Rabu, 22 Ogos 2018 | 11:24am
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berangkat menunaikan solat sunat aidiiladha di imamkan oleh Sheikh Abdul Karim Omar Al Fatani Al Makki di Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. - Roslin Mat Tahir
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat aidiiladha di Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. - Roslin Mat Tahir

7,000 umat Islam solat bersama Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong bersama kira-kira 7,000 umat Islam sekitar, di sini, pagi ini.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berangkat mengiringi baginda.

Turut mengiringi dan menunaikan solat sunat Aidiladha ialah Menteri Besar, Amirudin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim.

Yang turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad.

Solat sunat Aidiladha diimamkan Pegawai Hal Ehwal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Maki dan khutbah bertajuk Inilah Korbanku, Terimalah Ya Allah disampaikan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Sementara itu, sebanyak 25 ekor lembu termasuk seekor sumbangan Kerajaan Negeri akan dikorbankan dalam ibadah korban yang diadakan di perkarangan masjid itu.

Berita Harian X