Selasa, 12 Februari 2019 | 11:03am

Tanah mendap, dinding runtuh

BUTTERWORTH: Akibat tanah mendap, dinding sebuah rumah runtuh dalam kejadian di Taman Berlian, Bagan Ajam, di sini tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Penguasa Bomba Kanan II, Abdul Majid Osman, berkata kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam dan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.36 tengah malam memaklumkan mengenai kejadian dinding runtuh di lokasi itu.


KEADAAN sebuah rumah di Taman Berlian, Bagan Ajam, Butterworth runtuh dan tiada kemalangan jiwa berlaku. - Foto Rosli Ahmad

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat dinding runtuh di rumah berpenghuni di situ namun tidak membabitkan mangsa.

“Pihak kami menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik.

“Bomba juga membuat pemantauan dan memasang sawar-sawar bagi memastikan tiada unsur bahaya, ” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat jam 1.55 pagi.

316 dibaca
KEADAAN sebuah rumah di Taman Berlian, Bagan Ajam, Butterworth runtuh dan tiada kemalangan jiwa berlaku. - Foto Rosli Ahmad
Berita Harian X