Waktu solat KL & yang sewaktunya:
Khamis , 28 Ogos 2014,

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor


AHLI Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (kiri) pada majlis penyampaian wang pendahuluan pembelian tanah bersama bekas peneroka Felda Sungai Buaya kumpulan 2 yang juga majlis pertama beliau sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru selepas menang dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam. Manakala gambar bawah, reaksi spontan ketika majlis itu. - Foto Osman Adnan
  • AHLI Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (kiri) pada majlis penyampaian wang pendahuluan pembelian tanah bersama bekas peneroka Felda Sungai Buaya  kumpulan 2 yang juga majlis pertama beliau sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru selepas menang dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam. Manakala gambar bawah, reaksi spontan ketika majlis itu. - Foto Osman Adnan
  • PETUGAS Barisan Nasional menurunkan poster kempen pilihan raya di sekitar pekan Kuala Kubu Bharu. - Foto Yazit Razali
  • PETUGAS BN, Mohd Shamsuddin Tharib, (kiri) dan Bahrum Alias, menurunkan poster kempen pilihan raya di Pekan Kerling. - Foto Yazit Razali
  • SURAT ucapan terima kasih dari Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan kepada penduduk Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • AHLI Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan mengucapkan terima kasih kepada penduduk Hulu Selangor dengan menulis surat selepas beliau memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi, semalam. - Foto Osman Adnan
  • AHLI Parlimen Hulu Selangor,  P Kamalanathan (kanan) bersama isteri, S Shobana membaca artikel kemenangannya di akhbar Berita Harian di rumahnya selepas memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan Calon BN, P Kamalanathan sebagai tanda kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Pusat Pengiraan Undi Dewan Serbaguna dan Reakreasi hulu Selangor. - Foto Salim Shaari.
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjulang tangan meraikan Calon Barisan Nasional, P Kamalanathan yang menang pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor selepas diumumkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Kompleks sukan Daerah Hulu Selangor.  - Foto Sairien Nafis
  • BAGUS: Mungkin itu yg dimaksudkan oleh Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu kepada jawantankuasa tertinggi MIC selepas menerima berita kemenangan calon BN, P Kamalanathan yang dipeluk oleh Naib Presiden, Datuk Dr S Subramaniam di bilik gerakan MIC pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • PENYOKONG PKR berkumpul di Stadium Kuala Kubu Bharu berikutan menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Abdullah Yusof
  • WAKIL media melihat keputusan melalui skrin besar di luar Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • PEKARANGAN luar dewan sesak dengan kenderaan membawa peti undi. - Foto BHOnline
  • KEKECOHAN berlaku selepas tamat waktu mengundi oleh parti pembangkang di luar pusat buang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (CINA) Rasa. - Foto Sairien Nafis
  • PUSAT mengundi di Sek. Kebangsaan Kerling, Kg, kerling ditutup tepat jam 5.00 petang selepas waktu mengundi tamat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.  - Foto L.Manimaran
  • PETUGAS SPR mengira undi pos sambil diperhatikan wakil calon di pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • PUTERI Umno yang sentiasa ceria semasa meraih undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. - Foto Hasan Ismail
  • KESESAKAN lalu lintas dari Hulu Yam ke Batang Kali berikutan orang ramai keluar untuk mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di hadapan Sekolah Kebangsaan Batang Kali. - Foto Abdullah Yusof
  • KEADAAN yang sesak dengan kenderaan di Jalan Batang Kali menuju ke Kuala Kubu Bahru disebabkan orang ramai yang keluar membuang undi di pilihan raya kecil Hulu Selangor. - Foto Yazit Razali
  • JADI TUMPUAN ..  Calon BN, P Kamalanathan menjadi tumpuan penyokong BN yang bertugas di salah satu peti undi di kawasan Ligamas Batang Kali pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • GELAGAT penyokong parti yang bertanding di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya. - Foto Salim Shaari
  • SEBAHAGIAN daripada pengundi orang Asli Batu Lapan, Hulu Yam keluar untuk membuang undi di Sekolah Bandar Baru Batang Kali. - Foto Khairul Ghazali
  • MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed memberi sokongan moral kepada petugas Barisan Nasional (BN) semasa beliau meninjau ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung. - Foto Bernama
  • ANGGOTA keselamatan mengawal di depan perayu undi dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR)  sempena pilihan raya kecil Parlimen di Hulu Selangor. - Foto Reuters
  • Esa Sabran, 58, yang patah kaki dan bahu dibawa dengan ambulan dari Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan jalan raya dibantu oleh petugas SPR dan kakitangan hospital untuk membuang undi di Sekolah Bandar Baru Batang Kali di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Khairul Ghazali
  • MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersalam dengan penyokong BN di  pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Kampung Pasir Putih, Kalumpang. - Foto L Manimaran
  • ANGGOTA polis berkawal di pintu masuk utama pusat pembuangan undi di SMK Ampang Pecah (Bestari), Kuala Kubu Bharu, pagi ini dan wakil media tidak dibenarkan masuk membuat liputan. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGUNDI membuat semakan di Pusat Pembuangan undi SMK Dato' Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu. - Foto Rosdan Wahid
  • SUASANA di luar pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Kg Sungai Buaya. - Foto Yazit Razali
  • ORANG ramai membuat semakan undi di Pusat Pembuangan undi SMK Dato' Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu. - Foto Rosdan Wahid
  • MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim datang bertemu penyokong PKR sempena Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor di Sekolah  Kebangsaan Sungai Selisek. -Foto Fariz Iswadi Ismail
  • PETUGAS SPR menyemak daftar pemilih di barung yang disediakan di  pusat  mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung.- Foto Md Fuzi Abd Lateh
  • PETUGAS SPR membantu menolak kerusi roda, Sanniah Kassim, 95,  keluar dari pusat mengundi di Sekolah kebangsaan Agama Hulu Bernam selepas membuang undi sempena pilihanraya kecil Parlimen N094 Hulu Selangor. - Foto L. Manimaran
  • CALON BN P Kamalanathan menolak warga emas Dalimah Binti Ain, 80. yang telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sg. Choh pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • ORANG ramai mula membuang undi di Pusat Pembuangan undi SMK Dato' Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, pagi ini.- Foto Rosdan Wahid
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan para penduduk sewaktu berjalan melihat kawasan sekeliling Pekan Hulu Bernam  pada program bertemu pengundi, hari ini. Program bertemu penduduk kampung itu adalah sebahagian daripada acara pemimpin bersama rakyat menjelang pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung esok. - Foto Bernama
  • PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah), memeriksa satu daripada beg yang akan diisi dengan kertas undi untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor esok di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. - Foto Bernama
  • KETUA Pegawai Pengurus PRK Hulu Selangor bersama Penolong Pegawai Pengurus SPR  (Undi Pos), Radziah Md Isa meninjau proses pengundian pos di Kem Kuala Kubu Bharu yang berakhir hari ini. Serama 799 pengundi termasuk 46 anggota tentera membuang undi pos pada Puilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • SETIAUSAHA Jawatankuasa Induk PRK, Supt Hussein Che Omar (tengah), sedang memberi taklimat kepada pegawai polis sebelum bertugas menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SPR (dari kanan), Chin Yoke Ling, R.Nallawal dan Salina Mohd Said,  membuat semakan peti undi dan peralatan sebelum di tempatkan di pusat mengundI DI Dewan Serbaguna dan Komplek Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. Sebanyak 47 pusat mengundi dengan 136 saluran akan dibuka pada Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON BN, P. Kamalanathan menunjukkan logo BN kepada penyokong, Tan Ah Ching, 68, di Majlis Sarapan Pagi bersama Perdana Menteri Kampung Gumut, Kalumpang, hari ini. -Foto Fariz Iswadi Ismail
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan penduduk tempatan sebelum memberi ceramah, sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Rumah Melaka, Bukit Sentosa di sini malam tadi. - Foto Bernama
  • DARI kiri, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Calon Parti Keadilan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis makan malam di Kampung Chuang Rasa, hari ini. - Foto Abdullah Yusof
  • BERSEDIA: Penolong Pegawai Pengurus SPR, Jusni Hashim (kanan) bersama Penolong Pegawai SPR (Undi Pos), Radziah Md Isa sambil diperhatikan Pegawai Perhubungan PDRM, Asp Salmi Abdul Rahman (kiri), memeriksa kerusi roda yang akan digunakan pada pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan (tengah) sedang mendengar luahan aduan penduduk setempat ketika beliau berkempen di Pekan Rasa sempena pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini. - Foto Osman Adnan
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Fatimah Ali, 84, ketika majlis makan tengahari bersama penduduk di Sungai Buaya, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Barisan Nasional, P Kamalanathan beramah mesra bersama guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Escot yang baru mendapat bekalan elektrik selepas 64 tahun. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (kanan) beramah mesra dengan Mohd Osman Yusof, 75, penduduk di Kampung Pasir Puteh, Kalumpang ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Abdullah Yusof
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (tengah) berjalan ketika berkempen bersama penduduk Kampung Pasir Puteh di Kalumpang sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Abdullah Yusof
  • CALON Barisan Nasional, P Kamalanathan membuat pemeriksaan tekanan darah ketika berkempen di Taman Desa Kiambang, Serendah. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • CALON Barisan Nasional, P Kamalanathan berucap ketika berkempen di Taman Desa Kiambang, Serendah. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • CALON Barisan Nasional, P Kamalanathan beramah mesra dengan Chong Thiam, 80, ketika berkempen di Kampung Asam Kumbang, Batang Kali. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • PERANG poster kian rancak di Pekan Rasa menjelang Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini. - Foto Rosdan Wahid
  • WANITA MCA menyusun poster calon Barisan Basional (BN) di sepanjang jalan di Kerling, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • CALON Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan (kiri) bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) yang turun berkempen di Serendah malam tadi sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Ahmad Maslan bersalaman bersama Bekas Ketua Angkatan Keadilan Ulu Bernam, Hanif Khan Sairan selepas mengumumkan keluar parti bersama sebahagian daripada 200 ahli yang lain di Ladang Kalumpang, hari ini. - Foto Sairien Nafis
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) beramah mesra bersama penduduk ketika berkempen di SKC, Hulu Bernam, hari ini. - Foto Abdullah Yusof
  • KONVOI Puteri Umno Malaysia dan Puteri Umno Selangor yang membawa peralatan kempen termasuk poster calon untuk diagihkan kepada orang ramai di Bukit Sentosa, Parlimen Hulu Selangor, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • TINJAUAN suasana di Kampung Kelumpang menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan Ahad ini. - Foto L Manimaran
  • KETUA Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin melancarkan konvoi Puteri Umno Malaysia dan Puteri Umno Selangor di Pusat Operasi Utama BN di Bukit Sentosa. Konvoi puteri turut membawa bahan-bahan kempen termasuk poster calon untuk diagihkan kepada orang ramai  di kawasan Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menerima borang keahlian Umno dari bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kelantan, Wan Khairul Ihsan (kiri) dan bekas Setiausaha Angkatan Muda PKR Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin (tengah) selepas mengadakan sidang media berhubung keluar dari PKR dan menyertai Umno di Rumah Kelantan di Taman Adenium, Bukit Beruntung - Foto Bernama
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menunjukkan isyarat '1Malaysia' sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi 'Sedia Menyelamat 999' selepas merasmikan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Baru. Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha (dua, kiri), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Hamzah Abu Bakar (tiga dari kiri). - Foto Bernama
  • CALON BN, P Kamalanathan menaiki lori BN sewaktu berkempen di kampung Sejantung sempena Piliha raya Kecil parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • PEGAWAI Pengurus Pilihanraya Nor Hisham Ahmad Dahlan (kanan), melihat petugas SPR membawa kertas undi untuk disimpan di dalam lokap IPD Kuala Kubu Bharu. Kertas undi ini akan digunakan untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25hb. ini. - Foto Rosdan Wahid
  • ANGGOTA polis trafik, Mohd Firdaus Wel, anggota pertama membuang undi pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, pagi ini.  Seramai 799 pengundi akan membuang undi pos yang terdiri daripada anggota polis, tentera,petugas SPR dan termasuk tujuh orang yang berada di luar negara. - Foto Rosdan Wahid
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dan isteri, S Shobana ceria sebaik tiba di Pusat Operasi Utama BN di Bukit Beruntung, malam tadi. - Foto Salim Shaari
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (kanan), memberi penjelasan mengenai beberapa perkara berhubung isu semasa pada sidang media di Pusat Media PKR, Kuala Kubu Baru, sambil ditemani Pengarah Pilihan Raya Kecil PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor. - Foto Abdullah Yusof
  • Kamalanathan (kanan)  dan Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim meneliti laporan masalah rakyat disiar Berita Harian.
  • DR NG YEN YEN melawat pasar pagi Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu.
  • JENTERA kempen BN masih sibuk memasang poster di Kampung Sejantung Kalumpang.
  • KETUA Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersama  Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh Kalumpang, beramah mesra dengan warga emas,  Napsiah Abd Rahman, 87.
  • DATUK ZAID  beramah mesra dengan penduduk Sungai Choh ketika berkempen.
  •  KAMALANATHAN meluangkan masa melawat Haslinda Baharom, 17 yang menghidapi penyakit ketumbuhan dalam otak ketika beliau  berkempen di kawasan taman perumahan Ligamas.
  • PEGAWAI Yang Bertanggungjawab (PYB), Kapten Ridzuwan Zulkifli (tengah) diiringi anggota tentera bersenjata bagi menerima kertas undi pos dan peralatan untuk dibawa ke Kem Tentera Kuala Kubu Bharu selepas diserahkan oleh pegawai SPR di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor. Seramai 799 pengundi akan membuang undi pos yang terdiri daripada anggota polis, tentera, petugas SPR dan termasuk tujuh pengundi yang berada di luar negara. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (kiri) bertemu pengundi di Pasar Bukit Sentosa ketika berkempen di Hulu Selangor, hari ini. - Foto Abdullah Yusof
  • CALON Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan beramah mesra dengan peniaga di Pasar Bukit Sentosa Hulu Selangor, hari ini sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • PEGAWAI SPR, Ismail Mohd Yusof (berdiri tengah), bersama petugas, memeriksa kertas undi pos sambil diperhatikan wakil parti bertanding di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor. Seramai 799 pengundi akan membuang undi pos yang terdiri daripada anggota polis, tentera, petugas SPR dan termasuk 7orang yang berada di luar negara. - Foto Rosdan Wahid
  • TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (depan, tiga dari kiri), bersama-sama peneroka mengoyak risalah yang menipu warga peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan, Hulu Bernam, hari ini. Risalah pakatan PKR-DAP-PAS itu antara lain mendakwa Felda tidak membela peneroka. - Foto Bernama
  • PENOLONG Pegawai Pengurus SPR, Jusni Hashim (tengah), diiringi anggota polis membawa kertas undi pos keluar dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk diserahkan kepada pegawai bertugas memeriksa kertas undi sebelum diserahkan kepada wakil polis dan tentera petang ini. - Foto Rosdan Wahid
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ceramah di Taman Seri Liam, Hulu Yam Baru, di Hulu Selangor, malam tadi. Turut hadir bekas ahli PKR Dr Halili Rahmat (kiri) dan Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan. - Foto Bernama
  • SHAHRIZAT (kiri) turut memberi ceramah ketika mengunjungi Bilik Gerakan BN Melaka sambil diperhatikan Subramaniam di Taman Bukit Sentosa.
  • CALON Barisan Nasional, P. Kamalanathan (duduk tengah), bertemu dengan orang ramai yang menunggu untuk berurusan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Kubu Bharu. - Foto L Manimaran
  • CALON Parti Keadilan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (tengah) beramah mesra bersama penduduk ketika berkempen di Pekan Batang Kali. - Foto oleh Abdullah Yusof
  • P. KAMALANATHAN (kanan), bersama DJ Zainal Abidin Abdul Rahman (kiri), semasa sessi temuramah secara langsung dengan stesen radio Selangor di Kuala Kubu Bharu. - Foto L Manimaran
  • CALON Barisan Nasional, P. Kamalanathan (kiri), berbual dengan Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Supt Norel Azmi Yahya Affandi (kanan), semasa singgah melawat balai polis berkenaan. - Foto L Manimaran
  •  PENOLONG Pegawai Pengurus SPR  Jusni Hashim (kanan) dibantu petugas SPR memeriksa  peralatan yang akan digunakan untuk proses undi pos di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.
  •  JOHAN  menandatangani borang penarikan diri dari bertanding sebagai calon Bebas di hadapan  Nor Hisham (kiri) di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, semalam.
  •  ZAID  bermesra bersama penduduk tempatan ketika  berkempen 
di Kuala Kubu Bharu, semalam.
  • Johan tarik diri, Hulu Selangor kini BN lawan PKR: (Gambar atas) Lewat petang tadi, calon Bebas, Johan Mohd Diah melancarkan bilik gerakannya di Felda Sungai Tengi dan menyatakan harapan memenangi pilihan raya kecil. Manakala gambar bawah Johan menyerahkan borang penarikan diri dari bertanding kepada Pegawai Pengurus pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan di Pejabat Daerah dan Tanah, Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid/ Salim Shaari
  • ANGGOTA keselamatan membuat sekatan jalan raya menuju DUN Batang Kali bagi memastikan keselamatan lebih terjamin menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • PEMUDA orang asli Kampung Tun Razak memasang bendera dan poster Barisan Nasional di pintu masuk kampung menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Kampung Tun Razak adalah kubu kuat Barisan Nasional. - Foto Rosdan Wahid
  • GELAGAT pilihan raya... Kelihatan lelaki kurang siuman mengawal keadaan lalu lintas seperti gaya anggota trafik di pekan Kuala Kubu Bharu yang sibuk dengan kenderaan berikutan pilihan raya kecil Hulu Selangor. - Foto Sairien Nafis
  • CALON Barisan Nasional,  P Kamalanathan membantu menggoreng pisang di warung Rozina Zainal (kiri) di Kampung Sungai Buaya ketika kempen yang dilakukannya hari ini. - Foto Effendy Rashid
  • PERKHIDMATAN Dobi Mesra di Kalumpang menjadi sesak dan tertunda kerana mendapat sambutan luar biasa dari pelanggan berikutan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • BENDERA PKR dipasang pada bukit di persimpangan jalan Batang Kali untuk menarik perhatian pengundi kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • PENOLONG Pegawai Pengurus SPR,  Jusni Hashim (tengah) bersama petugas SPR  memeriksa beg dan peralatan yang akan digunakan untuk proses undi pos di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor. Seramai 799 pengundi yang terdiri dari anggota polis, tentera dan petugas SPR akan mengundi pos bagi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  •  KAMALANATHAN disambut  peneroka Felda ketika   berkempen dengan menunggang basikal di Felda Sungai Tengi Selatan bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
  • KAMALANATHAN bermesra dengan penduduk  Kampung Sekolah Sungai Selisik.
  • ZAID ketika berkempen di Taman Kelisa, Hulu Yam Baru, kelmarin.
  • TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim menyematkan lencana Sukarelawan BN kepada petugas Mohd Shahkir Ismail (kanan) dalam salah satu program pelancaran sukarelawan BN di tapak perkhemahan sukarelawan BN berhampiran Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu. - Foto Osman Adnan
  • TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim memotong riben tanda pelancaran sukarelawan BN di tapak perkhemahan sukarelawan BN berhampiran Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu. - Foto Osman Adnan
  • Nursiah Husin, 56, mengeluarkan bahulu kemboja dari ketuhar di kampung Gedangsa. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • Dermawati Osman, 38, membantu Nursiah Husin, 56, menyusun bahulu kemboja di Kampung Gedangsa. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • PENUH: Faridah Mohd Daud, 59, menunggu bas di pondok  yang hampir dipenuhi poster Barisan Nasional yang dipasang bagi memeriahkan pilihan raya kecil P94 Hulu Selangor. - Foto Abdullah Yusof
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim beramah mesra dengan penduduk ketika berkempen di Estate Ladang Sungai Jernih, Kerling. - Foto Abdullah Yusof
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berucap ketika berkempen di Estate Ladang Sungai Jernih, Kerling. - Foto Abdullah Yusof
  • CALON BN, P Kamalanathan sempat bermain Futsal dengan penduduk tempatan semasa berkempen di Kampung Seberang Gedangsa, Hulu Selangor. - Foto L Manimaran
  • CALON BN, P Kamalanathan dan isteri, S Sobana sempat menjamu selera bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  pada Majlis Perasmian Taska Permata Kemas Kampung Sirigala, Sungai Selisik semasa berkempen sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto L Manimaran
  • REZEKI: Peniaga, Mohd Iqbal Abdul Wahab, 20, menyusun bantal kekabu di gerainya yang terletak di Jalan Batang Kali turut menawarkan harga promosi sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • SEBAHAGIAN daripada penduduk Kampung Orang Asli Hulu Tamu yang hadir ketika lawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ke kampung tersebut. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • TIMBALAN Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi beramah mesra bersama penduduk Kampung Orang Asli Hulu Tamu ketika lawatan ke kampung tersebut. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • CALON BN, P Kamalanathan menaiki basikal ketika berkempen di Felda Sungai Tengi Selatan sempena pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanyakan sesuatu kepada Siti Zulalikha Zainal Abidin, 12 manakala adiknya Siti Zuriani Zainal Abidin, 11 (depan) dari Sekolah Kebangsaan Sungai Choh mengenai hasil kerjanya menjawab soalan silang kata pada Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Rakyat di SMK Sungai Choh. - Foto Salim Shaari
  • PETUGAS Barisan Nasional memunggah bendera Barisan Nasional untuk diagihkan ke setiap kawasan Hulu Selangor. - Foto Effendy Rashid
  • CALON BN, P Kamalanathan menaiki basikal ketika berkempen di Felda Sungai Tengi Selatan sempena pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • BENDERA Barisan Nasional dan parti Pakatan Rakyat dipasang pada sekitar jalan Pekan Rasa bagi memeriahkan lagi Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor. - Foto Abdullah Yusof
  • CALON BN, P Kamalanathan (dua dari kiri) beramah mesra dan bersarapan pagi di kedai Majid dekat Taman Ampang Pecah ketika mengadakan kempen. - Foto Osman Adnan
  • WARTAWAN Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengsan ketika kejadian tolak-menolak untuk memasuki pusat penamaan calon. - Foto Salim Shaari
  • SAMY Vellu menerima rawatan di tangan dan kaki selepas tergelincir ketika berasak memasuki pusat penamaan calon. - Foto Azhar Mat Ganti
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat kecederaan yang menimpa jentera Pemuda, Mohd Eddy Safuan yang cedera di kepala selepas dilontar dengan batu oleh penyokong pembangkang sewaktu berarak ke pusat penamaan calon sempena Pilihan raya Kecil Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • CALON Bebas, Johan Mohd Diah berjabat tangan dengan anggota keselamatan ketika keluar dari Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • MESRA: Calon BN, P Kamalanathan (kiri) bersama Timbalan Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, G Palanivel selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon pilihan raya pecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Barisan Nasional, P Kamalanathan bersama isterinya S Sobana selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • GELAGAT penyokong Parti Keadilan Rakyat ketika penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • MARAH:  J Anuraadhaa tidak dibenarkan masuk ke dewan kerana tempoh pencalonan sudah berakhir pada 10 pagi. Beliau tiba di dewan pada jam 10.10 pagi. - Foto Effendy Rashid
  • PAPAN 'Undilah Barisan Nasional' mula dipasang sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. - Foto Effendy Rashid
  • GELAGAT penyokong Pas semasa penamaan calon di Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Fariz Iswadi
  • ANTARA penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • ANTARA penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • CALON Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan berjenaka dengan Tan Sri Mohd Isa Samad sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Komplek Suka Hulu Selangor untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Osman Adnan
  • CALON Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dari kiri P.Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (BEBAS), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Vs Chandran (BEBAS) selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • PELBAGAI aksi yang ditunjukkan penyokong parti yang bertanding pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, pagi ini. Antara yang menarik tiga wanita ini memakai penutup mulut dengan lambang parti. - Foto Berita Harian
  • NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama penyokong Barisan Nasional sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Komplek Suka Hulu Selangor untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
  • AHLI Puteri Umno turut tidak ketinggalan membawa sepanduk untuk memeriahkan sokongan ketika hari penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
  • ANTARA penyokong Barisan Nasional (BN) yang berhimpun di pekarangan pusat pencalonan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
  • MERIAH... Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai perarakan calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi tadi - Foto Berita Harian
  • SEBAHAGIAN ribuan penyokong pembangkang berkumpul di sekitar pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
  • Antara wajah-wajah penyokong parti yang hadir bagi mengikuti proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bahru, pagi ini. - Foto Berita Harian
  • KELIHATAN anggota pasukan keselamatan menenangkan penyokong parti pembangkang yang berarak ke pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
  • ANTARA penyokong parti yang bertanding yang datang memberi sokongan kepada calon masing-masing pada hari penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu, pagi ini. - foto Berita Harian
  • CALON BN P.Kamalanathan bersama calon BEBAS menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai SPR di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • PRESIDEN MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengalami kecederaan semasa mengiringi Calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan ke Dewan Serbaguna dan Komplek Sukan Hulu Selangor untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Fariz Iswadi
  • PENYOKONG Barisan Nasional berarak mengiringi calon BN P. Kamalanathan ke pusat penamaan calon di Kuala Kubu Bharu.
  • CALON Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan (depan, tiga dari kiri), yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin serta penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, pagi ini.  Foto Effendy Rashid
  • CALON Parti Keadilan, Datuk Zaid Ibrahim bersama isteri hadir ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. Turut kelihatan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • Suasana di dalam dewan ketika proses mengemukakan borang pencalonan
  • Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meninjau keadaan di luar dewan
  • ANGGOTA pasukan keselamatan mengawal ketat Pusat Penamaan Calon, di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, pagi ini, sebelum proses penamaan calon bermula. - Foto BHOnline
  • KETUA Penerangan MIC, P Kamalanathan (tengah) bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu (kiri) mengangkat tangan tanda sepakat selepas Kamalanathan diumumkan sebagai calon BN pada Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN), Bukit Sentosa, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • KETUA Penerangan MIC, P Kamalanathan (tengah) menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika tiba di pusat penamaan bakal calon Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor di Pusat Gerakan BN, Bukit Sentosa, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • NOH (depan) meninjau kerja baik pulih bumbung di pangsapuri kos rendah Sri Rose 2, di Bukit Sentosa yang 70 peratus hampir siap, semalam.
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (dua dari kanan) selepas pengumuman pencalonannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri). Turut hadir,  Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kanan) dan Dr Tan Seng Giaw (kiri) di Dewan Komuniti, Serendah, baru-baru ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim selepas pengumuman pencalonannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri)  di Dewan Komuniti, Serendah, baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan). - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin beramah mesra dengan pelajar Tadika Wawasan Gemilang, Unair Norazlan dan Syasya Nabihah Mohd Zamri (kanan) selepas melancarkan Majlis Pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta Kementrian Pelajaran Malaysia di tadika berkenaan di Sungai Buaya, baru-baru ini. - Fotor Fariz Iswadi Ismail
  • PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) cuba membuat apam balik dengan dibantu peniaga, Haizon Salim (tengah) ketika hadir beramah mesra bersama penduduk Pekan Rasa, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
  • MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan sijil pendaftaran Koperasi 1 Hulu Selangor Berhad kepada Tok Batin Orang Asli Kampung Changkat Bintang sempena pelancaran Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor Berhad di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, baru-baru ini. - Foto Md Fuzi Abd Lateh
  • MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kanan) mencuba minuman ‘Ice blended’ ketika melawat tapak pameran Mini Maha 2010 Hulu Selangor. Turut hadir, Pengerusi FAMA, Datuk Badaruddin Amiruddin (kiri). - Foto Abdullah Yusof
  • BEKAS Presiden MCA, Ong Tee Keat mengisi bubur untuk dihidangkan kepada penduduk tempatan ketika sesi lawatan beliau di Serendah, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor menyampaikan amanat kepada peserta Majlis Konvensyen Barisan Nasional Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam, baru-baru ini. Najib mengesahkan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah dari parti MIC. - Foto Bernama
  • PEMANDANGAN kawasan sekitar pekan Kuala Kubu lama. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • PEMANDANGAN kawasan sekitar empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. - Foto Abdullah Yusof
  • MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) berbual bersama Lemen, 78, (tengah) dan penduduk orang asli pada Program Ramah Mesra Orang Asli @ 1 Malaysia di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
  • MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) beramah mesra bersama Norsiah Tembai, 31, (kanan) pada Program Ramah Mesra Orang Asli @ 1 Malaysia di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat model rumah yang akan dibangunkan sempena projek Perumahan Generasi Kedua pada Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun di Felda Soeharto, baru-baru ini. - Foto Yazit Razali
  • LAUNGAN slogan 1 Malaysia oleh belia Cina ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekan Kuala Kubu Bharu dalam lawatan sehari beliau ke kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Ghazali Bujang
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalannya, Leow Teong Lai serta ahli MCA Kuala Kubu Bharu ketika sesi lawatan sehari di kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Ghazali Bujang
  • ANTARA jentera wanita yang bersorak ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis Perjumpaan Jentera Wanita Umno/BN Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
  • ORANG ramai yang hadir ke Majlis Pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dan Sumbangan Pelajar-Pelajar Cemerlang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks JKKR Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Yazit Razali
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama jentera wanita yang hadir pada majlis Perjumpaan Jentera Wanita Umno/BN Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu. Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Foto Abdullah Yusof
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba menebar roti canai sambil diperhatikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kiri) bersama peniaga roti canai, Zulkifli Ismail 50, (kanan) dan Abdul Roni Jusof 55, (dua dari kanan) ketika hadir melawat majlis kenduri kahwin di Felda Sungai Tengi Selatan, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk ketika majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Sentosa, DUN Batang Kali. Turut hadir Adun Batang Kali, YB Isa Kassim dan Datuk G. Palanivel. - Foto Rosdan Wahid
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berbual bersama Datuk G Palanivel selepas Program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Kamal Ahmad
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
  • PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menunjukkan kenyataan mengenai tarikh penamaan calon serta pengundian di kawasan P.094 Parlimen Hulu Selangor, di Putrajaya, semalam. Hadir sama Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik. - Foto Izhari Ariffin.
  • BENDERA Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mula dipasang sepanjang jalan Pahang menghala ke Pekan Kuala Kubu Bharu, menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
  • JENTERA pilihan raya Barisan Nasional (BN) bersedia memasang poster dan bendera di Bilik Gerakan Barisan Nasional Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto  Rosdan Wahid
  • POSTER ceramah sudah mula dipasang di jalan menuju ke Kuala Kubu Bharu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
  • LALUAN ke Hulu Selangor mula sibuk dengan kenderaan menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Parlimen Hulu Selangor mempunyai 3 DUN iaitu DUN Bukit Beruntung, Batang Kali dan Hulu Bernam. Seramai 63,593 pengundi yang akan mengundi berikutan kematian Ahli Parlimen, Datuk Zainal Abidin Ahmad.