Rabu, 5 Jun 2019 | 12:16pm
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menunaikan Solat Aidilfitri di Masjid Muhammadi. - Foto Fathil Asri

Sultan Kelantan tunai solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 jemaah

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 jemaah di Masjid Muhammadi Kota Bharu, di sini, pagi tadi.

Baginda tiba di masjid pada jam 8.25 pagi dengan diiringi Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, dan Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bersalaman dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan Solat Aidilfitri di Masjid Muhammadi. - FotoFadhil Asri

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Solat sunat berkenaan diimamkan oleh Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Muhammad Hana Pizi Abdullah, manakala khutbah dibacakan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Selesai solat, baginda yang berpakaian jubah putih mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat ke Istana Balai Besar.

Berita Harian X