Rabu, 16 Januari 2019 | 10:27pm
AL-SULTAN Abdullah bersalaman dengan jemaah pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal
AL-SULTAN Abdullah bersalaman dengan jemaah pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal

Al-Sultan Abdullah tunai solat Maghrib bersama 3,000 penduduk

PEKAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, berkenan berangkat menunaikan solat Maghrib di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, malam tadi.

Baginda ditemani isteri, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, tiba pada jam 7 malam dan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Solat Maghrib diimamkan Imam 1 Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Hairul Anuar Mohammad Noor.

AL-SULTAN Abdullah bersalaman dengan jemaah pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, kemudian memimpin solat Hajat dan bacaan tahlil memohon keberkatan dan kerahmatan dilimpahkan kepada baginda untuk memerintah negeri Pahang.

Kira-kira 3,000 masyarakat di sekitar daerah ini hadir seawal jam 6.30 petang bagi bertemu dan bersalaman dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Al-Sultan Abdullah yang lengkap berbaju Melayu biru muda kemudian berangkat ke majlis santapan sebelum menunaikan solat Isyak.

Berita Harian X