Khamis, 8 November 2018 | 9:48pm
DATUK Law Choo Kiang - Foto DANIAL SAAD

KM Pulau Pinang bentang Belanjawan 2019 esok

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang dijangka membentangkan belanjawannya bagi 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, belanjawan tersebut dijadualkan dibentang oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada 11 pagi selepas sesi soal jawab yang bermula pada 9.30 pagi.

“Persidangan DUN akan bersambung semula pada 12 November sehingga 19 November,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kira-kira 680 soalan lisan dan bertulis akan dikemukakan pada persidangan kali ini selain tiga rang undang-undang dan dua usul.

Ditanya mengenai rang undang-undang dan usul itu, Law berkata perkara tersebut akan dimaklumkan pada persidangan esok. – BERNAMA

147 dibaca
Berita Harian X