Rabu, 5 Jun 2019 | 10:43am
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan berangkat menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Sultan Abu Bakar, bersama hampir 1,000 umat Islam. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Sultan Johor solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Abu Bakar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.

Baginda tiba pada jam 8.30 pagi dengan diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, serta anakanda baginda yang lain.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Baginda kemudian meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang pada jam 9 pagi.

Masjid Sultan Abu Bakar dibuka semula selepas hampir dua tahun ditutup berikutan pelaksanaan kerja baik pulih.

143 dibaca
Berita Harian X