Isnin, 17 Jun 2019 | 10:48am
Sebuah bilik AHU di Klinik Kesihatan Kuah Langkawi yang dipercayai terbakar dan berjaya dipadamkan anggota bomba. - Foto ihsan Bomba

Bomba selamatkan Klinik Kesihatan Kuah

LANGKAWI: Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengelak Klinik Kesihatan Kuah di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Penyelamat dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi menerima panggilan kecemasan pada jam 7.06 pagi sebelum anggota tiba di lokasi pada jam 7.10 pagi bersama dua jentera serta Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Beliau berkata, operasi diketuai Fisol Abdul Kadir itu turut dibantu anggota BBP Persiaran Putra bersama sebuah jentera.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlaku kebakaran membabitkan transformer dalam kotak suis di klinik berkenaan.

Api dapat dikawal pada jam 7.25 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Mohamadul Ehsan berkata, tiada mangsa dilaporkan berada dalam klinik ketika kejadian dan punca serta kerugian masih dalam siasatan.

Berita Harian X