Rabu, 22 Ogos 2018 | 10:14am
TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah bersalaman selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota. - Foto Zulkepli Osman

Tengku Abdullah solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini, pagi ini.

Tengku Abdullah bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba pada jam 8.15 pagi sebelum bersama 1,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Ustaz Mohd Lokman Ahmad lima minit kemudian.

Khutbah kemudian dibacakan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman.

Baginda yang lengkap berbaju Melayu kelabu kemudian menyertai jemaah menunaikan ibadah korban sebelum meninggalkan majlis pada jam 9.45 pagi.

Sebanyak sembilan lembu dikorbankan oleh kariah Masjid Tengku Ampuan Afzan, hari ini sebagai menyempurnakan tuntutan ibadah korban.

13 dibaca
Berita Harian X