Sabtu, 12 Januari 2019 | 9:53am

ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Empat perkhidmatan unit tren Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan akan disediakan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad, dalam satu kenyataan, memaklumkan perkhidmatan tambahan itu membabitkan sektor KL Sentral- Ipoh- KL Sentral dan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral.

Katanya, tiket tambahan itu akan mula dijual pada 14 Januari (Isnin depan) bermula jam 8.30 pagi.

“Tujuan inisiatif ini diambil untuk memenuhi permintaan penumpang. Di samping itu, ia bagi memberi khidmat pengangkutan kepada orang ramai yang akan meraikan perayaan ini dan bercuti bersama keluarga di kampung halaman masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Tiket boleh dibeli secara atas talian melalui laman sesawang rasmi KTM Berhad, aplikasi telefon pintar KTM Mob Ticket dan di kaunter KTM Berhad.

Maklumat lanjut dan jadual waktu perkhidmatan tambahan ETS boleh dirujuk dalam laman sesawang rasmi KTM Berhad di

138 dibaca
Berita Harian X