Khamis, 6 Jun 2019 | 12:46pm

Lebih 5,000 kunjungi Rumah Terbuka Istana Johor

JOHOR BAHRU: Hujan sejak pagi tidak menghalang lebih 5,000 rakyat hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Majlis yang bermula sejak 10 pagi, meriah dengan orang ramai mula memenuhi kawasan istana seawal jam 8 pagi lagi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, turut berkenan meluangkan masa berjalan ke khemah dan bersalaman dengan pengunjung.

Turut berangkat, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.

Pelbagai juadah termasuk menu tradisional yang sinonim dengan perayaan Aidilfitri disediakan untuk orang ramai dan majlis berlangsung sehingga jam 2 petang ini.

485 dibaca
Sultan Ibrahim Iskandar berkenan meluangkan masa berjalan ke khemah dan bersalaman dengan pengunjung. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Sultan Ibrahim Iskandar berkenan bersalaman dengan pengunjung pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Pasir Pelangi, hari ini. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Berita Harian X