Selasa, 20 November 2018 | 11:58am
TENGKU Muhammad Fa-iz berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. - Ihsan Pejabat Istana Balai Besar
TENGKU Muhammad Fa-iz berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. - Ihsan Pejabat Istana Balai Besar

Pemangku Raja Kelantan hadir sambutan Maulidur Rasul

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Muhammadi, di sini, malam tadi.

Baginda turut diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Turut hadir, beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Terdahulu, Tengku Muhammad Fa-iz menunaikan solat Maghrib sebelum mendengar perbincangan khas oleh dua penceramah khas mengenai buku Nabi Muhammad SAW tulisan Said Ramadan Al-Buaity.

Kira-kira 1,000 penduduk yang menyertai sambutan itu kemudian menunaikan solat Isyak berjemaah, berzanji dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Berita Harian X