Ahad, 25 November 2018 | 8:35pm
DR Ahmad Samsuri Mokhtar menunjukkan buku Belanjawan Negeri Terengganu 2019 selepas membentangkannya semasa sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman. - NSTP/Ghazali Kori

Terengganu beri insentif RM500 kepada penjawat awam bulan depan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu hari ini mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 kepada 12,611 penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pemberian itu membabitkan penjawat awam gred 54 dan ke bawah dengan jumlah bayaran sebanyak RM6.3 juta.

“Pemberian akan mula diagihkan bermula Disember ini... pemberian sumbangan ini adalah sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Terengganu sebagai antara negeri terbaik di Malaysia,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2019 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini. – BERNAMA

1275 dibaca
Berita Harian X