumian. »

MH17: Identiti 15 jenazah rakyat Malaysia hanya diketahui 22 Ogos - TPM

PUTRAJAYA: Identiti membabitkan kumpulan jenazah pertama terdiri daripada 15 rakyat Malaysia yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi, 22 Ogos ini hanya akan diketahui pada hari berkenaan. »

MBSB catat untung sebelum cukai RM310.9 juta suku kedua

KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mencatat peningkatan 16.5 peratus untung sebelum cukai kepada RM310.90 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2014 berbanding RM247.59 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. »

MH17: Jenazah akan dibawa pulang secara berperingkat mulai 22 Ogos - TPM

PUTRAJAYA: Jenazah mangsa nahas pesawat MH17 akan dibawa pulang secara berperingkat dari Amsterdam ke tanah air mulai 22 Ogos ini. »

Anugerah Diraja Kewangan Islam di Malaysia bulan depan

KUALA LUMPUR: Anugerah Diraja bagi Kewangan Islam akan diadakan di Malaysia pada 2 September ini bersempena Forum Kewangan Islam Global 2014 (GIFF 2014). »

Penggodam tweet peletakan jawatan Perdana Menteri Russia

MOSCOW: Penggodam memecah masuk ke dalam akaun Twitter Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev dan menghantar tweet bahawa beliau meletakkan jawatan dan mengecam Presiden Vladimir Putin. »

Lebih 20 penipuan atas talian dilaporkan di Putrajaya

PUTRAJAYA: Lebih 20 laporan diterima di Putrajaya membabitkan kes penipuan atas talian sejak awal tahun ini. »

SKMM disaran cari mekanisme terbaik kekang pengguna guna FB sebar fitnah

KUANTAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) disaran mencari mekanisme terbaik bagi mengekang pengguna menyebarkan fitnah dan berita palsu menerusi laman sosial Facebook (FB). »

Penjara seminggu, denda RM5,000 tandatangan buku saman dengan perkataan lucah

GEORGETOWN: Seorang tukang batu nisan dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menandatangani buku saman trafik dengan perkataan lucah dua bulan lalu. »

KP1M rancang bawa kanak-kanak Palestin dirawat di Malaysia

KAHERAH: Seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Bulan Sabit Merah Palestin, di sini, dirancang dibawa ke Malaysia bagi mendapat rawatan dan penjagaan lebih rapi. »

Perlu idea, penyelesaian untuk capai sasaran sejuta rumah - CIDB

KUALA LUMPUR: Idea dan penyelesaian diperlukan bagi membantu kerajaan mencapai sasaran membina sejuta rumah mampu milik yang selesa untuk rakyat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Seri Judin Abdul Karim. »

Kedudukan Anwar sebagai penasihat ekonomi tidak dibincang dalam MTES - Khalid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini. »

Krisis Selangor: Pemuda PAS desak S/U Agung panggil segera Saari, Hasnul

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS hari ini mendesak Setiausaha Agung parti memanggil segera kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada parti itu yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar. »

AirAsia unjur prestasi kukuh pada separuh kedua 2014

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menjangka prestasi yang kukuh pada separuh kedua tahun ini, dipacu oleh harga minyak yang lebih rendah dan pengenalan perkhidmatan baharu. »

Aida Yusof tidak suka berkongsi hal 'luar dalam' rumah tangganya

KUALA LUMPUR: Dakwaan sudah tidak lagi tinggal serumah bersama suami, Adi Putra ditepis Aida Yusof sekeras-kerasnya. »

Malaysia bakal lancar saluran TV Sains

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang untuk mengadakan saluran televisyen mengenai sains seperti National Geography versi Malaysia. »

190 juta batang rokok bernilai RM11.72 juta dirampas

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 190 juta batang rokok bernilai kira-kira RM11.72 juta membabitkan cukai tidak berbayar RM97.06 juta di seluruh negara awal Januari hingga 12 Ogos lalu. »

CEO AirAsia tolak desas-desus kemungkinan beli kepentingan MAHB, MAS

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes hari ini menolak khabar angin mengenai kemungkinan beliau membeli kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Malaysia Airlines. »

KPN, Peguam Negara ke Amsterdam esok - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail akan berlepas ke Amsterdam, Belanda esok untuk siasatan lanjut dan hal-hal perundangan berhubung insiden pesawat MH17. »

MH17: Muhyiddin hadiri taklimat persiapan terima jenazah, dijangka umum tarikh petang ini

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri taklimat persiapan koordinasi bagi menerima jenazah mangsa pesawat MH17 di bilik mesyuarat di pejabatnya, dekat Bangunan Perdana Putra di sini, sebentar tadi. »