Khamis, 7 March 2019 | 10:44am
GAMBAR dari udara menunjukkan kawasan yang terjejas banjir akibat hujan lebat dan pertembungan air pasang besar di Kampung Lalang, Saribas, Betong. - Foto ihsan APM

430 mangsa banjir Betong ditempatkan di PPS

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Betong yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Perpaduan Debak menurun sedikit kepada 430 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pada jam 8 malam tadi, 431 mangsa daripada 93 keluarga berada di pusat pemindahan tersebut.

Setakat ini, hanya satu PPS dibuka semalam selepas empat kampung di daerah kecil Debak, iaitu Kampung Bungey, Kampung Babu Debak, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut dilanda banjir.

Kampung berkenaan terjejas berikutan kawasannya rendah dan berada di tepi Sungai Rimbas manakala paras air di sungai berkenaan semakin meningkat susulan hujan lebat malam semalam, kata kenyataan itu. – BERNAMA

130 dibaca
Berita Harian X