Isnin, 12 Ogos 2019 | 5:36pm
PROGRAM ibadah korban yang dilaksanakan KDEBWM bersama kariah Surau Abu Bakar Ali Bashah, Hulu Selangor.

KDEBWM sumbang 7 lembu untuk majlis korban

KUALA LUMPUR: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyumbang tujuh ekor lembu untuk majlis korban di empat kawasan pentadbiran majlis daerah sempena sambutan Aidiladha.

Ketua Media dan Perhubungan Awam KDEB, Mahfuzah Muhamad Tarmidi, berkata sumbangan itu adalah tanggungjawab sosial korporat pihaknya yang dilaksanakan setiap tahun bagi ibadah korban.

Katanya, KDEBWM juga antara satu anak syarikat Kerajaan Selangor yang terbabit dalam Program Agihan Lembu Korban Peringkat Negeri Selangor 2019 yang turut menyumbang 1,200 ekor lembu kepada pengurusan masjid dan surau di seluruh Selangor.

“Empat kawasan pentadbiran majlis daerah yang menerima sumbangan lembu korban itu ialah Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Program ibadah korban ini bermula dengan aktiviti sembelihan, melapah, membungkus dan seterusnya pengagihan daging lembu kepada golongan yang memerlukan termasuk asnaf, anak yatim dan fakir miskin di kawasan berkenaan.

“Kita berharap sumbangan lembu ini dapat membantu menceriakan golongan kurang berkemampuan, selain dapat memeriahkan lagi sambutan Aidiladha kali ini,” katanya.

Mahfuzah berkata, KDEBWM berharap dapat meneruskan lagi sumbangan bagi program ibadah korban pada masa akan datang.

167 dibaca
Berita Harian X